Tubuh kecil milik Fatin Amiera terkujur di atas sofa yang berada di ruang tamu.Tuan Hariez Naufal memandang isterinya itu dari pandangan jauh di meja makan.Dia tersenyum melihat isterinya itu.Setiap hari perasaan sayang terpupuk hebat di dalam hatinya.Dia menutup buku dan menyimpan alat tulisnya di dalam bekas pensil.
Dia mendekati isterinya yang sedang lena itu perlahan.Tiba di hadapan sofa , dia melutut dan mendekatkan wajahnya di dahi isterinya.Dahi luas itu dikucup lembut.Fatin Amiera bergerak sedikit apabila terasa diganggu.Tuan Hariez Naufal mengusap ubun isterinya.Dahinya disatukan dengan dahi isterinya seketika.Airmatanya mengalir.Terpukul jiwa dan raga apabila memikirkan masalah-masalah yang ada.Sedihnya tidak dapat dikawal itu.
"Sayang... ." panggil Tuan Hariez Naufal leret.Dia mengusap lembut ubun isterinya.
"Mmmm." rengek manja Fatin Amiera apabila mendengar panggilan dari suaminya.Dia masih terasa ngantuk.
"Bangun sayang , kita tidur di bilik.Abang dah ngantuk ni.Kita sambung tidur di bilik ya." jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Isterinya mengeliat hebat.Sehingga tangannya tertampar wajah suaminya.Walaupun tidak kuat.
"ABANGGG !." jerit Fatin Amiera yang sendiri terkejut dengan tindakan selambanya itu walaupun dia tidak sengaja.
"Takpa , sayang tak sengaja." ujar Tuan Hariez Naufal yang masih tersenyum tenang walaupun dia masih mengurut lembut pipi kanannya.
"Abang , sayang minta ampun.Sumpah sayang tak sengaja.Abang jangan marah sayang." rengek Fatin Amiera manja meminta simpati dari suaminya.
"Sudahlah , tak sakit pun.Tidur jom.Abang dah ngantuk." ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya itu.
"Okay jom." akur Fatin Amiera.Mereka memasuki bilik tidur untuk menyambung lena.
Tengahari yang hangat ini telah membakar sekali rasa amarah yang ada pada Tuan Hariez Naufal.Wajah Fatin Amiera bertambah pucat melihat kemarahan suaminya yang melanda.Sudah tiga hari dia bermula kerja dengan suaminya Tuan Hariez Naufal.Lelaki itu menyinga apabila dapat tahu ada fail penting yang hilang dan tidak dijumpai sehingga kini.
"AKU TANYA , MANA FAIL YANG PENTING TU ? SEKOR SETAN PUN TAK JAWAB !." jerit Tuan Hariez Naufal lagi.
"Maafkan saya Tuan , saya cuai.Saya yang simpan fail tersebut di dalam office Tuan tapi... ." kata-kata gadis itu terhenti apabila sudah tiada alasan yang hendak diberi.Dia takut jika tersalah kata mahu dihamun lagi oleh majikannya itu.
"Ya , sebab korang semua bodoh.Bebal.Bengap.Aku bayar gaji mahal.Tapi kerja macam lahanat !." maki Tuan Hariez Naufal lagi kepada semua pekerjanya.Termasuk Fatin Amiera.
"Bersurai !." jerit Tuan Hariez Naufal.Tidak sampai satu minit di hadapannya kosong.Kecuali satu sosok yang agak sedikit jauh dan sedang merenungnya dengan pandangan kosong.Tuan Hariez Naufal terdiam melihat sosok tubuh itu.
"Macam ni abang layan pekerja abang ?." soal Fatin Amiera kepada suaminya.
"Sayang... ." perlahan Tuan Hariez Naufal menyeru panggilan isterinya.Airmata wanita itu gugur membasahi pipi.
"Abang layan manusia ke tadi tu ?." soalnya lagi.
"Sayang , abang minta maaf." jelas Tuan Hariez Naufal.
"Terasa saya pun binatang.Terima kasih diatas layanan tersebut." kata Fatin Amiera yang pantas membawa langkah lemahnya beredar dari situ.Tangan Tuan Hariez Naufal menahan.
"Sayang , abang tak sengaja.Abang tak dapat kawal marah." ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
"Tidak sengaja ? Macam mana kalau hati staff abang terluka ? Abang nak beri alasan yang sama ? Tak sengaja ? Macam tu ke abang ?." soal Fatin Amiera lembut dan sayu kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.
YOU ARE READING
Terminal Terakhir [ COMPLETE ]
RomantizmTerminal yang melandaskan cinta antara kita