Hampir seminggu berlalu..
Knock! Knock!
Pintu diketuk kuat. Ali menggaru kepalanya. Loceng rumah pula berbunyi. Bersilih berganti dengan ketukan pintu rumah. Perlahan-lahan matanya dibuka.
"Alicia..." Perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya.
Berjalan dia perlahan menuju ke pintu rumah. Matanya melilau mencari penghuni rumahnya yang lain. Dengan daya yang ada, dia membuka pintu rumahnya. Terpacul dua orang polis di hadapannya.
"Ye? Ada apa? Kenapa? Apa tujuan encik berdua datang sini?" Soal Ali bertalu.
"Boleh kami masuk?" Soalan berganti soalan.
"Erm.. ye. Silakan."
Ali menjatuhkan punggungnya di sofa. Begitu juga dengan dua orang polis tersebut. Dengan nafas yang berat, salah seorang daripada mereka akhirnya melafazkan apa yang terbuku dihati. Satu berita yang sangat menyakitkan hatinya. Sehingga tiada lagi kata yang mampu dia ucap.
"Kami.. jumpa mayat yang mungkin milik Alicia."
Matanya berkaca. Denyutan jantungnya berdegup laju. Entah mengapa, nafasnya berat. Dunianya gelap. Cuba untuk dia menghadam apa yang didengarinya. Peritnya untuk dia telan. Bagai hempedu yang pahit rasanya.
"Encik cakap apa ni? Encik serious ke?" Soal Ali. "Baru semalam saya jumpa dia. Baru semalam saya cakap dengan dia."
"Ada kemungkinan itu mayat Alicia berikutan dengan saksi yang kami temui. Dan ada kemungkinan juga bukan mayat Alicia. Kami jumpa mayat mangsa kebakaran yang tak jauh daripada lokasi. Sukar untuk kami pastikan sebab mayat rentung sebab kebakaran. Tapi,... Kami jumpa kad pengenalan diri yang mungkin turut boleh dijadikan bukti. Kami perlukan encik untuk pengesahan mayat." Pantas salah seorang polis memotong percakapan Ali.
"Apa kena mengena mangsa kebakaran dengan Alicia? Macam mana encik tahu dia Alicia? Kalau betul pun itu mayat Alicia, apa bukti yang encik ada? Yakin ke kad pengenalan boleh jadi bukti?" Soal Ali bertubi-tubi. Enggan mempercayai mentah-mentah.
"Kami bukan sahaja mendapat kenyataan penduduk yang ada di lokasi, tapi kami jugak menemui rakaman CCTV yang menunjukkan seseorang perempuan berpakaian serupa bersama seorang lelaki tiba di lokasi sebelum rakaman CCTV terpadam. Kami membuat andaian Alicia berada di lokasi semasa kejadian berlaku. Dan menurut saksi, ada seseorang lari masuk untuk membantu selamatkan ahli keluarga mangsa kebakaran. Cuma, kami tidak pasti sama ada Alicia..."
"Jadi, encik nak kata ada kemungkinan Alicia yang cuba untuk selamatkan ahli keluarga mangsa?" Soal Ali lagi.
"Ya."
Rudy melihat wajah General yang lesu dan pucat. Masih lagi tidak menyedarkan diri. Dia sandarkan belakang badannya di dinding bilik hospital. Sabrina secara tiba-tiba memeluk lengannya. Hampir sahaja dia menyiku perut wanita itu kerana terkejut. Matanya menjeling tajam.
"Apa kau nak?" Soal Rudy.
"Teman check up. Please.." Jawab Sabrina.
"Kenapa aku pulak? Bapak budak ni mana?" Tanya dia lagi.
"Manalah aku tahu." Nafi Sabrina. "Bukan kau ke yang nak sangat jadi bapak budak ni?"
"Aku nak budak ni sebab aku tak nak dia jadi macam kau." Kata Rudy.
"Apa maksud kau tak nak dia jadi macam aku?" Soal Sabrina dengan sinis.
"Manusia tak kenang budi macam kau." Jawabnya.
Matanya sedikit pun tidak memandang Sabrina. Pandangannya masih lagi setia pada General. Mungkin dia selalu menyusahkan lelaki tua yang sudah banyak berkorban untuknya namun sedikit pun dia tidak mahu kehilangan General. Apa saja sanggup dia lakukan. Asalkan lelaki itu bersama mereka.
