Keretanya memecut laju hingga tiba ke destinasi yang dituju. Senyumannya semakin lebar. Bangga rasanya dapat menjejakkan kaki di rumah ini. Dia membuka punggung keretanya yang jelas sedikit terbuka oleh kerana kotak yang memenuhi ruang. Diangkat kotak itu turun ke tanah. Kotak yang berbungkus bungkusan hadiah berwarna merah dan reben merah dilekatkan di atas sebagai tanda ianya istimewa. Kedengaran suara riuh-rendah di dalam rumah dihiasi tawa kecil. Kelihatan sebuah kereta memakir tepat di hadapan rumah. Seorang lelaki tegap memakai sut hitam bersama seorang lelaki yang sedikit berusia dihiraukan. Ditolak kotak itu hingga tiba di depan pintu. Tersembur sedikit tawanya apabila terdengar ucapan pengantin perempuan. Dia tersenyum. Inilah masanya.
"Eh, nanti. Nanti." Hentinya.
Suasana sepi seolah menanti dirinya menunjukkan siapa gerangannya. Wajah terpacul disebalik kotak hadiah yang ditolaknya sejak tadi. Ali tersenyum. Tanpa berlengah, terus dia menerpa ke arah bapa saudaranya.
"Uncle!" Panggilnya.
Dipeluk erat tubuh yang dia rindui. Bakar membalas pelukan itu. Tetamu bersorak keriangan. Dia menepuk sedikit bahu Ali. Ali melepaskan pelukannya lalu bersalaman dengan bapa saudaranya. General hanya memerhati.
"Tahniah, Ali. Dah besar kau ae. Dulu kecik je." Ujar Bakar.
"Ish, uncle ni!" Bakar tertawa.
"Masuklah. Buat apa lama-lama kat luar?" Pelawa halus Dr Ghazali.
Ali dan Bakar beriringan memasuki rumah. Tersenyum sahaja dibuatnya. Bahagia sungguh Ali. Kalaulah ada anugerah manusia paling bahagia, pasti sudah penuh rumahnya dengan piala.
Ali melihat Alicia tanpa sebarang kata. Tanpa perasaan, dia melihat Alicia yang sudah bersedia mahu beredar. Dia mengerti dan dia memahami. Dia bersedia dengan segala kemungkinan sebelum dia bersetuju dengan keputusan Alicia. Alicia melihat Ali sepi. Dia mendekatkan dirinya kepada Ali. Tangan Ali digegamnya erat.
"As we promise, we may not always be with eachother. But, we will stay together. Nothing can tear us apart. We may not with eachother but our souls are. See you in three days." Kata Alicia dengan berat hati.
"Take care. See you in three days. I'll come. Not as your husband. But, as a prince who comes to find his other half. " Balas Ali dengan tawa kecil.
Geli hatinya apabila berbicara sedemikian dengan Alicia. Semuanya berlaku dengan cepat. Terlalu cepat untuk dia fahami segalanya. Pantas sehinggakan dia hanya mampu melihat.
Alicia mencium tangan Ali, Puan Aliya dan Dr Ghazali sebelum melangkah pergi. Selangkah sahaja lagi untuk dia masuk ke dalam perut kereta, dia menoleh ke arah Ali. Dipeluk erat tubuh lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Ali membalas pelukan itu. Perlahan-lahan pelukan itu dilepaskan. Mata mereka bertentangan. Ali mengalihkan pandangannya. Alicia mengangguk perlahan seolah mengerti apa yang Ali cuba sampaikan. Dia melangkah pergi.
Tidak sampai seminit, kereta yang dinaiki Alicia lenyap daripada pandangan. Bakar memeluk bahu Ali. Ditepuk perlahan bahu itu.
"Dah lah tu. Tak payah sedih. Nanti jumpa jugak. 3 hari je. Dulu uncle tak jumpa Ali lebih 3 hari. Kau tak de pun sedih macam ni." Seloroh Bakar.
"Kalau dia betul apa yang korang cakap tadi, mesti jumpa balik punya. Percaya pada takdir." Kata Viktor.
Ali mengangguk akur. Dia tersenyum nipis. Faham bahawa dunia mereka berbeza. Mereka mungkin tidak jauh tarafnya di mata orang luar. Namun, jarak antara mereka yang membuatkan mereka seolah tidak ditakdirkan bersama.
Tiga hari berlalu..
Majlis gah diadakan di rumah mereka bagi menyambut kelahiran Alicia. Majlis yang penuh dengan media dan publisiti. Hanya lima orang peminat terpilih bersama-sama untuk meraikan majlis itu. Mereka berpakaian gaun dan sut yang bermacam warnanya dan topeng dimuka bersempena dengan tema majlis ini iaitu 'Masquerade ball party'.
