"Assalamualaikum! Papa! Oh papa!" Tanpa menlengah lengahkan waktu terus sahaja Yana melangkah masuk ke rumah papanya sambil mengendong Haider. Alah rumah papa rumah dia juga. Chill lah.
"Waalaikumsalam. Eh Yana. Bila kamu balik sini? "Tengku Hisyam terkejut seketika sebelum pergi menyambut kedatangan anaknya.
"Semalam.. Tapi balik rumah daddy Hakimi.."Balas Yana pendek. Senyuman kecil dilemparkan sebelum terus sahaja dia bersalaman dengan papanya itu. Hakimi yang berada di belakangnya juga turut bersalam dengan bapa mertuanya itu.
"Ha baguslah korang berdua balik. Ingatkan nak duduk je dekat negara orang tu sampai tak nak balik balik. "bebel Tengku Hisyam sebelum mengambil Haider daripada Yana. Betullah orang kata. Kalau dah ada anak, bila balik rumah mak ayah sendiri, yang dilayan dan dimanja manja, cucu. Sampai betul hati.
"Bukan tak nak balik pa. Busy.. "Balas Hakimi pula. Kali ini mereka bergerak ke ruang tamu.
Tengku Hisyam hanya mendiamkan diri sambil tangannya tak habis habis mencubit manja pipi cucunya. Comel!
"Malam ni papa nak announce sesuatu. Nanti ajak Tengku Mikael dengan Marissa datang sekali ya. " Kata kata Tengku Hisyam membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri. Nak cakap apa lah tu..
---
"Jemputlah makan semua.. "Ujar Tengku Hisyam.Lauk pauk yang penuh di atas meja besar itu satu persatu dilihat Yana. Banyak betul. Yang nak makannya 5 orang tidak termasuk Haiderlah. Tapi makanan yang dihidangkan boleh 10 orang makan. Amboi. Membazir sungguh ni.
"Apa yang papa nak cakap dekat kitaorang? "Soal Yana tiba tiba. Semua mata kini tertumpu kepada Tengku Hisyam.
Tengku Hisyam meletakkan sudu dan garfu sebelum berdehem seketika.
"Papa nak umumkan.. Yang papa..akan.. ""Papa nak kahwin baru ke!" Tiba tiba Yana menyampuk. Semua orang memandang Yana terkejut. Begitu juga dengan Tengku Hisyam sebelum Tengku Hisyam melepaskan tawa.
"Apa Yana ni. Papa dah cukup tua nak kahwin lain.. "Tergeleng geleng Tengku Hisyam mendengar kata anaknya itu. Ada ke aku yang tua ni nak kahwin? Kalau nak kahwin dari dulu aku dah kahwin.
"Kalau bukan papa nak kahwin,apa yang tergempar sangat tu?" Sambung Hakimi pula.
Tengku Hisyam tersenyum kecil.
"Papa nak cakap yang papa akan pindah ke England. Dan papa dah decided nak uruskan syarikat dekat sana. "
"Maksudnya.. Papa akan ambil alih syarikat yang kimi tengah kembangkan ni? "Soal Hakimi pula.
Tengku Hisyam mengangguk. "Papa dah bincang dengan Tengku Mikael pasal hal ni lama dah. Sebelum LY collab dengan korang lagi,memang papa dah cadang nak ambil alih syarikat di sana. Terus. "
"jadi bolehlah korang pindah balik ke sini. "
---
Yana menapak menuju ke arah Hakimi yang sedang termenung di luar beranda biliknya itu. Sempat dia meletakkan Haider yang sudah terlena di atas katil sebelum menghampiri Hakimi.
"Abang? "Hakimi menoleh. Wajahnya agak muram namun Hakimi tetap memberikan senyuman kepada isterinya.
"Ya sayang? Kenapa? "
Terus sahaja Yana berdiri di sebelah Hakimi. "Aik. Patutnya saya yang kena tanya abang. Abang tu kenapa? Muram je. " soalnya.
"Abang buntulah.. "
"Abang buntu nak tinggalkan England then balik dekat sini? Macam gitu? "
Hakimi hanya diam.Tidak mengangguk dan menggeleng.
"Abang.. Dulu pun abang memang kerja dekat sini kan? Tak akanlah sebab saya pergi sana dulu, abang terus nak kekal ke sana? Lagipun abang datang sana sebab ada kerjasama dengan LY kan? Dah nak dekat setahun dah kita dekat sana. "
"Haih.. Saya ingat abang lagi suka dah tak payah tinggal dekat sana lagi. Ke.. Abang ada perempuan lain? " Yana memandang Hakimi tajam.
