Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dipenuhi manusia pada musim cuti kali ini.Qiara dan Ziqrie selamat mendarat di Malaysia.Mereka disambut oleh ibu tiri Tuan Hariez Naufal dengan mesra di KLIA.Mereka menuju ke kenderaan untuk bergerak pulang ke rumah agam milik keluarga Tuan Hariez Naufal.Raut wajah ceria Puan Kartini tidak dapat dibendung lagi.Dia terlalu ceria melihat wajah cucunya Ziqrie itu.
"Ziq , bagitahu nenek , Ziq nak makan apa ? Nenek masakan." jelasnya kepada Ziqrie.Anak kecil berusia 8 tahun itu tersenyum manis.Senyumannya saling tidak tumpah sama seperti Tuan Hariez Naufal.
"Ziq nak makan asam pedas ikan pari." jelas Ziqrie kepada Puan Kartini ceria.Wanita tua itu mengucup dahi kecil Ziqrie.
"Baiklah , nenek masak ya." ujar Puan Kartini lembut.
"Biar Qiara bantu ibu." jelas Qiara kepada ibu tiri Tuan Hariez Naufal.
"Hariez dah tahu kamu sampai ke Malaysia ? Dia tak datang jumpa kamu ?." soal Puan Kartini.
"Qiara malas nak bergaduh dengan dia ibu.Dia bahagia dah dengan bini baru.Perempuan tu tak sedar yang dia nombor dua." ujar Qiara dengan nada sedikit geram.
"Tapi , Amiera tu baik budaknya." jelas Puan Kartini kepada Qiara.
"Baik ? Baik ambil suami orang ?." soal Qiara sinis.
"Bukan salah dia Qiara.Hariez yang tak berterus terang." jelas Puan Kartini lembut kepada Qiara.Gadis itu menyambung membersihkan sayur di sinki.
"Sayang , abang balik ni sayang." panggil Tuan Hariez Naufal lembut.Tidak sampai sesaat susuk tubuh Fatin Amiera sudah muncul dari bilik tidurnya.
"Eh , nak pergi mana ni ? Tak cakap dengan abang pun ?." soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
"Abang dah tak pergi pejabat lagi kan ? Kita pergi rumah ibu jom !." ajak Fatin Amiera.
"Abang penat lah sayang." rungut Tuan Hariez Naufal lembut kepada isterinya Fatin Amiera.
"Jomlah , sayang nak suruh ibu masakkan.Sayang teringin nak makan asam pedas ikan pari.Kita beli barang dulu lepastu terus ke rumah ibu." ujar Fatin Amiera merengek kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.Dia memicit kecil dahinya yang tidak sakit itu.Pening dia dengan sikap manja isterinya itu.
"Baiklah sayang , kita pergi rumah ibu.Tapi lepas makan.Abang nak balik.Abang nak rest di rumah." jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
"Okay husband !." ucap Fatin Amiera manja dan ceria.
Kenderaan BMW milik Tuan Hariez Naufal sudah memasuki perkarangan kediaman agam itu.Sunyi di kawasan luar rumah.Tidak berpenghuni.Mereka membawa langkah beriringan sambil berpegangan tangan menuju ke muka pintu.
"Daddy !." jerit ceria oleh Ziqrie.
Diam.
Tidak terkata Tuan Hariez Naufal melihat anak kecil itu di hadapan pintu rumah miliknya.Berderau jantungnya.Bagaimana dengan isterinya ?.
Fatin Amiera memandang wajah anak kecil itu dengan pandangan kosong.Tanpa sedar , dia sudah melepaskan pegangan tangan bersama suaminya tadi.Dia kaku.Blur.Entah apa yang sedang dia fikir ?.
Suasana di dalam kediaman mereka diam , sunyi.Tiada bunyi televisyen.Tiada suara.Fatin Amiera duduk di satu sudut dan terdiam sahaja.Airmata sudah membanjiri pipinya.Tuan Hariez Naufal duduk di meja makan yang tidak jauh dari kawasan ruang tamu kecil di kediamannya.Hasrat untuk makan di rumah Puan Kartini mati.
Flashback
"Siapa ni ?." soal Fatin Amiera kepada suaminya.
"Hai aunty , nama saya Ziq.Saya anak daddy." sekali lagi degupan jantung Tuan Hariez Naufal laju tidak dapat dikawal.