6

36 4 0
                                    

"Abang menungkan apa tu. Sedih semacam je muka." Bahu ditepuk perlahan tanda Yana hadir disebelahnya. Hakimi yang sedar daripada lamunannya terus sahaja memandang wajah Yana.

" Tak..tak ada apa apa."Jawabnya ringkas. Senyuman tipis dilemparkan kepada Yana.

"Yelah tu. Muka abang macam fikirkan sesuatu je. Cakaplah abang.. janganlah buat saya tertanya tanya. Bulan mulia ni tak baik menipu tau. Lagi lagi tipu bini sendiri. " Sengaja Yana membuat suara sayu. Bagi terasa sikit Hakimi tu. Apa dia ingat dia nak mengalah ke?

Hakimi memandang Yana tidak puas hati. Memang perempuan suka korek sampai dapat ke? Risau sangatlah kesayangan saya sorang ni. Huhuhu

" Sayang selagi abang tak bagitahu memang sampai bila bila pun nak membodek je kan. " Sengihan Yana buatkan Hakimi tersenyum menyenget. Cis dah agak dah. Nampak tak seorang Tengku Hakimi sudah ada peningkatan tentang memahami perempuan? Aku dah upgrade sampai tahap ke 2 tau. Huh kacang buncis lah.

"Ok..Kalau sayang nak tahu..ermm nak ni" Jari telunjuk di letak di pipi sambil sengihan diberi. Nak kiss ke nak penampar?

"Puasalah abang. Astgahfirullah.. bawa bawalah mengucap. Bulan puasa ni. " Yana mengelengkan kepala. Sudahlah sekarang mereka ada di pejabat. Tak molek orang kata. Gatal benor anak Tengku Mikael nilah. Haish risau gatal gatal Haider dapat adik baru. Eh?.

" Yelah sampai hati sayang tak nak layan perasaan abang. Kalau macam ni baik abang single je. Hurmm sedihnya ada bini tak nak layan kita. " sengaja Hakimi mencebikkan bibir. Ingat comel? Muka macam itik jantan nak bertelur. Huh.

"Ish abang ni nantilah. " Tiba tiba sahaja muka yana berbahang. Malu bercakap pasal ni. Walaupun dah halal. Macam manalah orang yang tak kahwin lagi boleh fikir nak cakap benda benda macam ni.

" Sekarang ni abang nak bagitahu saya ke tak?Kalau tak saya merajuk balik. "Sambung yana.

"Nanti nantilah abang cerita. Kata nak pergi shopping. Jom.. jom nanti kita boleh buka dengan papa. Haish rindu pula dengan azan maghrib."Seloroh Hakimi.


—-

"Wahh sedapnya bau. Sayang masak apa tu." Hakimi yang tiba tiba muncul itu mengejutkan Yana. Nasib baik tak masuk dalam kuali.

"Ayam masak merah. Kan saya dah bagitahu tadi.  Lepasni nak masak kubis masak lemak pula" Jawabnya. Terus tangannya menggaul kembali sambal sebaik sahaja ayam dimasukkan. Fuh makan ayam masak merah dengan kubis masak lemak memang on top! Sedapnya!

"Ouh..sorrylah abang lupa." Balas Hakimi ringkas.

"Erm sayang.. Abang nak cakap sikit dengan sayang. "Hakimi berdehem. Sempat dia menoleh kiri dan kanan memastikan tiada siapa yang berada di situ. Bukan apa. Dia tak nak perkara tahu dekat siapa siapa pun.

" Apa dia? Cakaplah. "

Hakimi terus sahaja berdiri disebelah Yana. Dah macam nak bagitahu rahsia sulit. Dia punya tak nak orang tahu tu. Waduh.

"Sayang nak raya dengan papa atau daddy?" Perlahan Hakimi bersuara sambil matanya masih lagi memandang kiri kanan memastikan tiada Tengku Hisyam atau sesiapa pun.

" Kenapa abang tanya? Kalau saya mestilah saya nak raya dengan papa. Kesian pula papa sorang dekat sini." Balasnya.

" tapi nanti kesian pula dekat mommy dengan daddy. Dua dua pun saya nak raya." Jawabnya lagi. Yelah. Mereka anak tunggal. Jadi raya mereka tak ada anak lain yang boleh beraya bersama.

"Abang ada plan. Tapi sebelum tu sayang kene pastikan yang tak ada sorang pun tahu. Lagi lagi mamat senget tu."

"Mamat senget? Rafael ke?"

" yelah siapa lagi kalau bukan dia. Dia tu kepoh. Tak padan dengan lelaki" kutuk Hakimi. Bulan puasa ni Tengku Hakimi woi.. Taubat taubat lah sikit. Tahu nak tambah dosa je. Huhuhu

"Apa plan abang?"








Kalini pendek sikit tau. Sbb konflik pon xbyk. Cerita ni pendek je 🫂 Salam Ramdhan ke 14 🤍

Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA) Where stories live. Discover now