BAB 8

2K 169 16
                                    

"Sayang~" Meleret sahaja suara Luqman untuk meminta dimanjakan oleh isterinya. Dia memeluk Naila daripada belakang. Kepalanya direhatkan dibahu Naila. Berat pula rasanya nak tinggalkan isterinya bersama anak-anaknya.

Naila yang sedang sterika baju kemeja Luqman itu hanya membiarkan Luqman memeluknya. Dah halal toyiban.

"Kenapa ni abang?" Soal Naila pelik.

"Tak nak pergi." Rengek Luqman seperti anak kecil. Naila mengeleng.

"Abang pergi kejap je kan? Abang perlulah langsaikan tanggungjawab abang sebagai seorang ketua dekat company tu." Luqman hanya mencebik. Isterinya ini sudahlah dia berat untuk tinggalkan mereka.

"Dulu abang jadi ketua pengawas sekarang abang dah jadi ketua keluarga dan ketua kepada anak-anak buah abang." Naila menutup suis iron sebelum memusingkan badannya menghadap Luqman. Dia menekapkan tangannya di dada Luqman.

Luqman senyum. Dia suka posisi mereka sebegini. Dia menekapkan dahinya dengan dahi Naila.

"Ya abang tahu tapi, this is my first time tinggalkan sayang dengan anak-anak. Sebelum ni walid yang selalu pergi outstation. Sekarang abang pula yang pergi. Bukan dekat sayang jauh dekat Italy." Kata Luqman. Naila merenung mata suaminya itu.

"Kita boleh video call abang. Dua hari tu kejap je, abang bangun, tidur, bangun, tidur tup-tup dah balik sini. Sayang okay je abang walhal saya bangga dengan abang." Naila mencium pipi kanan Luqman sekilas. Luqman hanya tersenyum. Mulai nakal isterinya ini.

"Hmm...yelah abang pergi tapi, honey need take care of yourself with kids okay?" Naila laju mengangguk.

"Siapkan abang please. Nanti dekat sana takde orang nak pakaikan abang baju dengan betulkan tali leher abang semuanya kena berdikari buat sendiri." Pinta Luqman merengek. Naila hanya ketawa kecil sebelum menampar lembut dada suaminya itu.

"Okay. Sayang tolong abang."

***

"Papa nak pergi mana?" Soal Nisha sambil menghisap ibu jarinya. Sebelah tangannya setia memeluk anak patung. Nazim yang sedang menyusun lego itu berhenti apabila Nisha melontarkan soalan itu kepada papanya.

"Papa nak pergi outstation. Nazim dengan Nisha jaga mama dekat rumah okay?" Luqman memegang bahu Nisha. Nisha bingung.

"Outstation apa tu? Anak patung baru ke?" Luqman mengeleng sambil tersenyum.

"Papa ada kerja dan papa tak balik selama dua hari okay?" Nisha hanya mengangguk faham walaupun dia sebenarnya tidak faham dengan apa yang dipesan oleh Luqman tadi.

"Nazim, you as son and brother you should care about our queen and princess. Did you get it?" Pesan Luqman kepada anak lelakinya. Nazim mengangguk sebelum memeluk papanya.

Naila hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia mendekati sesi peluk-memeluk anak-beranak itu.

"Abang." Panggilan itu menyentakkan mereka. Naila juga memeluk keluarga kecilnya.

"Abang pergi dulu okay?" Naila hanya mengangguk. Dia memejamkan matanya tatkala Luqman mengucup dahinya.

"Papa pergi dahulu, bye!" Luqman mencium ubun-ubun kepala anak-anaknya.

Sebelum dia keluar, sempat lagi dia membaca doa untuk anak-anaknya. Luqman meletakkan tangan diubun-ubun anak-anaknya.

"Bismillahirahmannirohim..."

"Al rahman..."

" 'Allamal qur'aan..."

"Khalaqah ingsaan..."

" 'Allahmahul bayaan..."

Setelah itu, dia mencium anaknya dan berlalu keluar. Sempat lagi Naila menyalami tangan suaminya.

***

Ting!

Husband baby❤️
Anak-anak dah tidur? Sayang okay?

Naila tersenyum lebar sebaik dia menerima message daripada suaminya itu. Naila menoleh ke arah anak-anaknya yang sudah tidur itu.

Hari ini dia mengajak anak-anaknya untuk tidur bersama dengannya since Luqman tiada dirumah.

Ting!

Honey🤍
Allhamdullilah diorang dah tidur. Sayang okay je, abang dah makan?

Luqman menaip untuk membalas pesanan daripada isterinya itu.

Ting!

Husband baby❤️
Dah. I miss you sayang💕.

Naila hanya mengeleng. Suaminya ini baru saja beberapa jam pergi dah rindu. Eh mestilah laki sayang bini kut.

Honey🤍
Miss to. Alah, nanti abang balik juga.

Husband baby❤️
Nanti abang dah balik, abang bawa sayang pergi jalan-jalan nak?

Honey🤍
Mestilah nak. Hihihi. Abang, Naila nak tidur.

Husband baby❤️
Baik sayang, rest well. I love you ❤️❤️❤️. Jangan lupa baca Surah Al-Mulk.

Honey🤍
Baik my husband baby. Luv you to!

Naila menutup telefon pintarnya. Dia mengusap-gusap kepala anaknya sebelum mengucupnya.

Vote and comment ❤️

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now