“Tak bagitahu kitorang pun dah ada kekasih .” Kata Baekhyun .
“Sekarang ni bukan dah bagitahu -,-” Kecik besar kecik besar je Kris tengok si Baekhyun tu .
“Selama ni . Bukan sekarang ni .” Kata Baekhyun lagi .
“Tahun lepas ke minggu lepas ke kelmarin ke asal dah dapat tahu sudah pasal benda ni .” Kata Kris tidak mahu mengalah .
Maka bermula lah peperangan mulut di antara Baekhyun vs Kris .
Mereka yang lain berbual bersama Jessica . Tanya itu , tanya ini . Kemudian ketawa . Baekhyun dan Kris tidak dilayan .
Ikut suka hatilah . Berperanglah sampai esok pagi pun . Takde sorang pun nak tolong hentikan mereka . Nak layan mereka . Malas . Perangai mengalahkan orang pasar .
Sampailah seseorang membuatkan mereka berhenti berperang . Dia ialah Lay . Soalan yang diajukan oleh Lay tersangat dahsyat sehingga mampu membuatkan mereka terdiam .
Bukan setakat mereka berdua sahaja tapi semua yang berada di situ . Yang sedang berbual dan ketawa pun terdiam *hebat Lay agagaga*.
Padahal dua ayat saje tapi dapat membuatkan 13 orang terdiam . Soalannya adalah .
“Siapa ni ?” Tanya Lay .
*krik krik krik* suasana diam seketika .
Tiada sesiapa yang membalas pertanyaan Lay tapi yang dibalas adalah pandangan seperti hendak menelan Lay .
Lay hanya membuat muka selamba sahaja . Langsung tidak terasa takut dengan pandangan maut itu . Almaklumlah tengah blur .
2 minit kemudian
“Oh~ kekasih Kris hyung .” Lay mengingati kembali . Dan masih dengan muka selamba .
“Ni sorang lagi . Kecik besar kecik besar je aku tengok .” Kata Kris .
“Eh !” Chen menunjukkan jari ke arah Jessica yang kini berada di tepi Kris .
Tadi Jessica ade sebelah Suho lepastu dia berjalan pergi ke arah Kris . Pasangan kekasih lah katakan . *tak lari pun si Kris tu Sica oi*
Mereka semua melihat ke belakang termasuk Jessica sebab diorang semua ingat ade orang belakang Jessica padahal yang ditunjuk Chen adalah Jessica .
“Jessica lah . Troll .” Ketawa Chen .
Kini Chen pula yang mendapat pandangan maut daripada semua orang . Luhan pergi ke arah Chen kemudian menyepak punggung Chen , Tao wushu Chen , *gaduh mesra je tu tapi sakit jugaklah* dapatlah sakit free .
Maka gembiralah kesemua mereka .
Happy Ending . The End .
Bravo *tepuk tangan* *thumbs up* - pembaca
Gracias *bangga* *kembang kempis hidung* agagaga - author
YOU ARE READING
Our Beautiful Memories | Remake
De Todokesedihan melanda apabila seorang gadis yang disayangi oleh seorang penyanyi terkenal meninggalkan dunia terlalu awal. lagi menyedihkan mereka hanya dapat bertemu sekali sahaja dan itu pun pertemuan yang tidak disengajakan. - kita tak mampu mengubah...