7

29 3 0
                                    

"Betul ke ni Hakimi? Dah fikir masak masak nak buat ni?"

" Ya Tok. Saya yakin dengan pilihan saya ni. Lagipun saya tak naklah ada yang kecil hati jadi saya buat dua dua kecil hati dengan tak balik raya. " Ya. Tengku Hakimi si anak Tengku Mikael membuat kerja gila di bulan Ramdhan ini. Dan sebab itu....





"MALAYSIAA I'M BACK!!!"

Kami balik Malaysia untuk sambut raya dengan Tok Nab. Dan the best part is kami akan berpuasa dan beraya dekat Kampung!!! And gues what?! Kami akan berada di kampung full puasa dan raya!! Arghh seronok dapat merasa suasana kampung .Cerita dia tak panjang tak pendek. Cukup semua tahu ni semua Hakimi punya plan. Dia yang cadang dan dia yang telefon Tok Nab sendiri. Demi tak nak kecewakan papa di England, Mommy dan Daddy ni KL sooo..todayy... welcome to








" Seriouly sayang? Ni ke tempat sayang membesar? Macam..macam.." tersangkut sangkut Hakimi mahu menghabiskan kata katanya. Matanya juga tidak berkelip memandang sebuah rumah kayu yang sudah berusia. Kalau tengok dah macam rumah opah upin ipin. Dengan kawasan kampung yang tiada jalan tar,berlubang and the worst part is...

"TAK ADA LINE!!!NOOO!!"Jeritan Hakimi itu buatkan Yana yang sedang mengemas baju mereka terkejut dek suara Hakimi yang kuat.Hakimi mengangkat tinggi telefon pintarnya. Siap panjat katil untuk dapatkan line yang memang lambat dan lembab dekat kampung ni. Huhuhu.

"Abang ni kenapa? Bisinglah. Cuba bawa bertenang sikit. Tengok anak tu. Santai je.. " bebel Yana sambil jari menujuk Haider yang seronok bermain anak patung di lantai. Aku pun pelik entah kenapa Haider suka sangat main dengan anak patung berbentuk penguin tu. Kalau malam tak tidur dengan penguin dia,memang menangis lah jawabnya. Comel lagi bila Haider menamakannya dengan gelaran 'pingu' seperti kartun legend zaman kanak kanak aku dulu. Huhuhu. Kadang rasa macam nak beranak lagi. Eh?

" Sayang,Haider tu budak lagi. Mana tahu apa yang jadi sekarang ni." Balas Hakimi. Kalini telefon pintarnya diketuk ketuk sambil mengerutkan dahi memastikan line telefon lancar seperti biasa. Duh.. duduk kampung kot. Biasalah tak ada line. Lagi pula rumah Tok Nab boleh dikata berada di hulu. Di kawasan yang memang tak maju. Kalau nak line? Pergi jelah pekan ke bandar yang berdekatan. Bukan susah pun. Bagi dia. Bukan bagi seketuk Hakimi yang dari tadi merungut. Itulah orang kata. Lain kali nak buat apa apa fikir betul betul . Ni tak. Main terus buat je.

Nasib saja Hakimi bercadang nak raya dengan Tok Nab. Jadi dia memang tak kekok pun sebab dia memang dah bertahun beraya dengan Tok. Kalau dengan Papa masa dia pindah pun dah. Cuma setiap kali raya mesti dia akan ajak papa singgah ke sini. Dia dah sebati dengan kampung ni. Lagipun dia dah dibesarkan dengan kasih sayang Tok Nab dan keluarga Tok Nab dari kecil.

"Kalau abang nak bebel je. Lebih baiklah abang keluar tengok tengok kampung ni. Dulu abang tak sempat nak jalan habis kampung ni kan. Tak pun pergilah melawat Aidil dan Nely. Diorang ada balik sini kata Tok Nab tadi. Diorang baru dapat baby. Abang pergilah jengah jengah diorang. Saya nak pergi tolong nenek buat kuih ni."Balas Yana lagi. Kali ini dia selesai melipat dan mengemas pakaian mereka sebelum terus mengendong Haider dan keluar dari bilik. Tak ada masa dia nak layan perangai Hakimi tu. Nasib badan dapat laki bandar. Memang semua orang suka ke dapat suami bandar macam dia ni?







"Nenek tak kisah ke kiteorang duduk lama dekat sini? Bukan apa. Risau nenek tak selesa pula ada kiteorang. Lagi lagi Hakimi tu. Dia tu cerewet sikit. Dengan perangai bandar dia yang tak habis habis nak merungut. " Yana memulakan perbualan bersama Tok Nab. Daun pisang yang baru di ambil Tok Nab terus aku sisihkan dan koyakkan mengikut saiz yang sesuai untuk membuat lepat. Fuh buka puasa dengan lepat pisang panas panas memang umph!! Perkena pula dengan air teh tarik yang pekat likat urghh sedap dooh.

"Nenek tak kisah pun. Sekurang kurangnya ada juga lah bising dekat rumah ni. Sejak yana tak ada ni. Sunyi hidup nenek. Kalau tak ada je Yana tolong nenek buat kuih, berbual dengan nenek. Ni kamu dah balik terubat lah rindu. Pasal Hakimi tu alah biar je dia. Biasalah.. budak bandar bila jejak kampung memang macam tu. Nanti dia dah biasa oklah tu. "Balas Tok Nab, tangannya lincah mengopek kulit pisang berangan yang sudah terlalu ranum. Pergrh kalau buat cekodok lagi mantap.

"Janganlah cakap macam tu. Tak sampai hati pulak Yana dengar. Sebersalah rasa"

" ish tak apalah. Nenek suka tengok Yana dah bahagia sekarang. Macam mana hidup berkeluarga? Dah ada anak sorang. "Sengaja Tok Nab berdalih. Tak naklah sedih sedih. Ini bukan drama sedih lagi. Ni fun punye story!!

" ok je.. Bahagia cuma tulah Yana rasa yang Yana ni tengah—"

"ARGHHHH!!!LABAH LABAH!!!"

















Huhuhu sian Kimi. Best ape duduk kampung. Tenang je.

#dudukkampungisthebest🤣

Jangan lupe nantikan chap lpsni🤪kita tgk hakimi boleh ke survive lama lama kat sini.

Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA) Where stories live. Discover now