"Aku ingat kau nak cakap perempuan murah macam aku." Sangka Sabrina dengan wajah yang sedikit terpempan.
"Siapa aku nak cop kau?" Soal Rudy.
"Okay..... So, kau nak teman aku check up tak?" Soalan berganti soalan.
"Next time. Aku nak jaga ayah aku." Balasnya.
Sabrina mengangguk akur.
Puan Aliya, Dr Ghazali dan Viktor yang baru tiba di hospital melihat Ali tertunduk pilu. Bakar yang turut hadir terus menuju ke arah Ali. Bakar dan Viktor sama memeluk Ali. Dr Ghazali menepuk bahu Ali sebagai tanda semangat. Polis yang membantu dalam siasatan hanya memerhati. Mata Ali merah dan berkaca. Sungguh dia tidak mahu mengalirkan air matanya. Namun, sakit ini tidak tertahan lagi.
"Ali,.. sabar." Ucap Puan Aliya tidak sanggup melihat anak lelakinya itu bersedih.
"Kita orang baru kahwin ma. Kita orang tak sempat nak hidup sama-sama pun lagi. Kita orang hanya sempat berkongsi impian je." Sayu Ali.
"Kita kat pentas dunia, sayang. Setiap sesuatu ada ceritanya. Hidup memang susah.. Tapi selagi kita kuat, tak ada apa yang mampu tewaskan kita. Never underestimate a hope that we put in our heart to stay alive. So that we're not just survive but live." Ungkap Puan Aliya dengan air mata yang hampir jatuh ke pipinya.
Ali mengetap giginya. Perit untuk dia hadam, namun kepalanya tetap mengangguk.
"Encik, dah sedia?" Soal anggota polis yang turut bersama dalam siasatan.
Ali mengangguk akur. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk bilik forensik membuntuti anggota polis dengan pandangan yang tertunduk sedikit. Tidak mampu untuk dia bayangkan hidupnya kehilangan seseorang sebelum sempat dia menunaikan janjinya. Namun, sempat dia berhenti dan menoleh seketika.
"Ali, apapun yang berlaku.. jangan mengalah dengan dunia. Dunia tak adalah jahat sangat. Dunia cuma nakal dan degil. Jangan nampak kau sakit. Buktikan dekat dunia yang kau boleh senyum walaupun dunia kejam dengan kau." Kata Bakar.
"Betul tu Uncle Bakar. Dunia tak adalah jahat sangat. Tapi, hidup taklah selalu indah dan kejam. Tapi, pelangi sentiasa akan ada. Setiap pelangi berbeza rasanya. Macam itu jugak dengan kehidupan kita. But, the real hero will be stronger each day." Ucap Viktor dengan senyuman.
"Nangis puas puas hari ni, Ali. Jangan tahan. Esok, setitis air mata pun takkan ada siapa yang boleh tengok lagi." Ujar Dr Ghazali.
Ali mengangguk sebelum kembali melangkahkan kakinya. Tiba sahaja di tepi katil mayat, Ali mengetap giginya. Gugup. Atau mungkin lebih tepat lagi takut. Kain yang menutupi tubuh mayat dibuka hingga ke paras leher. Denyutan jantungnya berdegup laju. Seolah mayat yang berada di hadapan matanya adalah mayat Alicia. Namun, hatinya keras menolak kenyataan yang disampaikan oleh fikirannya. Air matanya tidak mampu lagi dia tahan. Bukan kerana dia yakin itu adalah mayat Alicia atau kerana dia takut itu adalah mayat Alicia. Tapi kerana dia tidak sanggup lagi berteka-teki dengan dirinya. Sudah berapa hari hidupnya diselubungi persoalan dan perasaan bersalah. Gagalkah dia sebagai suami dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga?
YOU ARE READING
Marry Me JULIET (Alilicia Love Story)
FanfictionApabila kisah cinta tragedi William Shakespeare antara Romeo dan Juliet digabungkan dengan watak animasi dan kisah fantasi dicemari cerita imaginasi. Apakah pengakhiran yang bakal terjadi? Cinta yang tidak sengaja mengetuk pintu hati si dia. Bermula...