BAHAGIAN 3

37 4 0
                                    

Irfan menjalani hari-harinya seperti biasa. Tiada apa pun yang berbeza. Dia tidak bertemu dengan Waleed dan Waleed tidak menemui dia. Masing-masing dengan dunia sendiri.

Namun begitu, Irfan masih mengusahakan istikharah setiap hari. Ketenangan sepenuhnya belum dia dapatkan. Dia berhasrat untuk terus mengerjakan istikharah sehinggalah dia benar-benar mendapat jawapan.

Masalahnya, apa tanda-tanda dia sudah dapat jawapan?

Irfan tersedar dari lamunannya apabila suara Prof Umar memberi salam bergema ke segenap dewan kuliah. Nampaknya masa rehat sudah tamat. Para siswa dan siswi mula duduk di kerusi masing-masing.

Irfan mengikuti syarahan seperti selalunya. Dia paling suka kelas Prof Umar memandangkan dalam kelas Prof Umar lah dia dapat menerima banyak input tentang Islam. Irfan suka mendengar Prof Umar memetik mana-mana hadith, ayat Al-Quran dan kata-kata para bijak pandai tentang topik pembelajaran mereka. Ada kalanya mereka beralih ke sesi perkongsian di mana beberapa orang siswa atau siswi akan ke hadapan untuk menyampaikan apa-apa yang mereka mahu sampaikan berkaitan topik hari itu.

Kelas tamat satu jam setengah kemudian.

'Why not tanya Prof pasal jawapan untuk istikharah kau, Irfan Dania?'

Irfan bangun.

"Maya, kau gerak dulu. Aku nak tanya Prof sesuatu." Irfan terus laju berjalan ke hadapan.

"Erm, Prof, may I ask you a question?"

"Yes, tafaddhaliy." Prof menjawab sambil tersenyum.

"Erm, this question might be a little bit funny but, since last week, I have started with my istikharah. I ask Allah, should or should not I proceed with this feeling. How may I know that Allah already gave me an answer Prof?"

"I see. So let me repeat your question, you asked what is the sign of answered istikharah right?" Irfan mengangguk. Dia mengangkat mata ke arah Prof sekali sekala. Dia segan hendak bercakap sambil memandang terus ke arah Prof tetapi atas dasar hormat dia cuba memandang sekali-sekala. Prof juga ada memandang Irfan sekali sekala.

"After you pray for istikharah, a way for you to know whether Allahs answer is positive or negative is by which way Allah leads you to. This means if your way towards him is eased then the answer is positive. If the way towards him is obstructed, then the answer is negative. You might be hurted by him, his secret that makes him unattractive to you may unveil or suddenly the feeling towards him vanished. If both of you were led to each other then, it is a yes. Did I answer your question?"

"How can I differentiate it with my nafs Prof? I mean if I only have him in my mind, I tend to see only him and think only good things about him."

"Even if you are into those, if the answer is negative, you will see how Allah makes it hard for you towards him and vice versa. It will never be easy if Allah knows it is not good for both of you to be together. Even if you did, you will not be happy."

"I see, thank you Prof. May Allah bless you."

"Aamin, may Allah bless us." Mereka bertukar senyuman sebelum Irfan bergerak keluar dari dewan kuliah.

Semoga dia mendapat jawapan secepatnya.

PETANG itu, Irfan menemui Najwa. Kawan rapat teman sehati sejiwa Irfan sejak sekolah menengah. Tidak boleh tidak, Najwa perlu tahu siapa Waleed Murtaza dan apa yang sedang membebankan fikirannya saat ini.

"Wa." Najwa yang tadinya sedang memerhatikan langit senja menoleh ke arah sahabatnya. Kening diangkat sebelah.

"Kalau aku cakap aku ada terminat seseorang, kau rasa apa?" Najwa melopong.

JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOKWhere stories live. Discover now