Beberapa bulan kemudian Kris dan Jessica menjadi rapat .
Kris membuat keputusan yang betul setelah mendapat mimpi itu . Dia mendengar dengan baik kata-kata Yoona masa dalam mimpi itu .
Flashback
Potongan daripada mimpi Kris.
“Awak ulanglah kembali memori terindah yang pernah kita cipta bersama .”
“Ulang ? Macam mana saya nak ulang kalau awak takde .”
“Sica kan ade .”
“Sica ? Maksud awak Jessica Jung ? ”
“Nae . Saya tahu awak dah mula sukakan dia . Memang betul , perasaan yang awak rasa bila dengan Sica tu adalah perasaan cinta . Dia akan menggantikan tempat saya . Dia adalah yang sesuai dan tepat untuk awak .”
“Tapi ..”
“Percayalah .”
“Listen to me . Awak sanggup ke tengok Sica sorang-sorang tanpa peneman hidup ? Takkan . Awak mesti faham perasaan dia kan . So , mulakan kehidupan baru dengan dia .”
“Okey~ okey~ . Saya dengar , saya akan patuh cakap awak .”
End flashback
Kris chat Jessica .
+08 - •••
Kris : Jessica , jumpa kat taman bunga petang ni .
Jessica : Buat ape ?
Kris : Adalah .
Jessica : -,- okey okey .
Petang itu
“Jessica .” Panggil Kris .
“Yup .”
“Saya sebenarnya ade sesuatu nak cakap .” Kata Kris .
“Oh ok , cakaplah .” Kata Jessica pula .
“Saya ..”
Kris mengeluarkan sebuah kotak kecil daripada poket seluar dan menghulurkan kepada Jessica .
“What is this .” Kata Jessica .
Jessica mengambil kotak kecil itu lalu dia membukanya .
Terdapat sebentuk cincin di dalam kotak . Jessica mengeluarkan cincin itu . Dia memandang ke arah Kris .
“Jessica , sudikah awak bersama saya selamanya .” Kata Kris .
Jessica yang terkejut diam membisu . Jessica blank . Dia tidak tahu ape yang berlaku . Betul-betul tidak faham situasi sekarang .
“Jessica .”
Jessica tersedar . Dia bertanya kepada Kris .
“Betul ke ape yang saya dengar ? Prank ke ? Atau awak sedang membuat lawak ? Saya tak faham .” Kata Jessica . Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya .
“Ape yang awak dengar itu adalah benar . Ini bukan prank atau lawak serta yang sewaktu dengannya . Saya berkata benar .” Kata Kris .
Jessica memandang sekeliling . Melihat jikalau ade kamera ke orang ke . Manalah tahu kalau Kris saje nak kenakan dia .
“Tapi sebelum tu Sica ..”
Kris mengeluarkan satu foto kemudian diberikan kepada Jessica .
“Foto ape ni . Sape gadis ni ? Cantiknya .” Kata Jessica pelik serta sempat puji .
“Nama dia Yoona . Dulu saya berjumpa dia secara tak sengaja . Macam awak . Saya langsung tak kenal dia tapi Yoona secara selamba membawa saya bersiar-siar . Dan saya merasa bahagia saat itu .” Kata Kris tersenyum memikirkan tentang kali pertama dibawa bersiar-siar oleh yeoja yang tidak dikenali ketika itu .
“Sayang~ saya hanya dapat bertemu Yoona sekali sahaja kemudian dia pergi meninggalkan dunia . Padahal saya sudah jatuh cinta terhadapnya masa itu . Dan sampai sekarang saya tak dapat lupakan dia .” Kali ini Kris sedih .
“Selepas bertemu awak . Saya merasa sesuatu yang lain . Macam kita memang pernah rapat . Mungkin kerana awak seakan Yoona . Selepas beberapa bulan saya mengenali awak . Saya dapat tahu yang saya dah jatuh cinta dengan awak .”
“Saya jatuh cinta dengan awak bukan kerana awak kelihatan seperti Yoona . Tak , bukan itu sebabnya . Tetapi kerana saya melihat ketulusan awak . Baik hati awak . Segalanya tentang awak selepas beberapa bulan ini . Maaf kalau awak tak dapat terima dengan apa yang saya kata . Dan maaf , saya tak dapat buang Yoona daripada hidup saya . Awak boleh tolak saya daripada hidup awak kalau awak tak suka . Bagitahu saje sekarang . Saya akan pergi . ” Kata Kris dengan sedih .
“Aniyo . Wae~ . Wae , saya nak tolak awak pulak . Saya takkan benci . Saya faham perasaan awak .” Kata Jessica .
“So , awak okey dengan semua ni .”
“Ya . Lagipun peluang datang hanya sekali . Takkan ice princess nak tolak lamaran daripada cool guy ni . Susah nak dapat .” Kata Jessica bergurau .
Mereka berdua ketawa .
“Sudilah ni ?” Kata Kris sambil mengangkat kening kanan setelah puas gelak .
“Saya sudi .” Kata Jessica sambil tersenyum .
Mereka pun gembira .
To Be Continued .
YOU ARE READING
Our Beautiful Memories | Remake
Randomkesedihan melanda apabila seorang gadis yang disayangi oleh seorang penyanyi terkenal meninggalkan dunia terlalu awal. lagi menyedihkan mereka hanya dapat bertemu sekali sahaja dan itu pun pertemuan yang tidak disengajakan. - kita tak mampu mengubah...