3

92 6 0
                                    

"Macam mana dengan syarikat dekat sana Kimi.. Everything okay? " Tengku Mikael menyoal anak terunanya yang sedang enak menjamu selera. Dah lama wei tak perkena lauk Malaysia. Ceh sedangkan dekat sana semua lauk yang Yana dan Mak Esah masak semua masakan melayu. Cuma mungkin dah lama tak makan masakan mommynya itu. Hahahaha.

"Ok je daddy.. "Balas Hakimi pendek. Malas mahu berbincang tentang syarikat di meja makan. Lagipun mommynya dah tenung tajam wajah kami berdua.Macam nak makan gamaknya! Dia tahu mommynya tak suka bersembang tentang kerja di meja makan. Nanti stress mulalah sorang mengamuk sorang membebel sorang mencelah. Lama lama gaduh jadinya.

"Ok stop you guys. But this is the serious question.. Tahun ni korang raya dekat sini kan? "Soal Tengku Marissa. Ada nada sedikit tegas. Yelah. Hakimi ni anak tunggal. Mana ada adik beradik lain. Tapi.. Yana pun anak tunggal. Jadi kedua dua pihak mengharapkan mereka beraya bersama. Macam ni ke suasana bergaduh nak balik raya?

"Entahlah mommy. England kot. Lepas ni Hakimi nak ke sana balik. Kerja masih banyak lagi. Kimi balik ni pun sebab ada orang tu prank dengan kimi daddy jatuh tangga. "kata Hakimi sambil matanya memandang wajah Yana yang duduk dihadapannya. Yana hanya buat buat tak nampak. Alahh. Tak sengaja. Kan?

"Eh macam tu pulak. Mommy tak kira. Korang kene raya dekat sini juga. "

"Mommy kene faham. Hakimi ni kene buat banyak kerja." dan seterusnya sampaikan Tengku Mikael penat dengan perangai dua beranak ni. Ok nampaknya bukan cakap tentang bisnes je tak boleh dibincang atas meja makan. Mulai harini semua yang duduk di meja makan ni hanya boleh makan sahaja. Muktamad!

----

"Serius ke bang. Nak raya dekat England? Bukan ada sape sape pun dekat sana. Mak Esah pun dah balik kampung dia dekat sini. Rafael tu. Dia mesti nak balik rumah mak ayah dia. Kita ni ada mak ayah kan. "Yana mengoncang goncangkan lengan Hakimi yang leka bermain telefon itu.

"Sayang...kalau abang tak kerja. Sayang nak raya pakai apa? Pakai niat? Nak beli baju nak makan nak itu nak ini. Dengan ada Haider lagi. Susu dah lah mahal. Kalau tak kerja kita nak dapat duit celah mana? Pokok? Ke langit? "Panjang lebar Hakimi berkata. Yana menarik nafas dalam. Aku tak faham lah. Hakimi ni masa kenal dulu beku semacam tak sangka pula sekarang boleh jadi pendebat. Pot pet pot pet alasan dia.

Agaknya kalau dia masih dengan Hakimi yang 'lama'mesti senyap je. Entah entah aku ikut je dia nak raya mana mana. Eh tapi aku tak akan mudah nak ikut cakap dia. Perempuan kan selalu betul! Lelaki kene ikut cakap perempuan. Hihihi. Bestnya jadi perempuan.

"Sayang! Sayang dengar tak apa abang cakap ni? "

"Huh.. Cakap apa? "Yana memandang Hakimi dengan wajah binggung. Berangan saja kerja yana sekarang.

"Haish.. Kita balik England minggu depan. "Ujar Hakimi buatkan Yana muram. Ishhh minggu depan dah puasa! Kan dah cakap dia nak puasa dan raya dekat Malaysia.

"Kenapa Abang nak balik England.. Kerja jelah dekat sini balik please.. "Yana membuat wajah comel. Bagi dia jelah. Kalau orang lain mungkin akan di cop pick me..

Hakimi menghela nafas. Berat. "Sejak kes Diana tu dulu.. Abang rasa takut nak duduk dekat sinilah sayang.. Bukan apa. Takut kehilangan sayang lagi.. "Hakimi menudukkan kepalanya

"cliché " Jawab Yana pendek dan buatkan Hakimi yang baru saja hendak feeling feeling itu kembali mendongak memandang Yana.

"Apa? Cliché? "

"Yelah. Cliché. Dahlah kisah cinta kita ni cliché. Tak ada angin tak ada ribut tibe saya kene kawin lepastu awak tak suka saya lepastu gaduh lepastu baik. Kan cliché tu. Ni abang kata takut kehilangan sayang? Cliche.. Saya nak lari macam mana lagi?Tak nampak tu budak kecik dalam katil baby tu. Tak ada masa saya nak berdrama drama sakan. "

"Ouh jadi sayang tak kisahlah kalau ada orang ngorat abang? "Ujar Hakimi buatkan Yana mencubit kuat perut Hakimi. Padan muka!

