5

65 5 0
                                    

"Esok puasa! Yeahh. "

Jeritan Yana mengejutkan Hakimi yang sedang menyiapkan kerjanya. Ouh baru dia ingat. Esok dah mula puasa. Papa pun akan terbang ke England esok. Jadi buat masa sekarang. Dia memang kene siapkan plan dia awal awal. Awal senang,tak kalut. Hihihi.

"Abang! Dengar tak saya cakap. Esok puasa. "Tiba tiba saja Yana menghampirinya. Tangan sudah bercekak pinggang memandang Hakimi.

"apa? Esok puasa? Tahu. "

Yana menjulingkan mata. Hakimi ni kan. Dia berangan ke apa.

"Tu memanglah! Saya cakap..Esok papa nak ke sini, jadi saya nak amik papa dekat airport dengan Rafael tu. Nak ikut tak? "

"Ouh.. Sorrylah abang berangan tadi. Sorry sorry. "Ada ke Yana cakap? Cuba cakap dengan aku. Aku rasa aku berangan dua saat je. Kalini aku rasa telinga aku dipiat yana.

"Aduh! Sakitlah! Kenapa piat telinga abang. "Hakimi mengosok telinganya yang memerah hasil piatan Yana. Ni tangan ke ketam. Sakit wo.

"Sekali lagi abang palau saya tak dengar saya cakap apa. Tidur lah abang dekat luar rumah tu. Dekat rumput. "Ugutnya. Apa? Ingat dia nak buat betul betul ke?

Mana boleh nak biar laki tidur luar. Sejuk sejuk pulak tu. Tak pasal pasal aku jadi janda anak satu yang paling letopz gituw.

"Sorry lah sayang. Abang tak dengar.Abang tak boleh pergi kot. Pergilah dengan Rafael. Cakap dengan si pael tu suruh bawak kereta besar sikit. Pakai jelah kereta abang tu. Abang pakai kereta lain. "ujarnya.

"yelah. Alang alang saya nak beli barang sekali. Saya minta izin keluar sekalilah ae. "

"Ye. Boleh. Dah sana sana. Abang banyak kerja ni. " Halau Hakimi. Kacau je nak buat kerja. Yana ni kalau kacau aku, last last tak buat kerja. Kerja tak siap. Bankrup. Makan pasir. Boleh?

"ouh halau ae. Ok.. Tak apa. Harini abang tidurlah depan laptop ni. Cau! "
  Terus Yana melangkah keluar sambil menghentakkan kaki. Perangai macam budak kecil,padahal dah jadi mak orang. Nasib saja comel. Alahai.

---

"Abang. Bangun! Dah nak subuh dah ni!  Nanti tak sempat nak sahur, saya dah siap masak dah. Cepatlah. "Yana mengoyang goyangkan badan Hakimi yang sedang lena tidur. Sudahlah hampir masuk waktu subuh, dia boleh bantai tidur lagi. Padahal dia dah kejut sejam yang lalu! Boleh tak kalau dia simbah air dekat muka hakimi? Berdosa tak? Ke nak tolak Hakimi jatuh katil? Kalau tak sempat sahur si Hakimi ni, jangan di marahnya aku ok.

"Saya kira sampai tiga. Abang tak bangun saya simbah abang dengan air sejuk. "
Ugutnya. Kalini Yana tidak main main. Dia mengambil secawan air paip dan dibawa ke katil. Liat sangat kan.

"Satu.. Abang..masih ada masa ni. "Masih tiada reaksi

"dua.. Abang akan menyesal. Ni first Ramadan tau. Kalau letih jangan salahkan saya. Kita first time puasa dekat negara orang tau. Cabaran dia lain. "Hakimi kini beralih kedudukan dari mengiring ke kanan kini mengiring ke kiri. Yana mengetap gigi. Geram.

Ouh.. Cabar aku ya.

"Saya mintak maaf ae. "Terus secawan air paip itu di tuangkan diatas muka Hakimi. Ampun abang. Jangan ikut aksi ni ya kawan kawan. Kesian laki kau. Eh kau ada laki ke? Hehehehe

Bush!

"Uhuk! uhuk!  Sayang! Apa ni main simbah simbah air dekat abang! Kalau abang lemas macam mana. "Terus tersedar Hakimi akibat dicurah segelas air ke mukanya. Masuk hidung tahu tak? Kalau mati macam mana. Hshshshs.

Hakimi mengelap mukanya yang basah disimbah air. Wajah Yana yang tenang di pandang tidak puas hati. Boleh saja isterinya memadangnya tiada riak. Sampai hati.

