Part 10: Sah

45 5 5
                                    

Alicia mengetuk pintu bilik General. Dibuka pintu perlahan-lahan. Setelah beberapa hari berlalu, baru dia memberanikan diri memberitahu General sekali lagi tentang hajatnya. Kelihatan General sedang bersandar di kerusi malas menghadap ke luar jendela. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Ligat fikirannya memikirkan susunan ayat yang akan dia lontarkan. General kelihatan bersahaja. Tanpa bicara, hanya meneguk secawan tehnya sejak tadi selain termenung. Seolah hanya jasadnya yang ada. Dirinya seperti sudah hilang tanpa tujuan. Namun, tiada yang peduli. Apa lagi melihat perubahan pada diri General.

          "Papa.." Panggil Alicia lembut.

           Tiada sahutan mahupun pandangan. Lirikan mata General masih lagi tertumpu pada bangunan tinggi dan gah di luar jendela tanpa peduli suara yang memanggilnya.

            "Alicia dan Ali.. kami nak nikah minggu depan. Hari Ahad." Alicia tanpa berlengah terus memberitahu hajatnya berada di situ.

            General bangun daripada sandarannya. Diletakkan secawan teh di atas meja kecil. Dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Alicia. Dia merenung wajah Alicia. Lama. Tanpa bicara. Hanya mata yang melihat penuh kata.

             "Kami setuju dengan cadangan keluarga Ali. Masa tu Alicia kat rumah Ali. Keluarga dia salah faham. Mereka cadangkan kami nikah. Elak salah faham. Bukan salah mereka. Salah saya sebab tumpang rumah dia." Gugup Alicia dengan pandangan tajam General.

             "Siapa mereka nak suruh kamu berdua nikah?" Soal General. "Mereka tak de bukti. Kamu tahu kamu tak salah. Dan saya yakin kamu tak salah. Walaupun saya tak nak nampak dengan mata saya."

            "Betul. Tapi, saya dan Ali dah fikir masak-masak sebelum kami buat keputusan. Saya yakin dia boleh jaga saya." Alicia mempertahankan keputusannya.

            "Kalau begitu mudah perkahwinan, takkan ada perpisahan. Hanya kerana kamu yakin dia mampu jaga kamu. Kamu perjudikan hidup kamu dengan dia. Perkahwinan bukan mainan. Yang boleh dibuat main. Perkahwinan bukan sahaja penyatuan dua orang, tapi tanggungjawab yang perlu digalas." Kata General dengan tenang.

           "Kalau papa tak setuju, tak pe. Saya faham. Saya cuma beritahu papa. Sebab saya hormat papa. Terpulang kepada papa nak datang masa majlis tu ataupun tak." Berang Alicia.
 
          Alicia sudah bangun daripada tempat duduknya. Sudah sedia mahu melangkah keluar. Namun, niatnya terbantut.

           "Nanti." Halang General.

           "Kenapa? Papa nak hukum saya?" Soal Alicia.

           "Tak." Nafinya.
  
             General berdiri. Dia mendekati Alicia yang sudah hampir dengan pintu bilik. Dipegang bahu Alicia dengan sebelah tangan erat.

             "Saya tak menghalang. Kamu berhak buat keputusan kamu sendiri. Dan saya takkan menghalang. Tapi, saya ada satu syarat." Ujar General.

              Alicia memandang wajah General. Jelas di wajahnya hairan dengan apa yang baru didengarinya. General masih lagi berwajah tenang.

             "Izinkan saya pilih dress untuk hari pernikahan kamu." Kata General.

             Alicia tergamam. Tidak dia sangka General peduli tentang pernikahannya. Dia tersenyum ikhlas. Dia mengangguk perlahan.

              "Terima kasih." Ucapnya penuh syukur.

Ali menyarungkan busana pengantin lelaki yang telah dipilih Puan Aliya. Busana serba putih menjadi pilihan. Coat putih itu dilihatnya mesra. Puan Aliya membuka pintu bilik. Senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat anak terunanya kemas menggayakan busana tersebut.

         Puan Aliya membimbing Ali turun ke ruang tamu. Tetamu sudah hadir memeriahkan majlis. Namun, tidak kelihatan kehadiran Alicia. Ali melabuhkan punggungnya di atas bantal kusyen berhadapan tok kadi. Dia mula khuatir. Sudah setengah jam berlalu, namun Alicia masih tidak memunculkan diri.

