#1-SPECIAL CHAPTER

1.6K 139 6
                                    

Nazim melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia melihat isterinya, Tasha Melissa sedang terlelap bersama anak mereka berdua.

Nazim mendekati Tasha sebelum dia senyum melihat isterinya. Comel bila tidur.

Dia mencium tepi kepala Tasha sebelum mengusap-gusap kepala Tasha.

"Hmm..." Tasha terganggu apabila ada orang mengusap-gusap kepalanya. Dia mencelitkan matanya.

"Uthman meragam lagi ke?" Soal Nazim sambil duduk disebelah Tasha lalu, dia merangkul bahu kanan isterinya.

Tasha senyum seraya mengangguk.

"Dia meragam sedikit je hari ini."

"Ya ke angel? Habis kalau dia meragam sedikit kenapa sampai angel terlelap?" Tanya Nazim sambil menjogetkan sebelah keningnya beberapa kali. Tasha menampar dada bidang Nazim perlahan.

"Saya penat sedikit." Jawab Tasha sambil melentokkan kepalanya di dada bidang Nazim.

"Kesian angel saya jaga Uthman sorang-sorang." Ujar Nazim sambil mengerling Uthman yang sedang lena tidur itu. Jangan kacau umi dan abi nak me time.

Nazim memilih nama Uthman yang memberi maksud kepada khalifah Islam yang keempat. Uthman merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.

"Uwerk! Uwerk! Uwerk!" Tangisan Uthman mulai pecah. Nazim menghelakan nafas kecil. Tasha tergelak apabila melihat Nazim menghelakan nafas kecil. Baru sahaja mereka mahu me time.

"Uthman kenapa kacau abi dan umi nak me time?" Soal Nazim kepada anaknya. Macamlah anaknya itu faham akan soalannya.

Nazim mendukung Uthman lalu, ditepuk punggung Uthman perlahan. Menyuruh anak lelaki itu tidur. Kesian akan Tasha kerana telah melayan ragam Uthman sehingga terlelap.

"Shh...tidur anak abi ni. Kesian dekat umi jaga Uthman sampai terlelap tau." Suruh Nazim sambil mengalunkan selawat ditelinga anaknya. Tasha terasa lega apabila Nazim membantunya dalam menguruskan Uthman. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami akan kepenatannya.

Lama-kelamaan Uthman terlelap apabila mendengarkan Nazim mengalunkan selawat ditelinganya. Di dapati dengkuran halus daripada anak lelakinya menandakan dia sudah lena dibuai mimpi.

Nazim meletakkan semula Uthman ditengah katil. Dia mencium pipi anaknya sebelum dia memeluk Tasha. Tasha membalas pelukan.

Nazim membenamkan mukanya dileher Tasha. Dia mencium aroma minyak wangi yang dipakai oleh Tasha. Minyak wangi itu memabukkan dirinya bersama isterinya.

Obses sangat dengan isterinya ini.

"Abang balik awal hari ini? Pejabat tak banyak kerja ke, hmm?" Tasha mengusap-gusap rambut Nazim. Nazim mengeleng sambil mengangkat muka dan mencium pipi kiri Tasha.

"Abang rindukan angel." Ungkap Nazim sambil meniup cuping telinga Tasha. Tasha kegelian.

Perangai Nazim sama seperti Luqman. Sweet like honey.

"Baru kerja sehari dah rindu dengan saya, hmm?"

"Mestilah sebab angel kesayangan saya seorang sahaja. Tiada yang boleh nak ambil angel daripada pangkuan saya. Ingat tu." Pesan Nazim sambil memeluk Tasha semula. Kali ini erat seperti tidak mahu dilepaskan. Tasha hanya merelakan sahaja. Suaminya ini susah mahu berengang dengannya.

***

"Ryn..." Panggil lembut Naim. Aryn Ryana mengangkat muka apabila suaminya memanggilnya.

"Kenapa abang?" Soalnya. Naim mengelus perut Aryn yang kian membukit itu. Sudah 8 bulan kandungan isterinya itu tunggu masa untuk keluar sahaja.

"Kenapa Ryn tak minum susu yang mama buat tadi, hmm?" Aryn mengeleng laju. Dia tak suka bau susu itu. Busuk!

"Ryn tak sukalah, susu tu bau busuk. Rasa nak muntah je bila Ryn minum." Jawab Aryn bersama muka jijiknya. Bila teringatkan balik rasa susu itu buatkan dia rasa nak muntahkan segala isi perut sahaja.

