BAB 7

1.9K 150 13
                                    

"Abang." Gerak Naila sambil menepuk pipi suaminya.

"Hmm..." Luqman mengeliat kecil.

"Bangun. Solat subuh jom." Ajak Naila. Luqman mengangguk.

"Gerak anak-anak sekali. Kita solat subuh sama-sama." Suruh Luqman. Naila hanya mengangguk.

"Saya pergi gerak diorang abang ambil wuduk dulu eh?" Luqman hanya mengangguk. Walaupun dia mengatuk tetapi, tugas dia sebagai imam tidak boleh dibuang begitu sahaja.

"Nazim, Nisha. Bangun sayang, kita solat subuh sama-sama." Gerak Naila sambil membuka suis lampu. Tidur Nazim dan Nisha terganggu.

"Hmm, mama hiks-" Nisha mengosok-gosok matanya. Naila mendekati anak perempuannya itu.

"Kenapa ni? Hmm?" Naila mendukung anaknya itu.

"Ngatuk, hmm." Nisha memeluk leher mamanya. Nazim pula mendekati mamanya. Dia memeluk kaki mamanya.

Naila mengusap-gusap rambut Nazim penuh kasih.

"Ambil wuduk jom, lepastu kita solat subuh sesama." Ajak Naila. Nisha dan Nazim mengangguk.

"Mama dengan papa tunggu dekat atas ya? Bawa iqra sekali, Nisha. Nazim, bawa Al-Quran alang-alang tu boleh lanjutkan bacaan." Mereka hanya mengangguk faham.

Naila naik ke biliknya semula. Dia menolak daun pintu biliknya. Dia melihat Luqman sedang membentang sejadah untuk mereka solat. Naila hanya senyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak yang cerdas dalam bab agama.

"Sejak bila sayang dekat situ?" Soal Luqman memandang isterinya yang berada di daun pintu itu.

"Tadi. Abang dah ambil wuduk?" Luqman mengangguk.

"Tak nak main batal-batal?" Luqman mengerutkan dahinya.

"Batal-batal?" Soal Luqman pelik. Naila mendekatkan dirinya sebelum...

"Sayang, kan dah batal wuduk abang." Naila ketawa terbahak-bahak. Dia sengaja memeluk suaminya untuk wuduk suaminya batal.

"Abang ni takkan tak faham dengan batal-batal?" Tanya Naila. Luqman mengeleng.

"Bukan tak faham tapi, abang blur pepagi ni." Jawab Luqman sambil mengusap-gusap rambut Naila. Dia mencium tepi kepala Naila.

"Terima kasih abang." Ucap Naila tiba-tiba.

"For what?"

"Everything. Abang dah jadi imam sayang, suami yang baik buat sayang, ayah yang baik untuk anak-anak kita, layan karenah sayang dan macam-macam lagilah." Kata Naila sambil mengusap-gusap dada bidang Luqman. Luqman hanya tersenyum.

"Tiada apalah sayang. Tu kan tugas sebagai seorang suami?" Luqman menjogetkan sebelah keningnya. Naila sekadar mengangguk.

"Love you, abang."

"Ahabbakakalladzi Ahbabtani Lahu. (Semoga Allah mencintaimu Dan dialah yang membuat engkau mencintaiku karnanya)." Luqman memeluk Naila erat. Kasihnya begitu mencurah kepada isterinya ini sehingga tak terhingga. Tiada perempuan lain yang boleh mengantikan tempat Naila.

"Mama, papa jomlah kita solat nanti lambat." Marah Nazim. Naila dan Luqman terkejut dengan kehadiran si kecil. Mereka tersengih seperti kerang busuk sebelum mengambil wuduk.

***

"Nazim, Nisha mari sarapan sayang." Panggil Naila sambil membuat roti untuk suaminya.

"Nah abang."

"Thanks honey." Luqman mencapai roti yang sudah siap disapu jem coklat itu. Dia makan sambil sebelah tangannya melihat jadual kerjanya yang dihantar oleh Athirah tadi.

"Hmm?" Luqman menilik semula jadual pada hari esok. Dia mengeluh.

Naila yang mendengarkan keluhan daripada Luqman itu sudah pelik. Tidak pernah-pernah pula Luqman mengeluh.

"Kenapa abang?" Soal Naila prihatin. Luqman mengeleng. Dia mengangkat muka untuk memandang isterinya. Naila menjogetkan sebelah keningnya.

"Sayang boleh ke urus anak sendiri?" Soal Luqman.

"Boleh je kenapa?" Soal Naila pula. Luqman menutup i-Pad nya. Dia mengenggam tangan isterinya.

"Abang kena pergi outstation esok. Naila boleh ke tinggal dengan anak-anak? Abang risaukan sayang dengan anak-anak." Luqman membawa tangan Naila ke bibirnya. Dicium dengan kasihnya.

"Berapa hari abang pergi?"

"Tak lama dua hari. Sayang nak ikut ke? Anak-anak boleh tinggal." Cadang Luqman. Dia tidak rela untuk berpisah dengan Naila walaupun hanya sekejap. Rasa nak mati kalau dia tak tatap muka isterinya.

"Takpelah. Anak-anak saya jaga. Kesian mama, papa, umi, walid dengan Lily kena jaga diorang. Lagipun kita baru je hantar diorang haritu." Kata Naila. Luqman memandang isterinya sayu.

"Abang pergi kerja bukan bawa madu pergi honeymoon." Kata Naila. Hampir tersedak Luqman dibuatnya. Dia bukannya jenis lelaki yang main kayu tiga. Bini dah lawa buat apa cari yang baru? Lelaki memanglah tak cukup satu kalau boleh nak pasang 100 pun boleh. Curang-curang itulah satu-satunya pilihan mereka ada tetapi, tidak bagi Luqman untuk curang. Bagi dia biarlah dia didik isteri dan anak sehingga dapat masuk syurga bersama-sama. Dia tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

"Ish takdelah sampai begitu sayang cuma abang nanti rindu dengan sayang. Sebab tu abang ajak sayang pergi ikut sekali at least abang boleh tatap muka Naila setiap masa takdelah tangguh rindu je." Pujuk Luqman supaya Naila mengikutinya.

"Abang, outstation tu untuk kerja bukan untuk honeymoon." Nasihat Naila sambil memegang muka suaminya. Luqman mencebik.

"Yelah tapi, nanti abang call sayang jawab cepat-cepat tau abang tak nak menangguh rindu kepada isteri abang sorang ni." Kata Luqman sambil menyelitkan rambut Naila dibelakang telinga. Naila hanya senyum.

"Ya-ya sayang ingatkan tu. Dah makan, sedikit lagi anak-anak turun tu." Sebaik sahaja Naila berkata begitu. Nazim dan Nisha pantas turun, mereka mengambil tempat dimeja makan.

Vote and comment ❤️

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now