SUDAH satu hari usia perkahwinan Fatin Amiera dan Hariez Naufal.Dia tidak merasakan apa-apa kegembiraan di dalam hati wanitanya.Hariez Naufal adalah lelaki pilihan arwah Rahmat bapa kepada Fatin Amiera.Lelaki itu berusia 40 tahun manakala Fatin Amiera berusia 20 tahun , jarak umur mereka adalah 20 tahun.Terlalu jauh sehingga membuatkan Fatin Amiera tidak merasa apa-apa yang membuatnya bahagia.Bilik tidur diasingkan , dia tidak mahu tidur dengan suaminya Tuan Hariez Naufal.Kakinya melangkah masuk ke dalam dapur.
“Baby , u masak apa harini ?.” soal Tuan Hariez Naufal lembut kepada isterinya.Isterinya membisu tidak menjawab soalan suaminya itu.Keluhan kecil dilepaskan.
“Baby , sampai bila u taknak bercakap dengan I ?.” soal Tuan Hariez Naufal tegas.Terdiam Fatin Amiera melihat suaminya yang hendak mula menyinga.
“U ni kenapa ? Apa masalah u nak marah-marah I ?.” soal Fatin Amiera yang mula melenting.Dia menghenpas cawan di atas kabinet lalu dia membawa langkah ke ruang tamu.Tuan Hariez Naufal membawa langkahnya perlahan menuju ke arah isterinya.
“Sayang…I minta maaf.I takda niat.Okay fine I tahu u tak boleh terima I.Tapi jangan sampai kita tak bertegur.I sayang u baby.Terimalah I sebagai suami , sayang.” ucap Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera lembut.Airmata gadis itu mula jatuh membasahi pipi.Dia termakan sedkit pujuk rayu suaminya itu.Airmata diseeka laju.
“Apa yang u nak I buat sekarang ni ? U beritahu saja pada I.I akan tunaikan.Please baby.” pujuk Tuan Hariez Naufal kepada isterinya lembut.
“U tahu tak , jarak kita terlalu jauh sqmpai I tidak tahu hendak berhadapan dengan u macam mana.U seusia arwah ayah.How I call you as husband ?.” soal Fatin Amiera ďengan nada buntu.Tuan Hariez Naufal tersenyum nipis melihat reaksi isterinya.Kedua-dua belah tangan merayap ke pipi isterinya.Lalu bibir munggil anak dara itu dikucup lembut.Fatin Amiera terbuai dengan kucupan asmara suaminya itu.Matanya kembali memandang raut wajah ayu isterinya itu.
“Called me Daddy.” Jelasnya ringkas dan padat.Terkebil-kebil mata Fatin Amiera memandang suaminya.Dia menepis lembut tangan suaminya sehingga tangan kekar lelaki itu terhempas di atas pahanya.
“What ?.” soalnya lembut dan pelik.
“Kenapa ? Panggil I daddy.Buat U rasa selesa dengan I.” ujar Tuan Hariez Naufal ringkas.
“U nak jadi bapak I ke ?.” soal Fatin Amiera dengan raut wajah yang berkerut.Tuan Hariez Naufal tidak lagi dapat menahan gelaknya.Dia tertawa besar dengan tebakan isterinya.
“U panggil saja yer I macam tu.Lately nanti U akan faham jugak.Okayy baby.” jelasnya dengan lembut lalu memberi sebuah kucupan di dahi isterinya.Dia menarik tubuh Fatin Amiera ke dalam pelukannya.
“Baby , U sayang I tak ?.” soal Tuan Hariez Naufal mengumpan isterinya.
“Entah.” jawab Fatin Amiera selamba dan segera mengangkat kepalanya memandang wajah suaminya.
“Susahkan jaga I.Tak tahu jaga hati dan perasaan orang.” ujar Fatin Amiera mengeluh apabila melihat raut wajah suaminya yang tersenyum pahit itu.
“Tak susah kalau I faham U baby.Tiga perkara dalam rumahtangga yang I tak mahu U buat.First , jangan derhaka dengan suami.Second , jangan biadap dengan ibu bapa.Third , jangan tinggal solat.That’s all.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya dengan tegas.