"Mana boleh macam itu, Ryn. Kalau Ryn nak anak kita sihat kena minum susu tu walaupun susu tu tak sedap." Aryn mencebik.

"Tapi...Ryn rasa nak muntah bila minum susu tu. Rasa dia pelik, uwerk." Komen Aryn sambil membuat muka ingin muntah. Naim tersenyum apabila melihat kecomelan isterinya itu. Sudahlah bolat dengan pipinya tembam ditambah pula dengan mulutnya yang suka menjawab aje.

Biasalah perempuan mesti nak menang bukan? Kalau kalah kami bukan perempuan lah.

"Kalau Ryn tak boleh habiskan, abang boleh tolong habiskan. Demi anak dan isteri abang yang abang sayang ni abang sanggup korbankan." Kata Naim ingin memujuk Aryn untuk minum susu. Aryn mencebik. Dia mahu menangis. Air matanya bergenang ditubir mata.

"Janganlah korbankan diri abang untuk Ryn..." Aryn mengalirkan air matanya. Mulutnya dicebikkan.

Naim mulai panik. Aduh! Dia dah buatkan isterinya jatuh air mata.

"Eh Ryn? Janganlah menangis abang pujuk Ryn untuk minum susu aje." Aryn memeluk tubuh suaminya. Naim membalas pelukan. Aryn menghamburkan tangisannya di dalam pelukan Naim.

"Hey Ryn...tengok abang." Naim memangut lembut dagu Aryn. Dia memaksa Aryn untuk memandangnya.

"Don't cry, I hate to see your tears." Suruh Naim. Tersedun-sedan Aryn memandang suaminya.

Naim menyeka air mata isterinya.

"Minum susu okay? Lepas itu, abang tunaikan saja apa yang Ryn nak. Ryn nak apa? Cakap je abang belikan nanti." Aryn mencebik lagi.

"Ryn nak makan makanan Korea boleh? Dah lama Ryn mengindam." Pinta Aryn. Naim mengangguk.

"Okay. Lepas minum susu abang belikan kimbap ya? Ryn suka kimbap kan?" Aryn mengeleng.

"Ryn nak toppokki dengan oden." Naim mengangguk laju.

"Baik. Sedikit abang beli ya?" Aryn laju mengangguk sambil membenamkan mukanya di dada bidang Naim. Dia mengeselkan hidungnya disitu. Naim hanya ketawa kecil.

Lahai isteri, kenapa awak comel sangat?

***

Nisha bergumam sambil mencampak handbag nya ke arah sofa. Dihenyakkan sofa itu dengan kasar. Dia berpeluk tubuh sambil mengetap giginya.

"Balik dah Nisha?" Tanya Naila kepada anak perempuannya.

"Dah mama." Jawabnya. Naila melabuhkan punggungnya dihadapan Nisha.

"Kenapa ni hmm? Tak seronok ke keluar dengan Aryash?" Nisha mendengus kecil.

"Dia dingin dengan Nisha lah mama. Orang cakap apa semua jawab hmm je. Benci Nisha tengoknya!" Adu Nisha sambil mengigit bawah bibirnya.

"Aunty Arfa dengan Uncle Ayaaz ada beritahu yang Aryash tu memang dingin orangnya. Jadi, nak atau tak Nisha kena tunggu perangai bucin dia keluar selepas kamu berdua nikah nanti." Jelas Naila kepada anaknya. Luqman yang baru turun ke bawah itu terus melabuhkan punggungnya disebelah Naila. Dia merangkul bahu kanan Naila sebelum mencium pipi kanan isterinya.

Nisha mencebik. Papanya sengaja mahu membuatnya panas hati lagi. Sudahlah dia panas hati dengan perangai Aryash yang tak semegah itu.

"Ada apahal ni sayang, Sha?" Tanya Luqman ingin mengetahui.

"Aryash lah, papa. Keluar dengan dia bukan macam orang lain. Asyik suruh Nisha diam je. Tak sukalah!" Marahnya lagi. Kalau Aryash di depannya pasti dia menyepak si jejaka itu tak pun memaki si jejaka itu.

"Nanti Nisha dah nikah dengan Aryash pergi tandas sekejap pun dah rindu. Papa jamin dia bakalan bucin dengan Sha lepas nikah nanti. Macam mama dan papa, bucin lepas nikah." Nisha menghelakan nafas berat. Haihlah bakal suami.

zuayna_ amacam wei? Besan juga akhirnya kita. HAHAHA 🤣.

Vote and comment ❤️ maseh!

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now