"eh apa pula ada perempuan lain. Sayang sorang je dah tak mampu nak handel. "
"apa? Ulang balik? Abang jangan ingat saya tak dengar ae. Sampai betul hati. "Yana merajuk. Dia ingat kita tak dengar dia cakap dekat kita. Cis. Hakimi ketawa kecil. Comel betul bini dia nilah. Haish.. Mana mungkin dia nak cari lain.
"seriously abang.. Cuba cakap dengan saya. "Soal Yana lagi. Kedua belah tapak tangannya kini melekap di pipi Hakimi menyuruh Hakimi pandang ke matanya.
"tadi.. Papa cakap dengan abang. "Hakimi memegang tangan Yana sebelum melepaskan keluhan.
"dia nak kita beraya dekat sana."
---
Ha sudah. Tengku Marissa menyuruh mereka beraya dekat Malaysia. Memang itu yang Yana nak. Tapi pulak Tengku Hisyam suruh mereka beraya dekat sana. Pening!
"Papa nak pindah awal bulan ramadhan ni. Jadi papa nak kita ada dekat sana untuk tolong dia urus apa yang patut. Mak Esah pun nanti akan ada dekat sana, jadi tak elok kalau mereka berdua je. "
"Abang setuju ke? "Yana menyoal.
Hakimi hanya diam sebelum sambung berkata. "Abang cakap dengan papa mungkin kita memang akan berpuasa dekat England sebab nak kemas barang pindah sini balik. Tapi abang tak janji nak beraya dekat sana. "
"Abang akan uruskan syarikat daddy balik lepas ni. Jadi kerja abang makin banyak lagi lagi kerja dekat sana ada lagi. Jadi.. Abang akan stay dekat England juga. So.. Mungkin.. Kita memang akan beraya dengan papa. "Sambung Hakimi. Yana hanya diam. Hasratnya memang nak beraya di sini, tapi papa pula buat keputusan nak ke England.
"Saya ikut je apa abang cakap. Saya tak kisah.."
---
"Kamu kena beraya dekat sini juga Kimi. Kamu tu satu satunya anak kami. Tak akanlah nak biarkan kami ni beraya sorang. "Tengku Marissa berkata sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Hari ni kami dah kena terbang ke bumi England. Minggu hadapan pun dah puasa dan semakin sibuk sebab papa nak berpindah.
"Kimi tak janji. Kami pergi dululah mommy, daddy. "
Terus kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang. Masing masing masih berlenggu dengan harapan kedua dua pihak.Ada aku raya tempat lain. Jadi dua dua keluarga fair.
Tapi..
Macam menarik idea ni.
"Bang? Cepatlah. Nanti tertinggal flight kang. Nah pegang Haider ni. "Yana menghulurkan Haider dari pelukannya kepada Hakimi.
"Sayang...Tok Nab.. Masih contact dengan sayang? "Hakimi tiba tiba menyoal.
Yana memandang wajah Hakimi dengan hairan,tapi masih mengangguk mengiakan.
"selalu juga. Dia yang jaga saya dari kecik bang, saya dah anggap macam mak dah. Tak akan saya nak lupakan dia. Kenapa abang tanya? " soalnya binggung.
"setiap tahun sayang raya dengan Tok Nab je ke? "soal Hakimi lagi dan buatkan Yana bertambah pelik dengan Hakimi. Kenapa tiba tiba cakap pasal Tok Nab ni?
"Ya.. Cuma adalah kadang kadang family tok datang. Tu pun sekarang dah ramai yang meninggal. Kenapa? Cuba cakap dengan saya kenapa tiba tiba tanya. "Yana memandang Hakimi. Eh mamat ni. Tak nak cakap pula. Ada kena hempuk dekat tengah tengah airport kang.
Hakimi tersenyum nipis. "tak ada apa apalah. Saja.. Tanya.. Nanti kita melawat Tok nak? "
Dan semua rancangan dia akan berjalan sekarang. Let's go!
YOU ARE READING
Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA)
Short StoryTENGKU HAKIMI MIKAEL (EDISI PUASA RAYA) Raya? Kalini kita akan lihat ragam puasa dan raya jejaka terhangat? Tahan ke puasa sebulan? Apa ragam mereka kalini? Tangkap ayam? dodol? eh? Pelita? Apa ni? Adakah misi beraya bersama dua buah keluarga aka...