"Amboi.. Sedar tak dia tu dah ada anak bini. Haish.. Tumbuk juga kang. Lagipun siapa je nak dekat lelaki macam abang ni. Ni. Perut ni. Lagi berapa bulan ni boleh buncit ke depan tau. Dah tak handsome dah! "Yana memerli. Ya Hakimi sedar. Berat badan dia sudah naik dek kerana makan tak habis habis. Mana taknya. Dulu tak makan tak ada sapa heran. Sekarang? Asal tengah hari. Ada yang hantar makan. Package suap! Hahahaha. Perut buncit tanda bahagia apa. Kau apa tahu.

"Sampainya hati sayang cakap abang gemuk ae.. Yelahh. Kita ni sapee. Tak hensem. Huhuhu.. "

"Merajuk ler tu. Dah dahlah ler tu. Yelah saya serius sekarang. Kalau abang lupalah. Diana..maksud saya.. Arwah.. Dah tak ada kan. Nak ingat apa lagi? Boleh tak kalau perkara sebelum ni. Masalah perkhawinan kita ni. Kita biarkan jadi sejarah je. "

"Senang cerita macam ni..Orang kalau belajar sejarah untuk apa? "Soal Yana. Dah macam kelas sejarah ye malam ni. Nasib tak ada rotan saja.

"Sebab nak tahu apa yang dah jadi lah. "Jawab Hakimi.

"untuk? "Yana menyoal lagi

"untuk.. Belajar lah.. Sejarahkan kene skor.kalau tak,mana nak dapat sijil Spm. Apalah.. "Jawab Hakimi sebelum gelak. Hahaha. Hambar.. Yana menepuk dahi. Tak reti serius betul!

"No.. Sejarah.. Orang belajar untuk baiki atau jadikan sesuatu lebih baik or jadi teladan. Ha.. Contohlah.. Kita ada belajar sejarah Kesultanan Melayu Melaka kan? Kita tahu Kerajaan tu gilang gemilang dengan cara pemerintahan dia. Dengan hubungan baik rakyat dengan sultan. So that.. Bila kita belajar,kita tahu. Ouh.. Kerajaan ni maju sebab apa. Then boleh dilaksanakan untuk negara sendiri. "

"Lepastu kita ada belajar bab perang dunia,Rusuhan Kaum yang berlaku dekat negara kita sendiri. Semua tu. Berlaku sebab apa. Mesti ada sebab dan cara pulihkan kan? Jadi bila kita belajar. Ouh kita tahu sebab berlaku tragedi ni sebab ni sebab tu. Blah blah.. So kita jauhkan..senang cerita tak ulang balik kesilapan tu dan teruskan hidup..soo.. "Yana memandang wajah Hakimi yang sedang fokus itu.

"Kalau kita ingat balik sebab dan punca kita huru hara dulu.. Lepastu masih lagi buat benda tu.. Sia sia.. Sebab kita dah tahu apa akan terjadi. Dan ending dia semua sakit dengan ulangan sejarah dia sendiri. Jadi lebih baik kalau kita lupakan sejarah tu. Tapi bukan lupa terus lupa apa yang dah jadi. Amik pengajaran, jangan buat lagi dan tinggalkan masa lalu. Jangan hidup dalam sejarah yang buatkan kita rasa sakit dan terseksa je dalam hidup.. "Kata Yana panjang lebar. Kalau sesiapa nak bantuan cikgu sejarah sila pm Yana. Biasalah budak straight A SPM. Hahahaha

Hakimi memandang Yana binggung.

"Wait wait.. Abis tu kalau kita lupakan sejarah. Macam mana kita nak ingat apa yang kita dah buat? Means.. Kita lupakan terus dan tak ingat pun yang dia pernah buat sesorang terluka. Hah? So sejarah kene ingatlah kan? Key yang sayang sampaikan ni nak suruh ingat ke lupakan ni? Abang jem.. " ujar Hakimi. Panjang panjang yana cakap tapi dia tak faham. Nak belajar ke lupakan? Ke aku yang benggap? Atau aku yang tak faham apa yang Yana nak sampaikan. Alahh. Perempuan memang suka bagi ayat kiasan ke? Aduh. Tak faham.

"Haish suka hati abanglah. Penatlah sayang bebel dari tadi. Saya nak tidur. Sana sana. Goodnight! "



Apa yang Yana cuba sampaikan ialah:

Perkara yang lepas jangan diingat balik atau diungkit. Amik iktibar dan teruskan kehidupan macam biasa. Sebab kalau diingat nanti kedua kedua pihak sakit balik. Nanti mulalah bergaduh sebab sejarah tu dan perkara yang tak sepatutnya jadi balik, berlaku sekali lagi sedangkan dah tahu at the end.. Dua dua pihak menyesal.
Yana saja je tu bawak contoh sejarah lain biar bagi otak korang fresh belajar Sejarah. HAHAHAHAHA. Lagipun perempuan kan suka susahkan benda yang senang.






Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA) Where stories live. Discover now