EPILOGUE

1.3K 109 32
                                    

"Sayang dah siap ke?" Soal Luqman.

"Dah, kejap ya abang." Laung Naila daripada dalam bilik. Dia membetulkan niqab yang dipakainya. Ya, dia sudah siap-sedia untuk memakai niqab.

Dengan niat kerana Allah bukan kerana suaminya. Sudah tiba masa untuk dia tidak mempamerkan wajahnya kepada orang lain.

Klak!

"Abang." Panggil Naila. Luqman memusingkan badannya menghadap Naila. Dia tergamam dengan penampilan Naila sekarang.

"S-sayang?" Naila mengangguk sambil senyum disebalik niqabnya. Luqman memeluk Naila. Dicium ubun-ubun Naila dengan penuh syahdunya.

"Masyaallah. Allah dah makbulkan doa abang, allhamdullilah." Luqman meleraikan pelukan. Dia merenung Naila.

"Allhamdullilah, Allah bukakan hati Naila untuk pakai niqab." Luqman mengusap-gusap kepala Naila.

"Jazakillah sayangku." Luqman mengucup dahi Naila lama. Naila senyum disebalik niqabnya.

"Jom. Anak-anak dah tunggu dekat bawah." Ajak Luqman sambil menarik tangan Naila.

Ketiga-tiga anak Luqman dan Naila sudah menunggu mereka berdua dibawah.

"Abang awning Nisha okay tak?" Tanya Nisha kepada kedua abangnya. Nazim dan Naim menghiraukan Nisha. Mereka berdua main telefon pintar. Nisha mencebik.

"Abang Nisha tanya ni okay tak awning Nisha? Nanti bakal imam Nisha tengok takdelah dia terus reject."

"Hmm." Mereka berdua bergumam. Ih mentang-mentang dah besar panjang boleh pula tak kisahkan Nisha.

"Ih abang!" Nazim dan Naim mengangkat muka mereka. Dipandang muka Nisha yang cemburut itu.

"Ya kenapa angel?" Tanya Nazim.

"What's wrong with you baby?" Tanya Naim pula. Keduanya memanggil adiknya dengan panggilan manja.

Nisha senyum manis. Dia mendekati abangnya sebelum duduk ditengah-tengah mereka berdua.

"Cantik tak Nisha?" Nazim dan Naim saling berpandangan sebelum mengangguk.

"Cantik." Jawab serentak mereka berdua. Nisha ketawa kecil. Dia memeluk kedua abangnya.

"Hehehe, sayang abang. Kalau nanti dah kahwin jangan lupakan Nisha okay?" Nazim dan Naim sudah membuat muka. Kahwin? Heh, lambat lagi agaknya. GAHAHAHA.

"Ya lah. Takde makna kami nak kahwin lagi. Kami ni dingin jadi, tiada siapa nak tackle kami lah." Kata Nazim sambil meleraikan pelukan Nisha. Rimas.

"Eleh cakap je sebenarnya dah ada bukan?" Tanya Nisha sambil menjogetkan keningnya beberapa kali. Nazim dan Naim mengeleng. Nisha menjeling abangnya.

"Nazim, Nisha dan Naim." Panggil Luqman. Mereka menoleh ke arah papanya bersama mamanya yang baru turun daripada atas.

Mereka tergamam melihat penampilan mama mereka. Mereka ternganga.

"Mama?" Naila mengangguk. Luqman dan Naila melabuhkan punggung mereka dihadapan mereka bertiga.

"Mama lawanya." Puji Nazim. Naila hanya senyum disebalik niqabnya.

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now