“Kalau I tak tunaikan salah satu perkara dengan baik ? U buat apa ?.” soal Fatin Amiera ingin tahu apa hukuman terhadap dirinya jika salah satu syarat itu tidak dipenuhi.
“U akan terima hukuman dari I.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Wanita itu menelan liur kesat.
“U…na..nak buat apa ?.” soalnya tersekat-sekat.
“U buat saja apa yang I suruh.Kalau U buat takdalah U kene terima hukuman.Okayy baby.” pesan Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Sekarang ni , U beritahu I , apa yang U nak makan.Tell me , I cook for you.” ujar Tuan Hariez Naufal romantis kepada isterinya.
“I nak rest boleh.Rasa pening kepala.” pinta Fatin Amiera lembut kepada suaminya.
“Boleh baby , pergilah rest.Nanti kalau u dah bangun kita makan sama-sama ya.I nak pergi masak.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Okay daddy.I rest dulu yer.” ujar Fatin Amiera kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.Wanita itu pantas bergerak menuju ke kamar tidur mereka.Pintu ditutup rapat.Manakala , Tuan Hariez Naufal segera bangkit menuju ke dapur untuk memasak.Dia mula mengeluarkan bahan-bahan masakan dari peti sejuk dan memanaskan minyak di dalam kuali.Bahan tumisan tersebut ditumis sehingga semerbak bau.
“Sedapnya daddy masak.” ujar Fatin Amiera perlahan dalam keadaan pejam mata.Lama-kelamaan dia pun terlelap.
2 Jam Kemudian…
Tuan Hariez Naufal membawa langkahnya ke dalam kamar tidur mereka.Pintu dikuak dari luar perlahan.Dia takut akan isterinya terjaga dengan bunyi pintu.
“Baby , bangun baby.I dah masak tu.Kita solat sama-sama lepastu makan ya.” pujuk Tuan Hariez Naufal perlahan dan lembut kepada isterinya.Fatin Amiera mengeliat perlahan seperti anak kecil.Tuan Hariez Naufal tersenyum melihat sikap manja isterinya itu.
“Daddy , boleh tak kita makan dulu lepastu baru solat.” pinta Fatin Amiera lembut kepada suaminya.Dia bangkit dari baringan dan memeluk tubuh sasa suaminya lalu melentokkan kepala di bahu tegap suaminya itu.Mata dipejamkan rapat.
“No baby , kita solat dulu baru makan.Zuhur dah nak habis dah.Lepastu kita makan dulu baru solat Asar okay.Clear ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“That’s clear Daddy.” jawab Fatin Amiera kepada suaminya.Dia perlahan membuka matanya , wajah suaminya dipandang.Cup !.Pantas sahaja kucupan hinggap di bibir manis isterinya.Fatin Amiera membuat cemberut di wajahnya.
“Sudahlah , kata nak solat.” tangan isterinya ditarik perlahan sehingga berdiri di sisi katil.Bajunya dibuka di hadapan Fatin Amiera maka badannya yang sasa terserlah di hadapan mata Fatin Amiera.Baru sahaja tangannya hendak membuka kepala tali pinggang tetapi ditahan oleh Fatin Amiera.
“Kenapa ?.” soal Tuan Hariez Naufal pelik.
“Kenapa awak tanya.Tak sekarang ni awak nak buka baju semua depan saya nak buat apa ? Bukalah dalam toilet.” ujar Fatin Amiera tanpa rasa apa-apa kepada suaminya.Wajah Tuan Hariez Naufal membahang apabila mendengar isterinya bercakap mengunakan bahasa dan panggilan yang tidak diiktiraf olehnya.
“Call me daddy !.” jelas Tuan Hariez Naufal tegas.Terkedu Fatin Amiera.Baru dia sedar , suaminya seorang yang panas baran.Tidak boleh silap sedikit darinya.Mahu dia mengamuk satu rumah.
“Yer sorry , baby terlepas cakap.” ucap Fatin Amiera lembut dan dalam ketakutan.Tuan Hariez Naufal segera mwngurut batan hidungya menghilangkan rasa tekanan tersebut.
“Baby Im sorry… .” ucap Tuan Hariez Naufal lembut dengan nada rasa bersalah terhadap isterinya.
