"ABANG !." jerit Fatin Amiera.Tersentak bahu Tuan Hariez Naufal.Dia segera menoleh ke belakang.Terkedu dia melihat isterinya sudah bermandi peluh di dalam lena itu.Dia mendekati isterinya Fatin Amiera segera.Tubuh tegap Tuan Hariez Naufal dipeluk kejap.Dia menangis teresak meluah rasa takut.Mimpinya sungguh menakutkan.
"Sayang , abang ada ni.Jangan nangis lagi.Tunggu sini abang ambilkan air." ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Dia berlari anak untuk mengambil secawan air , dia kembali ke sisi isterinya.Air diberi kepada Fatin Amiera.
"Sayang okay ?." soal Tuan Hariez Naufal apabila melihat isterinya yang kembali tenang.Laju dia memeluk tubuh tegap Tuan Hariez Naufal yang sedang duduk di sisinya.
"Sayang... ." seru Tuan Hariez Naufal romantis kepada isterinya itu.Wanita itu tidak menoleh ke arahnya lansung.
"Sayang mimpi apa ? Beritahu abang ?." soal Tuan Hariez Naufal lembut.Dia hendak dengar dari mulut isterinya sendiri.Kerana mimpi itu jugalah dia meracau teruk.
"Siapa Qaira dan Ziqrie ?." soal Fatin Amiera dengan nada yang penuh dengan sebak.Dia memandang wajah suaminya Tuan Hariez Naufal dengan mencebik.
"Mana sayang kenal Qaira dengan Ziqrie tu ? Siapa dorang tu ?." soal Tuan Hariez Naufal tenang.Dia hendak tersentak mendengar nama yang diseru oleh isterinya itu.
"Isteri dan anak abang." balas Fatin Amiera ringkas dan padat.Tergumam Tuan Hariez Naufal.Raut wajahnya tidak dapat dielakkan.
"Betul ke abang ?." soal Fatin Amiera yang mula curiga dengan riak wajah suaminya.
"Bukan ! Ya , abang kenal Qiara dan Ziqrie.Tapi dorang takda kene mengena dengan abang.Tapi...dari mana sayang kenal dorang tu pulak ?." soal Tuan Hariez Naufal pelik.
"Dalam mimpi.Dalam mimpi tu nyatakan yang dorang adalah isteri dan anak abang." ujar Fatin Amiera menyakinkan.Tuan Hariez Naufal mengusap perlahan ubun isterinya kebelakang kepala.
"Apa yang ada dalam mimpi sayang tu lagi ?." soal Tuan Hariez Naufal lembut.
"Abang kata , Ziqrie bukan anak sah abang dan Qiara.Dan... ." kata-katanya terhenti.Airmata mengalir laju.
"Lagi apa sayang." tanya Tuan Hariez Naufal tenang.Dia tidak mahu memaksa isterinya itu.
"Ab...abang yang rogol sayang." jelas Amiera di dalam tangisan yang sudah pecah.Tuan Hariez Naufal menarik tubuh kecil isterinya ke dalam dakapan.Dia mengucup lembut kepala isterinya itu.
"Sampai macam tu sekali ya sayang mimpi.Tergamak pulak abang nak buat macam tu pada sayang.Terang lagi bersuluh macam mana abang terlalu cintakan sayang." jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya itu.Fatin Amiera semakin kejap memeluk tubuh sasa suaminya selepas mendengar penyataan dari lelaki itu.
"Qiara itu sepupu abang.Ziqrie tu anaknya.Ya , Ziqrie bukan anak sah mereka.Tapi bukan dengan abang.Abang bukan perosak maruah perempuan." jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya itu.
"Abang tak tipu sayang kan ?." soal Fatin Amiera yang masih ragu-ragu.
"Ya sayang , abang tak tipu." ucap Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
"Sayang , percayalah.Sejahat mana pun abang sebagai manusia.Sayang tetap nombor satu dalam hati abang." ujar Tuan Hariez Naufal romantis.
"Sayang takut , sayang hilang abang.Cukuplah sayang hilang ay... ." kata-katanya terhenti apabila teringat sesuatu.
'Ayah kau jual kau pada aku '
"Apa dia sayang ?." soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Dia tidak dengar akan ayat terakhir isterinya.