Kalau diikutkan.. Kalini aku beraya berbeza dengan yang dulu dulu nya. Bukan raya aku dulu tak best.. Cume tak merasa adanya keluarga. Kalini bezanya. Aku akan beraya dengan papa. Mommy. Daddy, Tok Nab. Dan yang paling special... Suami dengan anak dia. Wah.. Mesti raya tahun ni sangat berbeza. Yana tersengih sendiri.
"sayang? Termenung apa tu?"Hakimi yang tiba tiba sahaja duduk disebelahnya menegur. Entah bila hakimi datang dia pon tak tahu.
"Tak ada apa abang...excited nak raya dan puasa tahun ni.. Yelah sebab dulu saya puasa dengan raya dengan nenek je.. Sekarang ni ada abang..Haider... Papa.. Mommy dengan Daddy lagi.. Kawan kawan kita.. Jadi bertambah meriahlah kan.."
"ouh... Abang ingatkan sayang fikir pasal lelaki lain. Nasib baik.."
Yana menampar perlahan badan hakimi. Over thinking betul suami dia ni. "Apalah abang ni. Orang fikir pasal benda baik baik, dia fikir buruk buruk.. "
Hakimi tersengih. "hehehe sorry cayang.. Takmo marah2 nanti kedut dah tak boleh bagi haider adik baru. "
Yana menjeling tajam. Amboi amboi. Dia ingat perempuan ni kilang buat anak ke?
"dahlah malas nak layan abang. Baik saya pergi layan haider. "
"eh.. Merajuk pula. Sayang! "
"tak dengar tak dengar. "
---
Haider yang comot dengan makanan yang meleleh dimulutnya dilap yana. Anak dia memang begini. Makan comot betul. Sibuk orang hendak suapkan dia, dia tarik sudu nak makan sendiri. Kalau makan tak comot tak kisah. Ni comot! Dengan terjoget joget tengok Didi and friends. Pernah sekali,Haider tengah pegang sudu yang penuh dengan bubur terpelanting sebab dengar lagu mengantuknya mumia. Habis tercampak bubur dekat karpet rumah. Dengan muka muka aku sekali pon kena.
Alahai anak. Nasib kecil lagi. Kalau dah besar memang nak kena kalau buat sepah.
"Sayang! Abang keluar okay. Ada meeting pula tiba tiba. "Hakimi membetulkan tali lehernya yang serabut. Didekati yana dan Haider yang berada di ruang makan itu.
"Sinilah saya pakaikan. "Yana membetulkan tali leher hakimi yang serupa macam apa dah dikerjakan suaminya. Hakimi mengambil kesempatan memeluk pinggang isterinya.
"Tangan tu tak payah merayap jauh sangat. Anak tengok tu. "Yana mengetatkan tali leher hakimi.
"aduh sayang ni.. Jangan ketat sangat.Macam nak bunuh je.ok ok. Tak buat depan haider lagi dah. "Hakimi melepaskan pegangan dipinggang yana.
Pipi haider dikucupnya kemudian mencubit perlahan pipi anaknya yang montel itu.
"Papa pergi dulu ya. Makan elok elok. Jangan sepahkan. Kesian Mama nak kena kemas. "Hakimi tersenyum kecil memandang mata anaknya yang tidak berkelip memandangnya bagaikan mahu memahami papanya.
"Bye Sayang.. "Ujar Hakimi sambil mengenyitkan mata. Sempat Hakimi gelak kecil.
"Bye... Hati hati tau. Eh.. Salam. Lupa pula.. "Cepat sahaja Yana mencapai tangan Hakimi untuk bersalam.
"Petang ni abang ada tak? Kalau abang balik awal. Saya nak ajak ke supermarket.. Nak beli barang dapur sikit. Kesian dekat Mak Esah. Asyik dia je pergi beli. Padahal ni rumah kita. "Bebel Yana.
"InsyaAllah kalau habis awal abang call sayang. Oklah dah lambat ni. Bye sayang sayang ku.. "Hakimi sempat memberikan ciuman di dahi Yana sebelum pergi ke kereta.
---
"Ye.. Papa jangan risaulah..Nanti bulan puasa ni Yana balik Malaysia.. "
"Nanti pandai pandailah Yana cakap dengan Hakimi nanti pa.. Papa tu..kenapa senyap je sekarang. Ada sorokan apa apa ke? "
YOU ARE READING
Tengku Hakimi Mikael (EDISI PUASA RAYA)
Cerita PendekTENGKU HAKIMI MIKAEL (EDISI PUASA RAYA) Raya? Kalini kita akan lihat ragam puasa dan raya jejaka terhangat? Tahan ke puasa sebulan? Apa ragam mereka kalini? Tangkap ayam? dodol? eh? Pelita? Apa ni? Adakah misi beraya bersama dua buah keluarga aka...