“Takpa , I yang salah sebab panggil U macam tu.Tumpang , I nak ambil air sembahyang.” ujar Fatin Amiera meminta laluan dari suaminya untuk menuju ke kamar mandi.Tuan Hariez Naufal menumbuk permukaan tilam setelah isterinya hilang dari pandangan.
Setelah beberapa minit kemudian , giliran Tuan Hariez Naufal pula ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Setelah keluar dari kamar dia melihat isterinya sudah bertelekung dan berdiri tegak di atas sajadah.Dia dalam keadaan bertuala , segera menuju ke almari baju untuk menyarungkang Tshirt dan kain palikat.Sempat anak mata Fatin Amiera melilau melihat tubuh sasa suaminya terdedah.
“Are you ready ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya lembut.Fatin Amiera cuma mengangguk tanda dia sedia untuk berjemaah dengan suaminya.Takbir diangkat , bacaan surah suci dibaca oleh Tuan Hariez Naufal mengetuai imam.
Tahiat akhir diakhiri , salam diberi ke kanan dan ke kiri.Tangan dihulurkan kepada isterinya Fatin Amiera untuk sesi bersalaman.Dahi isterinya dikucup.Fatin Amiera termenung di atas kain sajadah dengan keadaan bertelekung lagi.
“Baby sini dekat daddy.” arah Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Dengan perlahan Fatin Amiera duduk di atas riba suaminya.Dia yang agak kecil itu tenggelam di dalam tubuh sasa suaminya itu.
“Abang minta maaf kalau abang berkasar dengan baby.Abang tahu baby tak selesa sekarang ni dengan abang.” luah Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Abang lebih relevant untuk U daripada daddy.Im not U sugar.” ujar Fatin Amiera kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.
“Ya allah baby , kenapa U cakap macam ni.I tak pernah beranggapan macam tu pada U baby.” jelas Tuan Hariez Naufal.Wajah ayu Fatin Amiera tertunduk menekur kain telekungnya.
“Sudahlah , kita tutuplah cerita ni kat sini.Baby dah lapar.Abang masak apa ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya.Tali ikatan telekung Fatin Amiera dibuka perlahan oleh Tuan Hariez Naufal.
“Abang masak ayam masak sambal tadi.Tapi abang buat tak pedas.Boleh lah sayang makan.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Wajah isterinya mula cemberut.
“Kenapa pula ni ?.” soal Tuan Hariez Naufal lembut.
“Kenapa tak pedas ? Macam mana sayang nak makan kalau tak pedas ?.” soal Fatin Amiera sambil bangkit berdiri tegak.Dia berdiri tegak sambil memuncung.
“Kenapa baby ? Nanti makan pedas sakit perut.Macam mana ? Janganlah sakitkan diri sendiri.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Jom kita makan , lauk sejuk nanti.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Jom.” Fatin Amiera menerima ajakan suaminya.Tiba di ruang meja makan , kerusi ditarik buat isterinya Fatin Amiera.Punggung dilabuhkan dan segera mencapai pinggan kosong untuk meletakkan nasi.Tingkah laku wanita itu diperhati saja oleh Tuan Hariez Naufal.Dia hanya mendiamkan diri saja terlebih dahulu.Mereka menikmati lauk ayam sambal yang dimasak oleh Tuan Hariez Naufal.
“Sedap tak baby ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Terlihat jelas wanita itu sedang menikmati masakan dari air tangannya.
“Sedap.” jelas Fatin Amiera memuji masakan suaminya itu.Setelah selesai makan , Fatin Amiera membantu suaminya mengemas meja makan yang sudah selesai mereka gunakan.Dalam diam tangan sasanya melingkar di pinggang ramping isterinya.
“Abang , sudahlah.Baby nak kemas ni.” ujar Fatin Amiera memujuk suaminya untuk tidak menganggunnya buat kerja.
“Kedekut ya dengan abang.Abang bayar hantaran baby tau.Bayar mahal-mahal tapi tak boleh pegang.” jelas Tuan Hariez Naufal mempertahankan haknya sebagai suami.
