BAHAGIAN 1

91 6 5
                                    

Seperti kebiasaannya, Irfan turun ke kafe kampus dengan tudung sauk. Hujung minggu sister. Memang tak lah nak pakai tudung lilit-lilit. Lagipun tudung sauk yang ni bukan tudung sauk biasa-biasa. Bonda yang jahit tau. Labuh pun labuh, selesa sudah tentu.

Sekejap. Irfan bukan Irfan biasa tau. Irfan Dania binti Imtihan. Perempuan tulen sejak lahir. Kalau nak dicerita kenapa lebih suka guna nama Irfan berbanding Dania, mahu sepuluh muka surat pun tidak cukup. Pendek cerita, masa sekolah dulu, cikgu-cikgu memang suka sangat panggil nama dia Irfan sedangkan ahli keluarga dia panggil dia Dania atau Nia. Kesannya sampai sekarang orang panggil dia Irfan.

Punat turun pada lif ditekan. Perut dah berbunyi. Lapar sangat gamaknya. Manakan tidak jarum jam sudah menunjukkan pukul empat petang baru dia tersedar dia belum menjamah apa-apa sejak pagi tadi lagi. Biasalah, waktu-waktu nak exam pertengahan memanglah begitu. Hendak makan pun tak sempat. Siapkan kerja kursus lagi. Mahu pengsan rasanya. Sementara tunggu lif turun sampai ke tingkat satu, Irfan mengambil keputusan untuk menyemak kembali jadual peperiksaan pertengahan blok.

Pintu lif terbuka. Terpacul wajah Dahlia sebaik pandangan dialihkan dari merenung skrin telefonnya.

"Yow! VVIP jarang keluar bilik muncul dah!" Tak semena-mena bahunya ditepuk kasar. Mengaduh sedikit Irfan bersama wajah malas. Dah mula dah gadis yang seorang ini.

"Kau nak pergi mana?" Dahlia menggantikan kedudukan Irfan sebaik gadis itu keluar dari lif. Jari telunjuk tangan kanannya yang runcing digunakan untuk menekan butang buka pada dinding lif supaya pintu lif tidak tertutup. Amboi-amboi, buat macam satu blok mahallah ni dia punya.

"Beli makanan. Gerak dulu. Lapar." Irfan terus bergegas berjalan menuju ke lobi. Dia bukan apa, kalau dilayankan sangat si Dahlia tu, mahu maghrib nanti baru dia dapat beli makanan. Sudahlah waktu lepas maghrib biasanya kafe sesak dengan siswi.

Sebaik dia melepasi lobi barulah dia terasa seperti dapat menghirup udara yang segar. Manakan tidak, tingkap kompartmen di biliknya tidak menghadap kawasan lapang. Tiada langsung peredaran udara mahupun entiti natural. Tingkapnya menghadap balkoni. Kalau tak nampak kucing mendaki penghadang balkoni, nampaklah manusia melintas seorang dua.

Satu dentingan mesej mengejutkan Irfan. Cepat-cepat dia periksa gerangan penghantar pesan. Manalah tahu kalau-kalau kakak angkat dia ada kirim grabfood ke untuk dia?

Nama Asiyah terpapar. Irfan tekan pantas-pantas.

'Assalamualaikum Irfan, kau nak puasa khamis nanti? Jom buka puasa sama-sama dekat masjid? Aku rindu pula nak buka puasa dekat masjid.'

Irfan tersenyum. Dia suka betul dapat ajakan sebegitu. Manakan tidak, selalunya setiap isnin atau khamis dia yang gigih bertanya kepada rakan-rakannya siapa yang hendak menemankan dia ke masjid. Bahkan kadang-kadang, sehari sebelum pun sudah dia mulakan kegiatan itu. Mungkin atas asbab siswi-siswi untuk kursus yang diambilnya semuanya mempunyai jadual yang padat hingga ke petang, mereka kerap kali menolak ajakan Irfan. Sudahnya memang tak jejaklah masjid tu. Buka puasa seorang-seorang saja di bilik sambil menghadap balkoni.

'Alhamdulillah, finally ada juga yang tanya aku, boleh weh sumpah aku pun nak berbuka dekat masjid khamis nanti. Dah dua minggu dah tak dan nak pergi. In shaa Allah khamis ni aku onz.' Sedar-sedar sahaja, Irfan sudah berada di kafe. Agak lengang tetapi tidaklah terlalu lengang.

"Acik, nasi goreng kampung pedas giler satu. Makan sini eah." Usai sahaja memesan makan malam sekali dengan makan tengah harinya itu, dia menularkan pandangan ke segenap ruang makan kafe. Matanya terhenti pada satu meja yang mempunyai empat orang kesemuanya. Okey mantap! Jumpa classmate. Tak adalah nampak sendu sangat makan seorang diri.

Dia duduk dahulu di hadapan kiosk menjual makanan yang dia pesan tadi bagi memudahkan dia mengambil juadahnya nanti. Dia bangkit mengambil makanan dan terus menapak menuju ke meja yang menempatkan Alya dan rakan-rakannya yang lain.

JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOKWhere stories live. Discover now