Irfan menanti bas bersama senaskhah Al- Quran dan set telekung di dalam beg yang digalas. Kakinya digerak-gerakkan. Dia tidak
senang duduk. Barangkali kerana dia gementar."Irfan! Sorry lambat turun. Nasib baik bas tak sampai lagi." Asiyah datang secara tiba-tiba menegur Irfan dari belakang. Nasib baik Irfan tak terlompat angkara terkejut. Dadanya diurut perlahan. Kus semangat.
"Tak apa, hujan macam ni biasanya bas lambat sikit." Irfan memberi penerangan. Manakan tidak sudah lebih setengah jam dia menunggu, bas tidak kunjung tiba.
"Haahlah weh, biasanya pukul 6.00 ni ada je bas, sekarang dah dekat 6.20. Kau turun pukul berapa?" Giliran Asiyah pula bertanya kali ini. Irfan buat muka pasrah.
"5.45. Punya aku mandi pun gitu-gitu je nak kejar bas pukul 6.00, boleh pulak tak ada. Sabar jelah." Irfan menjawab. Sudahlah sejuk dek angin hujan, nasib baik tempat menunggu bas ini berbumbung.
"Naik Grab nak? Dah nak 6.20 ni. Sekarang maghrib belum pukul 7 masuk dah. Takut tak sempat." Asiyah memberi cadangan. Irfan berfikir sekejap.
"Tulah kan takut tak sempat. Hm... aku order kejap." Irfan laju bermain dengan telefon bimbitnya. Aplikasi Grab dibuka dan tempahan Grab untuk dua orang penumpang ditekan. Kurang sepuluh minit, pemandu Grab yang menerima tempahan mereka tiba.
Mereka dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah ketika jam sudah hampir 6.30 pm. Pemandu tersebut memberhentikan mereka di pintu utama Masjid SHAS."Sini boleh kan?" Asiyah mengangguk sebagai jawapan. Irfan gigit bibir bawah. Walaupun berat, punggung diangkat untuk keluar dari kereta sedan berwarna putih itu.
Irfan cepat-cepat memalingkan tubuh dan bersembunyi di belakang tiang besar yang menjadi gerbang pintu utama. Basah sedikit bajunya terkena tempias hujan. Asiyah turut melakukan hal yang sama apabila Irfan berkelakuan begitu."Weh tak nak lah lalu sini, ini pintu muslimin!" Irfan utarakan kerisauannya kepada Asiyah. Jantungnya berdegup kencang sekencang angin dan selebat hujan yang mencurah saat ini. Berdebar!
"Takkan nak lari ke pintu muslimat? Jauh weh! Hujan lagi."
"Aku pun tak nak weh tapi aku malu lah!" Irfan membuat muka hendak menangis. Al-Quran dibawa menutup muka yang sudah kemerahan walaupun dia memakai pelitup muka.
"Sister? Boleh je masuk, lalu sebelah sini. Tak basah in shaa Allah." Hampir gugur jantung mereka apabila ditegur seorang muslimin. Nampaknya lelaki itu staf di sini memandangkan gayanya yang sedikit berusia.
"Tak apa ke?"
"Tak apa. Cepat, nanti orang perasan." Lelaki itu menjawab soalan Asiyah sebelum memberi laluan kepada mereka. Usai mengucapkan terima kasih, Irfan terus berlari melalui laluan berbumbung yang ditunjukkan dengan diikuti oleh Asiyah di belakang. Irfan rasa hendak meletup kerana segan memikirkan sudah ramai muslimin di kawasan itu jadi kebarangkalian untuk mereka diperhatikan sangatlah tinggi. Mereka tiba di kawasan solat muslimat dengan tercungap-cungap.
"Weh, bapak laju kau lari Ir. Kau atlet ke apa?" Asiyah bertanya sebaik mereka berdua duduk. Irfan geleng kepala. Mungkin deruan adrenalin yang memacu motor badannya untuk berlari sekencang itu.
'Macam mana kalau Ustaz ada? Malunya Ya Allah!' Sudah masuk waktu untuk Irfan berperang dengan dirinya sendiri. Ahh sudah.
'Dia tak kenal kau Irfan. Dia tak tahu itu kau kalaupun dia nampak tadi.' Nampaknya kewarasan Irfan menang lagi."Sister?" Irfan dan Asiyah angkat kepala. Nafas mereka sudah reda kembali.
"Iftar sini ke? Acik nak minta tolong sikit boleh?" Irfan dan Asiyah tak terus menjawab, mereka bangun dahulu.
YOU ARE READING
JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOK
Lãng mạnIrfan Dania binti Imtihan. Hidupnya polos dan telus. Tiada apa yang menarik melainkan dia cukup tak percaya pada kata-kata lelaki. Entah mana silapnya, dia dipertemukan dengan satu susuk berjubah hitam yang membuatkan degup jantung lari tempo dan ja...