“Amboi , sampai ke hantaran mengungkit ya.Tak bagi pegang terus baru tahu.” ujar Fatin Amiera mengusik suaminya.Lingkaran dipinganggnya dilepaskan serta merta.Dia terus meninggalkan isterinya begitu sahaja.Fatin Amiera memandang wajah suaminya yang kelat itu pergi meninggalkannya.Segera dia mencuci tangannya dan menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan suaminya.Tuan Hariez Naufal sedang merokok sambil berdiri menghadap ke luar beranda.
“Abang , baby minta maaf.Baby tiada niat buat abang marah.” jelas Fatin Amiera lembut dan manja.
“Abang tak marah baby pun.Kenapa baby cakap abang marah ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya lembut dan pelik.Terpinga-pinga raut wajah Fatin Amiera memandang suaminya.Habis kenapa dia pergi macam itu saja ?.
“Abang lepaskan pelukan dengan baby tadi bukan sebab abang marah ?.” soal Fatin Amiera pelik.Gelak besar Tuan Hariez Naufal memenuhi ruang tamu kediamannya.Dia menarik isterinya ke dalam pelukan.Kepala Fatin Amiera tengelam di dalam lengan sasanya itu.Gadis itu masih belum bertemu jawapan.
“Abang cakaplah , baby nak tahu.” rengus Fatin Amiera manja kepada suaminya.
“Tidak sayang.Abang pergi tiba-tiba tadi sebab abang dah mula menggigil sebab tak hisap rokok.Itu saja.Kenapa baby fikir bukan-bukan pula ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Dia mematikan puntung rokok yang menyala di dalam bekas abu rokok lalu duduk di atas sofa berdekatan sambil menarik isterinya supaya duduk di atas ribanya.Wajah ayu isterinya ditatap.
“Baby takut abang marah lagi macam… .” kata-katanya teehenti.Takut hendak menyatakan.Takut dia tersilap cakap.
“Tidak baby.Abang tak marah pun.Abang cuma taknak baby tiba-tiba berubah saja.Abang minta maaf tentang tadi ya.Abang tak sengaja.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Okay abang.” ucap Fatin Amiera lembut.
“Jom mandi , lepastu kita solat Asar.” ajak Tuan Hariez Naufal lembut kepada isterinya.
“Man..mandi ? Sama-sama ?.” soal Fatin Amiera bertalu-talu.
“Ia baby.Kenapa ? Malu ? Tak perlulah malu dengan suami sendiri.Ini semua lubuk pahala juga.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Tapi…baby malu dengan abang.” jelas Fatin Amiera pula tentang dirinya.
“Baby kena belajar untuk buang rasa malu dengan abang.Dalam hal begini kita kena ada communicate.Okay baby.Yang baby perlu malu bila nama abang tercemar sebab baby tak jaga diri baik-baik.Itu lebih patut kena malu , sayangku.Sudah , jom mandi.” ajak Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
Tubuh isterinya dicempung dibawa ke kamar mereka.Diletakkan di atas katil perlahan.Rambut ikal isterinya diikat sanggul.Baju wanita itu ditanggal beserta pakaian dalamnya.Tuala dibalutkan dalam ikatan berkemban.
“Abang , air sejuk.Nak mandi air panas boleh ?.” pinta Fatin Amiera kepada suaminya lembut.
“Ya abang tahu.Tapi mandi air panas disiang hari ni tak elok.Mandi saja air sejuk ni ya.Abang mandikan , lepastu ambil wudhuk.” jelas Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Lalu disiram air sejuk tersebut ke tubuh isterinya.Bergetar-getar kepala lutut Fatin Amiera.Tidak lama kemudian , mereka selesai mandi bersama , tubuh isterinya dicempung sekali lagi lalu diletakkan di atas tilam.Wanita itu tidak berdaya untuk berjalan kerana menahan sejuk.
“Tahan sikit , abang cari baju baby sekejap.” pujuk Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Dia membawa pakaian isterinya lalu disarungkan satu persatu.Rambut yang bersanggul itu dibuka lalu disikat rapi.Lalu diikat kemas.Dia melangkah masuk semula ke dalam tandas lalu dia keluar semula.
“Pergi ambil air sembahyang.Abang dah buat air suam.Bolehlah baby ambil wudhuk.Tak sejuk sangat.” ujar Tuan Hariez Naufal.
