Part 9: Kita

37 3 1
                                    

Panggilan telefon memecah kesunyian. Tertera nama 'Alicia' di skrin telefon. Tiga hari berlalu, hari ini baru telefonnya memainkan ringtone khas sekiranya pemanggil tersebut Alicia. Dia bersandar di kerusi pejabatnya. Jari jemari yang tadinya lincah menekan butang papan kekunci, kini seolah dipukau kaku. Otak yang ligat memikirkan soal kerja, kini hanya memikirkan tentang pemanggil panggilan telefon itu. Dengan senyuman, panggilan itu dijawab mesra.

"Hello." Ucap Ali pendek.

"Kita nikah minggu depan. Please. No excuses. Saya dah fikir masak-masak. Saya nekad. Please." Nekad Alicia. "Ali? Awak dengar tak?"

Telefon di tangannya tergelincir daripada pegangannya. Laju dia mengambil telefon itu kembali diletakkan di telinganya. Dahinya berkerut. Dia dalam dilema. Sangkanya Alicia takkan bersetuju dengan cadangan mamanya. Memandangkan mereka baru sahaja berkenalan. Tidak sangka pula Alicia setekad ini.

"Huh, ye. Ye. Awak.. tak bergurau ke?" Ali teragak-agak.

"Tak, saya serius. Tapi, saya nak awak settlekan boleh? Pasal kos ke apa, kita share. Saya janji saya datang masa nikah." Ujar Alicia.

"Okay." Jawab Ali pendek. Masih tidak mempercayai apa yang didengarinya.

"Terima kasih. Bye." Ucap Alicia sebelum talian diputuskan.

Ali tersenyum lebar. Jarinya lincah mendail nombor telefon mamanya. Belum sampai seminit, panggilan itu telahpun dijawab.

"Hello, ma." Ucap Ali.

"Waalaikummusalam." Perli halus Puan Aliya.

"Hehe, sorry ma. Assalamualaikum ya ah.. eh.. ya mama ku baik lagi cantik." Ali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jelas wajah serba salahnya.


Tawa kecil Puan Aliya kedengaran daripada hujung talian. "Kenapa telefon mama ni? Macam tak boleh jumpa kat rumah."

"Cuba teka." Soalan berbalas teka teki.

"Ali nak batalkan perjanjian dengan mama kan pasal Alicia?" Teka Puan Aliya.

"Bukan." Pendek jawabnya.

Suasana sunyi seketika. Ali tersenyum. Sengaja membiarkan mamanya tertanya-tanya sendiri.

"Ali nak tambah cawangan hotel dekat.."

"Alicia dah setuju nak kahwin dengan Ali." Laju Ali memintas.

"Serious ni?" Soal Puan Aliya sukar percaya.

"Betul. Alicia baru je call tadi." Jujur Ali.

"Kalau macam tu, balik nanti kita bincang tarikh majlis." Ujar Puan Aliya.

"Tapi, ma. Alicia kata dia nak nikah minggu depan. " Beritahu Ali. "Boleh mama pilih tarikh majlis yang sesuai minggu depan?"

"Mestilah boleh. Nanti kita bincang." Kata Puan Aliya.

"Terima kasih, ma." Ucap Ali dengan senyuman terukir dibibir.


General merenung di luar jendela. Dia menggaru dagunya yang tidak gatal. Pusing kepalanya tidak dihiraukan. Dia membelek kad majlis kelahiran Alicia yang bakal berlangsung beberapa minggu daripada sekarang. Dia membuka buku jurnal yang tersusun cantik di rak buku. Ditulisnya sesuatu yang dia tahu akan menjadi bukti mengapa tingkahnya begini. Tiada niat dia menyeksa, jauh sekali menyakiti. Tujuannya sama bagai orang yang bergelar ayah. Mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tindak dan lakunya mungkin keterlaluan. Namun, jauh disudut hatinya semua yang dia lakukan demi kesenangan anak-anaknya. Dia hanya manusia biasa yang alpa. Selamba melakukan kesalahan. Walau dia akhirnya sedari itu tidak sepatutnya terjadi. Dan dia mahukan keselesaan bagi anak-anaknya walaupun bukan darah dagingnya sendiri. Kelihatan kejam, namun lihatlah nanti kekejaman yang disangka menusuk ternyata hanya mahu berteman dan berjasa.

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuknya. Pintu diketuk. Tanpa berlengah, pintu dibuka. Seseorang masuk bersama buku di sisi.

"Sir, I was wondering if you would like to see the photos of attires for masquerade ball party that I have highlighted for you and Miss Juliet." Ujar seorang wanita bernama Elyn.

"No, Elyn. I think it's better if you choose it for me. And for Miss Juliet, let her choose her own outfit this time." Putus General. "How bout our Mr. Rudy?"

"He already chose the outfit. It's gonna come in a few days before the party." Jawab Elyn.

"Alright, I'm just gonna go with the plan. Just follow what Miss Juliet said." Ujar General.

Elyn mengangguk. Dia beredar. Lega apabila kali ini General hanya akur dengan majlis ini. Jika dahulu, General sangat cerewet dengan setiap dekorasi dan pakaian.

Alicia meneguk secawan teh yang disediakan di dalam biliknya oleh pembantunya. Dia termenung melihat bangunan gah yang dapat dilihat daripada balkoni biliknya. Dia tersenyum nipis. Fikirannya masih lagi bermain-main dengan keputusan yang telah dibuat tadi. Dia nekad untuk berkahwin dengan Ali. Bukan untuk melarikan dirinya. Namun kerana dia yakin Ali mampu menjaganya. Majlis yang akan berlangsung nanti bakal menjadi tempat pertemuan mereka setelah akad dilafazkan. Dan dia tidak sabar untuk menantikan kehadiran Ali semasa hari kelahirannya nanti.

Lamunannya terhenti apabila seseorang mengetuk pintu biliknya. Dia membuka pintu bilik itu. Kelihatan Elyn yang merupakan perancang majlis dan juga orang penting dalam busana mereka walaupun Alicia merupakan salah seorang pereka fesyen untuk butik pakaian keluarga mereka iaitu JRs Boutique yang jelas dibawah syarikat Juliet&Rosaline's.

"Ye, Elyn? Ada apa?" Soal Alicia.

"Saya ada beberapa gambar dress yang mungkin Miss Juliet berminat nak pakai untuk masquerade ball party nanti. Tuan kata dia nak Miss Juliet pilih sendiri pakaian kali ni." Jelas Elyn.

"Oh, okay. Boleh saya tengok dulu? Nanti bila saya dah pilih, saya panggil awak semula." Ujar Alicia.

"Baik." Buku pakaian itu diserahkan kepada Alicia.

"Terima kasih." Ucap Alicia.

Elyn tersenyum sebelum melangkah pergi. Alicia menutup pintu biliknya. Dilabuhkan punggungnya di sofa. Badannya disandarkan. Buku pakaian itu diselak perlahan-lahan. Setiap satu gambar dilihat dengan teliti.

Dia tersenyum apabila matanya tertumpu pada satu gaun yang dia inginkan. Dilipat sedikit bucu buku itu sebagai tanda itu adalah pilihannya. Dia hanya tersenyum. Tidak sabar rasanya untuk menyambut tarikh kelahiran yang bakal tiba. Dan tidak sabar juga dia menanti orang yang dinantinya nanti.

"Can't wait to see you... Soon."
Katanya dengan senyuman yang terletak manis dibibirnya.

Marry Me JULIET (Alilicia Love Story)Where stories live. Discover now