"Saya dah kejut ok. Cepat sikit bangun. Dah nak subuh ni. Ada 10 minit. Cepat! Saya dah siapkan makanan abang dekat dapur tu. "

Hakimi yang baru saja disimbahi air itu hanya pasrah mendengar kata. Nanti tak sahur lembik pula. Sudahlah sini banyak dugaan. Ramai yang tak puasa. Nanti terikut makan macam mana. Ye dok?

---

"Papa! " Yana berlari lari anak ke arah Tengku Hisyam yang baru sahaja tiba ketika itu. Dah jumpa bapak sendiri, anak dia dibiar seorang dengan Rafael. Huh. Nasib baiklah Rafael ni seorang yang penyabar dan handsome. Ish ish ish.

Tengku Hisyam hanya menggelengkan kepala saja melayan karenah anaknya. Ariana.. Kalau awak ada, mesti awak tersenyum sekali.

"Papa nak balik rumah Yana dulu ke terus ke rumah sewa papa tu? " Soal Yana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Nasib baik hari pertama puasa cuaca di sini sedang sedang saja, kalau tak susah juga nak sesuaikan diri. Pertama kali dia berpuasa di negara orang.

"Terus ke rumah sewa papa jelah,tak adalah nak kena keluar balik. "Ujarnya. Yana hanya mengangguk. Lagipun bukan dia yang bawak kereta. Tu mamat single yang bernama Rafael yang akan bawa. Hahahaha.

--

"Ok.. Terima kasih... Waalaikumsalam.. "Sebaik sahaja menamatkan panggilan telefon terus sahaja Hakimi merengangkan tali leher yang dipakainya. Dah dibayangkan dah suasana raya dekat situ ni. Hahahahaha..mesti best. Dan paling penting dia dapat lari daripada dua dua keluarga. Kalaulah boleh pisah dua badan ni kan senang. Ha sebelah pergi sana, sebelah pergi sini.

Jadi untuk memastikan kedua duanya keluarga adil. Aku. Tengku Hakimi bin Tengku Mikael yang kacak lagikan bergaya akan membawa isteri dan anak saya beraya di...

"Abang! Berangan apa tu? " Panggilan Yana buatkan aku tersentak. Huish. Nasib tak ada sakit lemah jantung mat. Kalau tak. Jadi Janda bini aku. Hish. Tak boleh tak boleh!

"Sayang! Apa sergah sergah abang macam tu. Terkejut tau! Cuba bagi salam sikit. Kan elok. " tegur Hakimi. Tak marah. Nasihat.

"eh baik sikit ya Tengku Hakimi Tengku Mikael. Saya dah ketuk macam nak roboh pintu tu. Siap bagi salam, tak menyahut pun. Ingatkan busy semacam,masuk masuk rupanya berangan. " Bebel Yana. Yelah yelah. Perempuan tak salah. Lelaki je salah.

"Argh. Apa apalah. Sayang ada apa datang office ni? Papa mana? "

"Papa tengah settle kan pasal rumah dia. Rafael ada tolong papa. Haider ada dekat rumah, mak Esah jaga. Saya datang sini nak ajak abang pergi beli barang masak untuk buka nanti. Ingatkan nak masak ayam masak merah. "

"Saya ingat nak ajak abang beli barang dapur papa sekali. Sikit je. Papa bukan makan sangat. Buat buat terisi dapur dia tu. " sambung Yana lagi. Hakimi hanya mengangguk. Dah lama dia tak keluar berdua dengan Yana sejak kahwin ni. Selalu keluar..selalu ke keluar? Bukan dulu dua dua buat hidup masing masing je ke?

Sempat aku tersenyum hambar. Rasanya sepanjang dia bertunang dengan Yana 4 tahun tu pun dia tak pernah keluar berdua kalau tak dipaksa Daddy atau Mommg. Lama kan 4 tahun? Aku yang minta.

Aku sengaja bagi alasan dua dua masih muda dan nak habiskan belajar. Lagipun dia tak naklah buat Yana terganggu sebab kahwin awal. Lagi pula, Yana baru saja balik kepada papa kandung dia. Tak ke nanti menambah stress dia.

Teringat pula kisah 4 tahun bertunang.  Hampir saja tak jadi berkahwin. Tapi sebab aku tamak nak harta kan. Bodoh juga aku. Kenapa aku tak pernah terpikir nak cintakan dia sepanjang 4 tahun tu ae?

Bodoh ke aku tak ada perasaan dekat Yana selama itu.

Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA) Where stories live. Discover now