“Thank you abang.” ucap Fatin Amiera lembut lalu dia menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.Tidak lama kemudian dia keluar dengan keadaan basah disetiap sisi badannya.
“Okay ?.” soal Tuan Hariez Naufal.
“Okay.” balas Fatin Amiera.Kain telekung dicapai lalu disarungkan ke kepalanya.Tali diikat ketat.Dia berdiri menghadap kiblat sementara menunggu suaminya.
“Baby dah ready ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Dah.” ujar Fatin Amiera ceria kepada suaminya.Takbir diangkat.Solat fardhu Asar ditunaikan berjemaah.Alunan ayat suci al quran kedengaran.
“Assalammualaikum warahmatullah… .” tahiyat akhir diusai.Fatin Amiera bersalaman dengan suaminya Tuan Hariez Naufal.Dahi isterinya dikucup lembut.Dengan tingkah yang nakal.Fatin Amiera mengucup bibir suaminya sekilas.
“Wah dah maju.” usik Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.Isterinya tersipu malu apabila disakat begitu olehnya.Tuan Hariez Naufal mengambil bantal kecil di atas katil lalu ditepuk-tepuknya dan diletakkan di atas pahanya.
“Baby sini baring dekat abang.” ajak Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.Pantas Fatin Amiera mendekati suaminya dan meletakkan kepalanya di atas bantal empuk tersebut.Tuan Hariez Naufal bersandar di dinding.
“Kenapa abang suruh baby baring ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengakur arahan suaminya itu.Sedangkan dia tidak berasa ngantuk.
“Ngantuk ?.” soal Tuan Hariez Naufal.Isterinya hanya menggelengkan kepala sahaja.
“Abang nampak muka baby penat.Maybe penat majlis kita semalam tak habis lagi.Baby rehatlah , jangan buat kerja apa-apa.Okayy.” pujuk Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Okay abang.Terima kasih layan baby baik-baik.Baby minta maaf sebab pernah bersangka buruk pada abang.” luah Fatin Amiera dengan nada sesal.Tuan Hariez Naufal mengusap lembut ubun isterinya lalu dikucup.
“Semua orang ada kesilapan.Abang faham.Abang sedar.Abang tak ambil hati pun.Abang pun minta maaf jika abang penyebab hidup baby tak macam remaja lain.” ujar Tuan Hariez Naufal merendah diri.Fatin Amiera pantas bangkit dari pembaringan.Dia terus memeluk tubuh sasa suaminya.Airmatanya mengalir tanpa henti.Tuan Hariez Naufal cuba menenangkan isterinya Fatin Amiera.
“Baby dah takda sesiapa lagi dalam dunia ni.Tapi allah gantikan abang untuk baby.Untuk jaga and sayang baby.Baby takut.Baby takut hilang abang pula.” ujar Fatin Amiera kepada suaminya itu.
“Sudah , jangan sedih-sedih lagi.Abang sentiasa ada dengan baby okay.Buka telekung.Jom tolong abang buat minum petang , okay ?.” ajak Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Okay.” akur Fatin Amiera.Telekung dilipat olehnya manakala , sajadah pula dilipat oleh suaminya Tuan Hariez Naufal.
“Abang nak masak apa ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.
“Baby ada teringin nak makan apa-apa tak ?.” soal Tuan Hariez Naufal.
“Mm , baby rasa nak makan cekodok pisang.Boleh ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya.Dia mendekatkan mukanya yang jaraknya seinci sahaja dengan suaminya Tuan Hariez Naufal.
“Nak makan ke nak kena makan ?.”soal Tuan Hariez Naufal.Pantas Fatin Amiera menjauhkan wajahnya.Dia sengih saja pada suaminya.
“Abang , kalau kata baby tak dapat bagi zuriat pada abang , abang tinggalkan baby ke ?.” soal Fatin Amiera tiba-tiba yang tiada tajuk dengan persoalannya itu.
“Baby dah takda soalan ke nak tanya abang ?.” soal Tuan Hariez dalam senyuman nipis.Dia malas mahu bertengkar takut dia tidak dapat kawal barannya.Hatinya panas mendidih mendengar soalan tanpa tajuk isterinya itu.
