BAB 3

2.2K 174 17
                                    

LUQMAN menghempaskan badannya dikerusi meja pejabatnya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Dia menghelakan nafas berat sebelum menutup matanya sebentar untuk mengambil ketenangan.

Tok! Tok! Tok!

Luqman mencelitkan matanya semula. Dia membetulkan posisi kedudukannya.

"Masuk."

Klak!

"Maaf menganggu Tuan Luqman. Ada orang nak jumpa Tuan." Luqman mengerutkan dahinya.

"Siapa?" Athirah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Bagi dia masuk." Athirah hanya mengangguk sebelum memanggil orang tu untuk masuk ke dalam pejabat Luqman.

"Terima kasih." Ucap Naila sambil senyum manis ke arah Athirah. Athirah hanya mengangguk sambil senyum.

Setelah Naila masuk ke dalam pejabat, ramai staff perempuan mula membawang tentang Naila. Setahu mereka Tuan Luqman belum berkahwin lagi dan Luqman tidak pandang perempuan begitu sahaja.

"Ni mesti perempuan tu beria nakkan Tuan Luqman."

"Eh mana boleh, Tuan Luqman aku punya!"

"Halah kau Tuan Luqman aku punya okay?! Kau tu pergilah ngorat anak Dato Que tu."

"Ah tak nak aku dengan dia, dingin!"

"Ih tak boleh jadi kita kena beri peringatan kepada perempuan tu. Boleh pula dia nak ngorat our prince charming."

"Nanti dia keluar kita seranglah apa lagi an?"

Itulah sesi pembawangan staff perempuan yang berada disitu. Mereka tidak tahu Luqman sudah sold out. Move on ajalah bestieee.

"Abang." Panggil Naila sebaik menutup pintu bilik pejabat suaminya. Luqman mengangkat muka memandang isterinya.

"Sayang. You here?" Naila mengangguk.

"Sini. Abang rindu dengan isteri abang ni." Panggil Luqman. Naila melangkah ke arah Luqman.

Naila meletakkan beg kertas diatas meja kerja Luqman itu. Luqman menarik Naila untuk duduk diatas ribanya. Naila merangkul leher Luqman. Luqman memeluk pinggang isterinya sebelum membenamkan mukanya dileher Naila yang dibaluti dengan shawl berwarna hitam itu.

Naila mengusap-gusap rambut Luqman. Sesi memanja dengannya.

"Kenapa ni abang, hmm?" Soal Naila pelik dengan perangai Luqman. Luqman mengangkat mukanya dia memandang Naila.

"Abang rindu dengan sayang." Luqman memeluk isterinya. Dia mengusap-gusap kepala isterinya itu. Naila hanya ketawa kecil.

"Ya sayang tahu. Sebab tu sayang datang, abang mesti laparkan?" Luqman mengangguk.

"Jom makan. Naila ada bawa makanan dari rumah umi tadi." Luqman masih lagi memeluk isterinya. Dia suka bau minyak wangi yang dipakai oleh isterinya itu.

"Abang." Luqman mengangkat mukanya. Dia melepaskan pinggang Naila. Naila berdiri sebelum menyediakan makanan yang dibawanya tadi. Luqman hanya memandang isterinya menyediakan makanan untuknya sahaja.

Dia rindu dengan isterinya. Sangat.

"Dah. Abang makan dulu. Sayang nak cuci tangan sekejap." Luqman hanya mengangguk.

"Jangan lama-lama nanti rindu." Pesan Luqman. Naila hanya mengangguk sambil mengatur langkah ke arah pintu.

"Weh-weh tu perempuan tu dah keluar. Jom-jom."

"Aaa cantek. Mari mulakan misi."

"Eh tunggu aku! Aku nak join juga!"

"Setan betina tunggu aku!"

Naila membasuh tangannya disinki tandas. Dia senyum kepada setiap staff perempuan yang menunduk sedikit ke arahnya.

Empat staff perempuan tadi masuk ke dalam tandas. Mereka menjeling ke arah Naila yang sedang membasuh tangan itu. Naila tidak perasan dengan kehadiran mereka lagi.

"Jadi, kaulah perempuan murah dengan Tuan Luqman tu?" Naila mengangkat muka. Dia memandang empat staff perempuan itu di cermin sahaja.

"Sorry, pardon?" Naila mengerutkan dahinya.

"Tak payah nak kerutkan dahilah perempuan! Yang engkau ngorat Tuan Luqman kitaorang tu kenapa?! Batak sangat dengan Tuan Luqman pehal?!" Marah Syasya selaku ketua staff perempuan yang berempat ini.

Naila sudah mengeleng. Apahal diorang ni. Rasa macam nak karate je sorang-sorang. Dah lama orang tak cari pasal dengan dia.

Syasya mulai mendekati Naila. Dia mencengkam kepala Naila daripada belakang.

"Auch. Lepaslah!" Naila meronta-ronta untuk dilepaskan. Syasya menguatkan cengkaman dia.

Tiga orang yang lain hanya ketawa kecil sahaja. Mereka tidak tahu Naila itu sebenarnya isteri kepada tuan mereka.

"Aku bagi warning dekat kau untuk tak jejak lagi langkah dekat sini! Kau faham atau tak?!" Syasya melepaskan cengkaman kasar sehingga kepala Naila terhantuk dibucu sinki.

Naila merasakan dahinya keluar cecair berwarna merah.

"APA YANG KORANG BUAT DEKAT ISTERI AKU?!"

VOTE AND COMMENT ❤️

S2 | LUQMAN'SWhere stories live. Discover now