Seminggu selepas mereka bertemu di Greenleaf cafe .
Kris secara tak sengaja ternampak Jessica menolong seorang makcik yang membawa banyak barang . Jessica tersenyum cantik .
Kris melihat terdapat bayangan Yoona dengan senyuman itu . Senyuman yang sama . Kemudian bayangan itu menghilang .
‘Dup dap dup dap dup dap’ Kris meletakkan tangannya di dada setelah dia mendapati jantungnya berdegup laju .
“Apahal pulak ni . Aku dah mula suka Jessica ke ?”
Di dorm EXO
Dorm itu sunyi kerana kedua-dua belas mereka sudah pun tidur .
Di dalam bilik Kris
Dream.
“Kris .” Kedengaran suara seseorang memanggilku .
Aku membuka mata . Dengan mata yang masih kabur aku perhati tempat itu betul-betul dan berkata .
“Kat mana ni ?” Tidak aku kenal tempat ini .
Aku kemudian bangun daripada pembaringanku . Aku melihat kawasan sekeliling berwarna putih serta berasap .
Walaupun banyak asap , aku masih tahu yang sekarang ni aku berada di dalam sebuah bilik .
Sedang aku melihat sekelilingku . Aku ternampak susuk tubuh seseorang berjalan diluar bilik ini .
“Cik ?” Aku memanggilnya .
Dia langsung tidak menoleh sebaliknya masih meneruskan berjalan lalu aku mengikutinya . Tempat tadinya seperti bilik kini bertukar menjadi kawasan tasik .
“Kris~”
“Yoona ?” Teka ku kerana suara yang sepertinya ku kenal .
Dia berpaling lalu terpampanglah wajah yeoja yang amat aku rindui dan amat aku cintai sedang tersenyum manis ke arahku .
Baju putih yang dipakainya tersangat cantik , kena pulak dengan wajahnya yang cantik itu . Maka bergandalah kecantikan .
“Yoona .” Kataku . Mataku mula berkaca .
“Annyeonghaseyo Kris , awak sihat ?” Tanya Yoona dengan senyumannya .
Aku yang sedang sebak , tidak dapat berkata-kata . Tanpa menjawab pertanyaan Yoona , aku terus memeluknya erat . Lalu mata yang berkaca , pecah . Mengalirlah air mataku .
“Saya .. rindu awak ..Yoona . Rindu sangat-sangat~” Kris menangis teresak-esak .
Yoona membalas pelukan Kris .
“Saya pun rindukan awak .” Kata Yoona .
Kris melepaskan pelukan dan memandang Yoona .
“Kris , hajima . Hilanglah ‘cool’ nanti disebabkan awak menangis hahaha .”
“Saya tak kisah . Saya rindu awak . Saya rindu senyuman awak . Saya rindu semua pasal kita berdua . Dah lama kita tak jumpa . Baru sekali kita berjumpa lepastu awak tinggalkan saya .” Kata Kris melepaskan segala rasa yang selama ini hanya tersimpan didalam hati .
“Awak ulanglah kembali memori terindah yang pernah kita cipta bersama .” Kata Yoona masih lagi dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya .
“Ulang ? Macam mana saya nak ulang kalau awak takde .” Kataku pelik bercampur menangis .
To Be Continued .
![](https://img.wattpad.com/cover/40662033-288-k424479.jpg)
YOU ARE READING
Our Beautiful Memories | Remake
De Todokesedihan melanda apabila seorang gadis yang disayangi oleh seorang penyanyi terkenal meninggalkan dunia terlalu awal. lagi menyedihkan mereka hanya dapat bertemu sekali sahaja dan itu pun pertemuan yang tidak disengajakan. - kita tak mampu mengubah...