02

364 23 0
                                    

“Oh begitu . Baiklah . Ini kali pertama awak datang Gweong-do kan ? Apa kata saya bawa awak melawat tempat-tempat yang best kat sini ?” Kata Yoona kepada Kris .

Benar ini kali pertama Kris kecuali ahlinya yang berasal dari Korea datang ke sini bagi mengadakan konsert mereka . Dia tertarik dengan tawaran Yoona itu lalu mengangguk setuju . Yoona membawa Kris melihat keindahan tempat kelahirannya .

Mereka bersiar-siar berdua di tasik Gweong-do dan kawasan sekitarnya . Mereka juga sempat mengambil foto bersama . Setelah hari petang , mereka mengucapkan selamat tinggal lalu berpisah .

Kris tersenyum gembira sepanjang berjalan pulang ke bilik hotel . Ini kali pertama dia rasa begitu bebas berjalan sepanjang dia menjadi seorang artis .

Jadualnya yang sentiasa padat membuatkan dia jarang mendapat peluang untuk keluar berjalan-jalan .

Namun hari ini , dia dapat peluang itu dan lebih indah lagi ialah apabila dia dapat berjalan-jalan dengan seorang yeoja cantik . Tiba-tiba .

“Alamak , aku lupa nak mintak nombor telefon Yoona . Macam mana aku nak bertemu dan bercakap dengannya lagi ?” Kata Kris .

Baru dia teringat akan perkara ini .

















Satu tahun kemudian

















Sudah setahun peristiwa ini berlalu namun Kris masih belum dapat melupakannya . Malah dia semakin rindu untuk berjumpa Yoona dan bersiar-siar dengannya lagi .

Namun semua itu adalah mustahil kerana dia tidak mempunyai nombor telefon Yoona untuk dihubungi . Dia cuba mencari Yoona melalui laman sosial namun semuanya sia-sia .

Hanya foto yang diambil bersama Yoona tempoh hari yang selalu ditatapnya dan merupakan satu-satunya kenangan mereka berdua .

“Ah , menyesal aku tak mintak nombor telefonnya dulu .” Kata Kris .

EXO turut resah melihat Kris yang tidak seceria dulu lagi . Mereka tahu tentang Yoona kerana Kris ada menceritakan tentang yeoja itu tempoh hari .

Walaupun belum pernah bertemu , namun mereka pasti gadis itu sangat istimewa hingga dapat membuatkan Kris berubah begini .

To Be Continued .

Our Beautiful Memories | RemakeWhere stories live. Discover now