Suatu hari , pengurus mereka telah memberitahu berita yang menggembirakan EXO terutama sekali Kris . Rupa-rupanya mereka akan mengadakan konsert di Gweong-do seminggu dari sekarang .
Dia mengira detik untuk bertemu Yoona . Setiap hari dia berlatih dengan penuh semangat sambil berharap Yoona akan datang dan melihat persembahannya .
Seminggu kemudian
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba . Padang luas di hadapan mereka dibanjiri lautan peminat yang datang untuk memberi sokongan kepada mereka .
EXO membuat persembahan dengan bersemangat . Di antara mereka , Kris paling bersemangat kerana dia yakin Yoona sedang melihat persembahannya walaupun dia tidak dapat melihat Yoona dalam lautan peminat di hadapannya .
Lagu baru mereka mengakhiri persembahan mereka pada malam itu . Namun Kris masih tidak nampak kelibat Yoona .
Selesai konsert , sesi autograf bersama peminat pula diadakan . Kris masih tidak berputus asa mencari Yoona . Dia berharap agar yeoja itu akan menghadiri sesi autograf ini .
Sambil melayan peminat , matanya meliar mencari kelibat Yoona . EXO turut membantu mencari berdasarkan foto yang sering ditatap Kris . Mereka kasihan melihat Kris yang sangat berharap untuk bertemu Yoona .
EXO berjalan pulang ke bilik hotel dalam kepenatan dan kehampaan kerana tidak dapat menemui Yoona terutamanya Kris . Dia tidak bercakap sepanjang perjalanan malahan membisu .
“Kris !” Panggil seseorang .
Kris dan EXO berpaling ke arah suara itu . Seorang yeoja sedang berjalan ke arah mereka . Mereka pelik kerana tidak pernah melihat yeoja ini .
“Annyeonghaseyo , saya Seohyun . Saya kawan kepada Yoona .” Kata Seohyun .
EXO terkejut . Semua mata memandang ke arah yeoja itu .
“Sebenarnya Yoona yang suruh saya ke sini dan sampaikan surat ini kepada Kris .” Kata Seohyun lagi .
Seohyun menghulurkan sepucuk surat kepada Kris .
To Be Continued .

ANDA SEDANG MEMBACA
Our Beautiful Memories | Remake
Randomkesedihan melanda apabila seorang gadis yang disayangi oleh seorang penyanyi terkenal meninggalkan dunia terlalu awal. lagi menyedihkan mereka hanya dapat bertemu sekali sahaja dan itu pun pertemuan yang tidak disengajakan. - kita tak mampu mengubah...