         "Mana pengantin perempuan?" Soal Tok kadi. "Saya ada majlis lain yang perlu saya hadiri."

          "Dia dalam perjalanan." Jawab Ali. "Boleh tunggu sekejap?"

          Tok kadi mengangguk akur. Ali khuatir. Puan Aliya menelefon Alicia. Namun tidak berjawab.

Alicia cantik memperagakan busana pengantin perempuan yang dipilih General. Dress kembang berwarna putih menjadi pilihan. Tiara terletak cantik di atas kepalanya.  Dia mengerling jam di dinding. Tersedar sudah lewat, dia bangun daripada tempat duduknya.

         "Saya dah lambat." Kata Alicia.

         "A little bit, Miss Juliet. You have to look bomb in your wedding day. Let me fix it. Just a little more." Ujar Elyn.

          General yang sudah berpakaian serba hitam menjenguk bilik Alicia. Dia menggeleng kepalanya perlahan.

            "Elyn, I think that's enough. Let's go." Kata General.

             Terus Alicia meninggalkan Elyn dan beriringan dengan General. Mereka menaiki kereta yang dibawa oleh seorang pengawal General. Tiba di rumah Ali, Alicia terus berlari masuk. General hanya membuntuti Alicia.

            Melihat Alicia yang sudah tiba, Ali tersenyum. Alicia melabuhkan punggungnya di atas kusyen bersebelahan Puan Aliya. Manakala General hanya menanti di luar pintu bersama pengawalnya.

           Sebaik lafaz akad nikah dilafazkan. Puan Aliya menyarungkan cincin emas di jari manis milik Alicia. Alicia mencium tangan Puan Aliya sebagai tanda hormatnya. Ali menoleh melihat Alicia yang sedang bersalaman dengan Puan Aliya. Tersenyum dia tanpa sedar. Ali menuju ke arah Alicia. Diambilnya seutas gelang tangan emas dan disarungkan di tangan Alicia. Viktor tersenyum sahaja mengambil gambar pernikahan mereka. Kelihatan Ali dan Alicia malu-malu. Tanpa memegang tangan mahupun mengucup dahi, Ali melafazkan perasaannya. Mikrofon diberikan kepadanya.

            "Pertama kali saya jumpa awak, kita tertukar air. Dan itulah kali pertama saya gigih kejar orang semata-mata untuk tukar air kembali. Pertemuan yang saya sangkakan tak de makna, ternyata pertemuan yang membawa kepada hari ini. Alicia, I will not promise to always be there for you. But, I promise to love you. I promise to always choose you even if there's a million Alicia comes to me to love me. I will always choose my Alicia. Alicia, I will always protect you like I  saw the glimpse of myself tearing up for losing you. Not promise to grow old with you. But, I promise to be with you. Hopefully until my last breath. And, let only death will tear us apart. But, I believe we will be together in afterlife. And live happily ever after in life or even afterlife together." Lafaz Ali dengan senyuman. Walaupun dia membaca apa yang telah ditulisnya, namun jelas apa yang dilafaz datang daripada hatinya. Dia tetap menatap mata Alicia bersilih-ganti dengan kertas yang dipegangnya.

            Semua orang tersenyum. Ada yang sudah menutup mulut kerana keterujaan menonton pasangan baru ini. Giliran Alicia melafazkan perasaannya.

            "Saya tak bergurau bila saya kata saya setuju untuk kita bernikah. And I agree with everything you have said. Ali, let's build our life together. May this marriage stay not just til our last breath but in heaven as well. I'm not the best at cooking and maybe forever not gonna be better. But, I promise to never stop learning. Let's burn the kitchen together as we practice make perfect." Bicara Alicia dengan tawa yang tersisa.

           Ali hanya tersenyum. Bergema gelak tawa daripada tetamu. Tetamu memberi tepukan gemuruh. Alicia memandang sekilas tetamu yang hadir sebelum menyambung ayatnya.

          "I will always love you and care for you. I believe that you're the one for me. Forever will be. May we found peace in eachother company." Berakhir lafaz perasaan Alicia.

          Mereka tersenyum. Semua tetamu menepuk tangan mereka meraikan majlis pernikahan ini. General tersenyum nipis daripada luar pintu. Seseorang menolak masuk kotak besar daripada muka pintu namun tidak kelihatan gerangan tersebut.

          "Eh, nanti. Nanti."

Marry Me JULIET (Alilicia Love Story)Where stories live. Discover now