Hari yang sungguh tenang pada pagi Ahad. Burung berkicauan memecah kesunyian. Kakinya melangkah memasuki kafe yang berdekatan pejabatnya. Entah mengapa hatinya berasa riang setiap kali melangkah masuk ke kafe tersebut. Senyuman manisnya dihadiahkan kepada semua pelanggan kafe tersebut.
Dia duduk seketika di meja. Menanti pesanan yang dinantinya. Seorang gadis memasuki kafe tersebut secara tergesa-gesa. Diteliti setiap pergerakan gadis tersebut. Malah, ditatap wajah gadis itu secara terperinci. Terpegun dia melihat wajah gadis itu. Tanpa sengaja, bibirnya mengukir senyuman indah.
Gadis itu duduk bersebelahan mejanya sambil menanti pesanannya. Dia kelihatan takut dan berjaga-jaga dalam setiap tindakannya. Matanya masih menatap wajah gadis itu dengan sangat ralit. Tanpa disangka, gadis itu menoleh ke arahnya. Gadis itu tersenyum manis kepadanya. Jantungnya berdegup laju bagaikan berlari beribu meter. Dia membalas senyuman gadis itu tanpa ragu.
"Ali. Alicia." Namanya dan gadis tersebut dipanggil.
Seusai membayar wang, Alicia tergesa-gesa keluar kedai. Dia digesa menaiki kereta dan bereda. Ali melihat nama di cawan coffee yang tertulis 'Alicia'. Ali mengejar kereta tersebut dengan menaiki keretanya. Kini, dia berada di sebuah rumah yang tersergam indah bagai istana. Kereta yang dinaiki Alicia melucur laju memasuki rumahnya. Alicia bersama bodyguard di sekelilingnya memasuki rumah yang bagai istana tersebut. Ali terlopong melihat keindahan rumah yang dimiliki Alicia.
Ali menekan loceng yang berada di depan rumah. Seseorang yang berpakaian serba hitam membuka pagar rumah menggunakan alat kawalan jauh diikuti dua orang jejaka bersamanya.
"Cari siapa?" Soal lelaki tersebut.
"Saya cari.. Alicia." Jawab Ali dengan jujur.
"Atas urusan apa? Ada buat janji temu atau tak?" Soalnya bertubi-tubi.
"Saya tertukar air dengan Alicia sewaktu membeli air di kafe tadi. Saya tak pernah kenal dia. Saya datang sini pun sebab saya nak tukar minuman ni balik. Dan saya ikut kereta yang dia naik ke sini." Jelas Ali panjang lebar.
"Baik, saya akan hubungi General." Kata seseorang itu.
Ali menggaru kepalanya. Dia keliru dengan semua yang terjadi. Siapakah gadis yang ditemuinya tadi?
"Okey, encik boleh masuk." Ujar lelaki tadi.
Ali membuntuti ketiga-tiga lelaki tersebut memasuki rumah yang sungguh besar dan indah ciptaannya. Berwarna putih luar dan dalamnya. Binaan yang sungguh moden dan melambangkan kesucian serta kesetiaan. Binaannya kelihatan seperti istana namun versi moden zaman kini. Di dalamnya berkonsepkan moden dan menggunakan warna putih kelabu. Ini menjadikan rumah tersebut sungguh tenang. Air pancut, kolam ikan, dan kolam renang dibina di luar rumah.
Ali berada di depan bilik yang dipintunya bertulis 'Juliet'. Dahi Ali berkerut. Bukankah nama gadis tersebut Alicia? Mengapa dia berada di bilik Juliet sesangkan dia ingin bertemu gadis yang bernama Alicia? Ye, gadis yang telah membuatnya terpegun buat kali pertama bertemu. Gadis yang telah membuatkan jantungnya berdegup laju.
Knock!!! Knock!!! Knock!!!
"Miss, someone want to meet you. Allow me to open the door. General already allow me to let this guy to meet you in your room." Kata lelaki tersebut berbahasa Inggeris.
Tiada sahutan. Namun, pintu tetap dibuka. Ternyata gadis tersebut sedang fokus melukis. Air minumannya yang dibeli tadi diletakkan di atas meja kecil bersebelahannya. Ali tersenyum lega kerana dapat bertemu gadis itu. Dapatlah dia berbual seketika bersama gadis pujaan hatinya itu.
YOU ARE READING
Marry Me JULIET (Alilicia Love Story)
FanfictionApabila kisah cinta tragedi William Shakespeare antara Romeo dan Juliet digabungkan dengan watak animasi dan kisah fantasi dicemari cerita imaginasi. Apakah pengakhiran yang bakal terjadi? Cinta yang tidak sengaja mengetuk pintu hati si dia. Bermula...