“Ayah… .” tangis Fatin Amiera memenuhi ruang tamu di rumahnya.Sekujur tubuh terbaring di tengah rumah dengan ditutupi kain batik lepas dibahagian mukanya.Fatin Amiera yang berusia 20 tahun itu sudah menjadi anak yatim piatu kini.Dia sudah kehilangan ibunya semenjak kecil lagi , ini ayahnya pula yang pergi meninggalkannya.Mariam yang berpangkat ibu saudaranya tidak lelah menenangkan gadia itu.
“Sabar ya sayang.Allah lebih sayangkan ayah Miera.Doa banyak-banyak untuk ayah ya sayang.Maksu pun doakan ayah.Maksu sentiasa dengan Miera.” ujar Mariam kepada anak buahnya itu.Fatin Amiera masih di dalam tangisnya lagi.Dia tidak dapat menahan sebak di hatinya di atas pemergian ayahnya yang tersayang itu.
“Miera , kalau nak cium arwah buat kali terakhir boleh ya.Kami dah nak angkat jenazah sebentar lagi.” kata Taufiq iaitu anak kepada Mariam dan abang saudara Fatin Amiera.Lagi kuat tangisan gadis itu.Dia tidak dapat mengawal perasaan sedihnya itu.Pecah rasa di dada.
“Abang Taufiq , Miera sayang ayah.Kenapa ayah tinggalkan Miera.Miera dah takda sesiapa lagi di dunia ni.Miera cuma ada ayah saja.Ayah pun tinggalkan Miera.” luah Fatin Amiera kepada abang saudaranya Taufiq di dalam tangisan yang deras.Tetamu yang hadir turut rasa sedih melihat gadis itu meratap pemergian ayahnya.
“Amiera , tak baik cakap macam tu dik.Ayah Miera sayangkan Miera.Dia mesti sedih sebab Miera tak meredhakan pemergian dia.Miera perlu terima kenyataan.Semua orang sayang Miera.Abang Taufiq pasti , allah akan gantikan yang lebih baik untuk Miera.” ucap Taufiq kepada adik saudaranya itu.
Orang kampung mula berkumpul di ruang tamu.Jenazah dibalut baik dengan kain putih.Airmata jernih gadis itu sentiasa mengalir.Saat ramai-ramai hendak mengangkat ayahnya untuk dibawa ke tanah perkuburan , dia meraung memanggil ayahnya.Mariam menenangkan anak buahnya itu.Dia juga turut bersedih kerana abang kandungnya sudah pergi buat selama-lamanya.
Jenazah allahyarham Rahmat sudah selamat dikebumikan.Malam sudah pun menjelma.Seluruh ahli keluarga berkumpul di ruang tamu , anak-anak kecil sedang bermain di luar rumah.Fatin Amiera seorang diri di dalam kamarnya.Airmatanya tidak berhenti mengalir dari siang tadi.Sehingga menyebabkan bawah matanya bengkak.Pintu kamar diketuk tidak dihiraukan.Pintu dikuak dari luar tanpa menampak tubuh yang membuka.Haliza isteri kepada Taufiq datang dengan menatang dulang yang berisi nasi goreng dan air suam.Dulang diletakkan di tepi meja katil.
“Fatin , jangan macam ni sayang.Fatin perlu teruskan hidup.Fatin masih muda.” pesan Haliza kepada saudara suaminya itu.
“Fatin rasa , hidup Fatin dah takda makna lagi kak.Fatin rasa , Fatin pun dah ikut ayah pergi tadi.”
“Astaghfirullah , tak baik Fatin cakap macam tu sayang.Allah tak suka orang yang meratap macam ni.Akak faham , kalau akak ada dekat tempat Fatin.Akak pun tak tahu apa jadi pada akak.Tapi jangan sampai macam ni sayang.Lagi satu , Fatin kena ingat.Fatin akan ada tanggungjawab lepasni.Tuan Naufal tadi siang masa Fatin tidur.Dia ada kirim duit pada tangan abang Taufiq.Untuk uruskan apa yang patut.” jelas Haliza tenang.Wajah yang membengkak itu memandanh wajah tenang Haliza dengan berkerutan.
“Dia buat apa datang sini ? Ayah dah takda.Jangan fikir dia boleh kahwin dengan Fatin.” ujar Fatin Amiera marah.Haliza terdiam dengan luahan gadis itu.
“Fatin , kenapa marah sangat ni.Tuan Naufal tu datang baik-baik jer tadi.Fatin kan nak jadi isteri dia.Akak pasti lepasni kehidupan Fatin akan berubah.” ujar Haliza memujuk Fatin Amiera.
“Berubah ? Berubah jadi teruk ? Kahwin dengan orang tua tak sedar diri ? Macam tu ke kak ?.” soal Fatin Amiera kepada Haliza dengan bertalu-talu.Haliza nafas berat.Dia sudah penat melayan gadis ini.Dia mahu memberi ruang kepada Fatin Amiera.
“Suka hatilah , akak cuma cakap benda betul.Akak yakin , satu hari Fatin akan bahagia sebabkan Tuan Naufal.Ya , dia tua.Lebih tua dari abang Taufiq tapi kita tidak boleh menidakkan takdir allah.Kalau itu jodoh Fatin , Fatin kene terima.Mungkin kebahagiaan tu Fatin tak nampak sekarang.Tapi Fatin akan nampak nanti.Usia korang tak menghalang untuk korang bercinta atau jatuh cinta.” pesan Haliza kepada gadis muda itu.Dia keluar dari kamar dan meninggalkan Fatin Amiera.