#2-SPECIAL CHAPTER

1.7K 148 14
                                    

Pernikahan Nisha dan Aryash hampir dekat. Kesemua persiapan sudah hampir siap 100%. Tinggal mereka diakad esok dan menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Terasa macam sekejap saja Nisha dan Aryash berkenalan sekarang, mereka tinggal beberapa lagi minit sebelum bertukar status menjadi suami isteri yang sah.

"Aku terima nikahnya Nur Nisha Alara Qistina binti Muhammad Luqman Hakimi dengan mas kahwinnya RM 20 ribu ringgit tunai seberangkatan dengan barangan solat." Tutur Aryash selafaz.

"Sah?"

"Sah!"

"Allhamdullilah!" Ucap mereka sebelum menadah tangan untuk membaca doa. Setelah mengaminkan doa, Aryash mendekati Nisha yang sedang menunduk malu itu.

"Asalamuailaikum kesayangan Aryash Riz." Sapa Aryash sambil menyarungkan cincin dijari manis Nisha.

"Walaikumusallam kesayangan Nisha Alara Qistina." Balas Nisha sambil simpan senyum. Kini, giliran dia pula menyarungkan cincin dijari manis Aryash. Disalam tangan suaminya.

Sementara Nisha menyalami tangannya, Aryash membaca doa dikepala Nisha. Setelah itu, Nisha mengangkat muka lalu, Aryash mengambil kesempatan ini mengucup dahi Nisha.

Nisha terkejut dengan tindakan Aryash yang secara tiba-tiba. Dia menampar lengan Aryash lembut. Aryash senyum kepadanya. Nisha sedikit tergamam dengan senyuman itu. Manisnya senyuman dia!

Klak!

Nisha melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mencari kelibat suaminya.

Kedengaran pintu bilik air dikuak. Nisha terkejut. Dia memandang Aryash yang baru keluar daripada bilik mandi itu.

Aryash mengelap rambutnya dengan tuala kecil lalu disangkutkan dilehernya. Dia memandang Nisha yang baru masuk bilik itu.

Nisha sibukkan dirinya dengan membuka satu-persatu pin yang berada dikepalanya. Tangannya sedikit tergetar-getar apabila Aryash mendekatinya. Sungguh dia takut!

Rasa aura Aryash sebelum kahwin dan selepas kahwin amatlah berbeza. Macam mana dia nak hadap untuk hari seterusnya?

Aryash memegang tangan Nisha yang keliatan lincah meletakkan pin diatas meja solek. Nisha tersentak.

"Sini biar abang tolong sayang." Pelawanya sambil membuka satu-persatu pin yang berada dikepala Nisha sehingga habis.

"Terima kasih." Ucap Nisha sebelum berdiri untuk membersihkan dirinya. Aryash hanya mengangguk sebelum dia menyambung mengelap rambutnya menggunakan tuala kecilnya.

Baru sahaja Nisha mahu masuk ke dalam bilik mandi Aryash telah menghentakkan tubuh Nisha ke dinding. Membulat mata Nisha apabila Aryash bertindak begitu.

Aryash mengunci pergerakan Nisha. Dicerlung Nisha bagai harimau yang lapar. Nisha secara drastiknya menunduk.

"Kenapa takut, hmm?" Soal Aryash dengan suara serak-seraknya. Nisha tidak menjawab.

Aryash mengusap-gusap rambut Nisha sebelum dibawa ke arah mulutnya. Dicium aroma bau rambut Nisha. Wangi.

"A-Aryash..." Panggil Nisha perlahan. Dia mahu Aryash berhenti daripada tahannya sebegini.

"Hmm? Why baby?" Tanyanya. Nisha mengemam bibirnya.

"S-ssaya nn-nak m-mmandi." Aryash tersenyum senget apabila Nisha takut sama dia. Dulu memang dia tidak perangai begini tetapi, selepas halal perangainya mulai keluar.

"Takut dengan abang ke?" Nisha tak menjawab.

Aryash memangut lembut dagu Nisha. Nisha memandang suaminya. Aryash senyum senget. Sengaja dia ingin mengusik Nisha sejak dia diberitahu Naila dan Luqman bahawa Nisha tak suka dia sikap dingin bersama dengannya.

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now