TT Bab 3

9 1 1
                                    

Semenjak pulang dari kediaman milik keluarga Tuan Hariez Naufal petang tadi , Fatin Amiera tidak bertegur dan kurang ceria terhadap Tuan Hariez Naufal.Lelaki itu sedar akan sikap isterinya yang dingin.Dia hanya mendiamkan sahaja , tidak mahu menyentuh isu dingin petang tadi dirumah keluarganya.Dia meraup mukanya lembut.Tangannya menekup separuh wajah dengan kedua telapak tangan.

"Abang tak kesian ke dekat ibu ? Sebab ego , abang sanggup biarkan ibu bersendirian ? Abang ikutkan emosi abang dan tak hiraukan perasaan ibu ? Anak ke abang ni ? Kecewalah sayang dengan abang." ujar Fatin Amiera kepada suaminya dengan nada terketar-ketar menahan rasa amarah.

"Buatlah apa sayang nak , tapi takkan ada sesiapa pun faham abang.Itu sahaja yang abang nak cakap."

Diam.

"Luaran abang tidak sama dengan dalaman abang.Ibarat munafik.Biarpun dia ibu tiri.Apa yang terjadi bukan kehendaknya tapi kehendak allah.Kejam betul abang jadi manusia ya." kata Fatin Amiera dengan tegas.Tiada kata-kata yang bertapis semasa dia menghambur kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.

Wajah yang sudah dibasahi airmata itu memandang sayu ke arah Fatin Amiera.

"Sampai hati sayang cakap macamtu pada abang ya.Kenapa sayang sanggup dan tergamak kata macamtu ? Sayang takda di tempat abang.Sayang tak tahu apa abang rasa.Sayang jangan timbulkan perasaan benci tu semula dalam diri abang.Susah semua nanti !." keras ugutan Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.

"Ayah dan along mati sebab dibunuh oleh tekanan.Dari mana datangnya tekanan mereka ? Bukan dari abang ? Lepastu , abang nak salahkan ibu ? Why ?." soal Fatin Amiera tegas dan keras kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.

Allahuakbar , allahuakbar !.

Azan Isya' berkumandang , airmata yang mengalir tanpa dia sedar diseka laju.Tuan Hariez Naufal memicit-micit kecil dahinya yang terasa sakit.Dia lantas berdiri dan membuka pintu bilik tidurnya perlahan.Terlihat isterinya Fatin Amiera sudah berada di atas tikar sajadah.Dia tidak menunggu lama untuk memasuki ke dalam bilik mandi.Dia mengambil wudhuk.

Tidak lama kemudian , dia keluar dari bilik mandi.Terlihat Fatin Amiera sedang solat , keluhan dilepaskan tanpa kedengaran nafasnya.Dia mengambil tempat dihujung kaki katil dan melabuhkan punggung seketika sementara menunggu isterinya selesai solat.

Fatin Amiera berdiri di sisi kanan katil sambil melipat kain telekungnya , sesekali matanya menjeling ke arah suaminya Tuan Hariez Naufal yang sedang solat itu.Rasa bersalah mula bertandang.Hatinya tidak tenang.Tetapi tidak tahu bagaimana mahu hentikan rasa geramnya terhadap lelaki itu selepas apa yang dia dapat tahu dari suaminya sendiri.Ibu tirinya diabaikan akibat kematian ayah dan abang kandungnya sendiri.Wanita tua itu pernah dijadikan orang gaji.Sedangkan layanan wanita tua itu tidak pernah gagal melayan baik kepadanya dengan seikhlas hati.Dia membenci wanita itu kerana itu adalah IBU TIRI !.

"Sayang... ."

"Sayang nak makan ? Abang sediakan ? Tadi ibu... ."

"Takpa , kalau saya lapar saya boleh cari makan sendiri.Saya tak mahu susahkan orang." kata Fatin Amiera dingin.Dia terhenti dari lamunan apabila suaminya menyentuh bahunya lembut.

"Sayang benci abang ya ? Kenapa sebab orang sayang sanggup benci abang ? Kenapa !." tengking Tuan Hariez Naufal tiba-tiba.Terhinjut bahu Fatin Amiera.

"Kenapa sayang !." jerit Tuan Hariez Naufal lagi.Rasa sabarnya sudah tamat.Rasa amarahnya menguasai diri.Laju airmatanya mengalir di pipi.Matanya merah.

"Abang nak salah Amiera dalam hal ni ? Abang tahu tak , abanglah manusia paling tak reti bersyukur dalam muka bumi ni ? Abang ada semua termasuk ibu tiri.Amiera dari kecik , tak tahu siapa mak bapak sendiri.Hidup kena campak sana sini ! Kena kutip dekat tepi lorong.Arwah ayah bela macam anak sendiri.Ayah tak pernah rasa Amiera ni anak angkat dia.Mana-mana orang tanya pasti dia kata ini anak dia.Sedangkan dia kutip saja perempuan kotor ni dari lorong." jelas Fatin Amiera dengan tangisan yang pecah.Tangisannya memenuhi ruang bilik tidur mereka.Terkedu tidak terkata Tuan Hariez Naufal.

Terminal Terakhir [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now