“Sorry.Jom pergi dapur.” ucap Fatin Amiera dengan nada kendur.Dia sudah dapat agak emosi suaminya.
“Kalau takda soalan jangan tanya soalan ya sayangku.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya Fatin Amiera.
“Jom baby kita pergi dapur.Abang nak buat cekodok pisang untuk baby ni.” ajak Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
Malam , selepas Maghrib…
Tuan Hariez Naufal meneliti kerja di dalam telefon pintarnya.Manakala , Fatin Amiera menonton perbuatan suaminya itu tanpa dihirau sedikit pun.
“Abang , tak layan baby pun.” rungut dengan nada kecewa oleh Fatin Amiera.Pantas Tuan Hariez Naufal mengangkat wajahnya memandang anak mata isterinya yang sudah berkaca.
“Baby , janganlah macam ni.Abang tengah teliti kerja.Esok ada meeting.Abang kena makesure semua file siap dan kemas.Sorry kalau abang abaikan baby.” ucap Tuan Hariez Naufal romantis kepada isterinya.
“Baby , abang nak tanya boleh ? Tapi baby janji jangan marah.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Tanyalah.” ujar Fatin Amiera.
“Baby pernah couple ?.” soal Tuan Hariez Naufal.Dia sengaja ingin tahu tentang peribadi isterinya.
“Per…pernah.” jawab Fatin Amiera kepada suaminya dengan nada takut-takut.Pelik Tuan Hariez Naufal dengan sikap isterinya.
“Kenapa takut ? Bukan abang cakap apa-apa pun.Abang tanya saja.” ujar Tuan Hariez Naufal kepada isterinya itu.
“Abang tak marah baby ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya.
“Tidak sayang.Buat apa nak marah.Sekarang abang milik baby dan baby milik abang.Tiada siapa berhak dan tidak akan boleh halang kita kecuali cangkul dan tanah.” ujar Tuan Hariez Naufal dengan kata-kata yang mendalam.
“Abang pula ?.” soal Fatin Amiera ingin tahu status suaminya sebelum mereka berkahwin.Tuan Hariez Naufal tersenyum sinis.
“Kalau abang bercinta , abang tak kahwin dengan baby.Kalau abang putus cinta dan broken , abang tak kahwin sampai bila.Sebab itu abang pilih baby.” ujar Tuan Hariez Naufal ringkas dan padat.
“Takda ke perempuan suka abang ?.” soal Fatin Amiera kepada suaminya itu.
“Ramai , tapi abang tolak.Jangan terlalu murah macam orang zaman sekarang ni.Suka test market.Nampak kemurahan dia tu.” ujar Tuan Hariez Naufal dengan kata-kata yang pedas.Terdiam seketika Fatin Amiera.Dia menelan liur kesat.
“Kalau abang dapat perempuan macam tu abang buat apa ?.” soal Fatin Amiera tenang kepada isterinya.
“Memang aku tinggalkan jer.” ujar Tuan Hariez Naufal kasar.Dia terasa membahang dengan soalan isterinya itu.
“Ohh , betul lah tu tindakan abang.Memang patut kena tinggal.” ujar Fatin Amiera sayu.Ada sesuatu yang terpukul dalam hatinya.
“Kenapa baby tanya soalan-soalan ni pada abang ?.” soal Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Takda apa.Baby saja tanya.” ujar Fatin Amiera tenang kepada suaminya Tuan Hariez Naufal.
“Baby jadi isteri yang baik , yang soleha , wanita yang baik untuk abang ya.Abang nak pimpin tangan baby masuk syurga.Abang tak pandai sangat bab agama.Tapi abang sedang belajar lagi untuk bimbing isteri abang.” ucap Tuan Hariez Naufal kepada isterinya.
“Baby ni baik ke untuk abang ?.” soal Fatin Amiera sayu.Airmatanya mula mengalir.
“Isteri abang inilah yang paling terbaik dalam hidup abang.Tidak akan ada wanita lain di dalam hati abang selain Fatin Amiera Rahmat.” ucap Tuan Hariez Naufal romantis kepada isterinya.Dahi isterinya dikucup lembut.