Jelas wajah keriangan semua bersuka ria berkongsi cerita bersama kenalan. Alicia masih lagi bersiap di dalam biliknya dengan bantuan Elyn. Pengacara majlis sudah bersedia mahu memulakan majlis. Dengan mematuhi arahan, pengacara majlis berjalan naik ke atas anak tangga sehingga ke bahagian tengah tangga. Senyuman manis dilemparkan. Dia berdiri teguh di atas ruang bahagian tengah tangga yang agak luas tempatnya menghadap bawah tangga yang dipenuhi tetamu.
"Dengan segala hormatnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada General dan semua yang terlibat kerana rela hati menjemput saya sebagai pengacara majlis pada hari ini. Nama diberi tanpa dipinta, Ahmad Zafri bin Abdul Wahab. Diberi jolokan Zaf sebagai nama samaran. Bunga cantik di persiaran, dihias indah dengan lampu pelita, puan dan tuan jangan baran, saya bukan siapa hanya pengacara. Dengan ini dipersilakan, Tuan General untuk memberi sepatah dua kata dan merasmikan majlis sebelum gerangan nama samaran Miss Juliet munculkan diri." Hujah pengacara majlis.
Tetamu memberi tepukan. Pengacara menuruni anak tangga. General pula mengambil alih.
"Terima kasih kepada semua tetamu dan semua pihak yang bersama-sama memeriahkan majlis kelahiran anak perempuan saya. Dengan berakhirnya ucapan saya, saya merasmikan majlis pada hari ini. Dan dipersilakan, Miss Juliet untuk bersama-sama dengan kita pada malam ini." Ujar General.
Sekali lagi, tepukan diberikan oleh tetamu. Alunan lembut dan indah piano dimainkan. Lampu dimatikan. Hanya lampu di bahagian tangga menyinari. Alicia menarik nafas dalam sebelum melangkah turun tangga. Semua mata tertumpu pada dia. Dengan senyuman, dia melangkah turun perlahan-lahan anak tangga. Dress kuning kembang yang diperagakan terlalu labuh sehingga menyukarkan perjalanan dia menuruni anak tangga. Tiara keemasan yang terletak elok di kepalanya menyinari suasana. Disebalik topeng berwarna kuning keemasan, matanya melilau mencari kelibat seseorang yang dinanti. Namun hampa. Sorakan dan tumpuan orang ramai tidak diendahkan. Cahaya kamera media yang menyilau mata tidak dia pedulikan.
Tiba di bahagian ruang tengah tangga, dia tersenyum ikhlas. Mikrofon diberikan kepadanya. Alicia teragak-agak mengambil mikrofon yang diberikan oleh pengacara majlis itu.
"Hai, saya Miss Juliet. Terima kasih kerana hadir pada hari ini. Saya harap semua yang hadir hari ini dapat bergembira bersama-sama kami. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan." Ucap Alicia.
Semua tetamu sekali lagi menepuk tangan. Giliran pengacara majlis mengambil alih.
"Cantik Miss Juliet kita pada hari ini menggayakan busana serba kuning keemasan. Untuk pengetahuan semua, korang boleh menikmati makanan yang telah disediakan di luar sambil mendengar nyanyian akustik daripada team catering kita hari ni sama-sama memeriahkan lagi majlis. Dan untuk yang masih mahu melepak, boleh ke ruang tamu di sebelah sana bagi berbual mesra dengan tetamu yang lain. Manakala yang nak join our joget lambak, boleh ke ruang tamu yang di belah sini ye. Tepat jam 10 malam, kita akan mulakan ball dance kita yang dirasmikan dengan tarian anak dan ayah daripada our Miss Juliet dan Tuan General." Ujar pengacara majlis.
Lampu kembali dinyalakan. Masing-masing menuju ke tempat yang dikehendaki. Sebahagian menuju ke ruang tamu kosong tanpa perabot di sebelah kanan untuk mengikut serta dalam acara joget lambak bersama hos dan DJ yang sudah bersedia memainkan rentak lagu. Sebahagian pula menuju ke ruang tamu yang lengkap dengan sofa untuk beramah mesra dengan tetamu lain. Manakala sebahagian besar menuju ke luar rumah untuk menjamu selera. General sudah hilang daripada pandangan. Pasti sudah keluar menjamu selera bersama dengan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
Alicia yang juga dikenali dengan nama samaran Miss Juliet? Hanya termangu sendirian. Dijatuhkan punggungnya di atas lantai tangga. Malas mahu kemana-mana. Dalam fikirannya, hanya Ali yang berlari-lari anak.
"Buat apa kat sini sorang-sorang?"
YOU ARE READING
Marry Me JULIET (Alilicia Love Story)
FanfictionApabila kisah cinta tragedi William Shakespeare antara Romeo dan Juliet digabungkan dengan watak animasi dan kisah fantasi dicemari cerita imaginasi. Apakah pengakhiran yang bakal terjadi? Cinta yang tidak sengaja mengetuk pintu hati si dia. Bermula...