CHAPTER 1

371 21 0
                                    

Harini hari pertama aku bekerja di kedai bunga yang berdekatan dengan rumah sewaku. Aku perlu bersungguh-sungguh cari duit untuk menampung kehidupan harian aku dan belanja untuk majlis perkahwinan aku.

Aku Aya Sofea. Hidup aku sebatang kara. Tapi aku bersyukur masih mempunyai kawan baik yang sentiasa menemaniku iaitu Zetty Natasha.

Zetty lah yang banyak membantuku dalam pelbagai hal termasuk menolong aku mendapatkan kerja setelah habis SPM. Aku dah Zetty tidak berniat untuk menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan. Wang untuk makan pun kami terpaksa sekat apakah lagi untuk belajar.

Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Jika ada rezeki aku akan sambung tapi bukan buat masa yang terdekat ini. Gajiku di kedai bunga ini tidaklah besar.

Gaji basic hanya RM1500 dan jika kedai mendapat tempahan yang banyak, maka gajiku ada lah bertambah sedikit. Tapi aku tetap tidak lupa untuk bersyukur.

Ramai lagi orang diluar sana yang tidak dapat makan dalam beberapa hari. Tapi separuh dari gaji bulananku itu aku simpan untuk majlis kahwinku nanti .Aku bersemangat untuk menyimpan supaya mudah untuk membuat persiapan kahwin nanti.

Alhamdulillah aku menemui lelaki yang tepat untuk diriku iaitu Shahrul. Sudah hampir setahun kami bertunang tapi tarikh pernikahan belum lagi ditetapkan disebabkan kami masih giat mengumpul wang untuk majlis perkahwinan kami.

Tunang ku bekerja sebagai supervisor di salah sebuah pasaraya yang kecil. Walaupun gajinya kecil namun aku tetap bersyukur. Kami kenal sejak zaman sekolah lagi. Zetty juga mengenali Shahru dan kami bertiga rapat.

Aku berharap hubungan kami kekal sehingga hujung nyawa. Tidak lupa juga dengan Zetty yang telah banyak membantu aku dalam semua perkara.

Aku harap hubungan persahabatan kami pun kekal sampai bila-bila. Setiap hari aku akan mengubah pelbagai jambangan bunga. Ada yang dipesan untuk kekasih, ibu, isteri, kawan dan macam-macam lagi.

Kerenah pelanggan juga ada pelbagai sampai kadang-kadang aku penat untuk melayan.

Pada hari ini, kedai bunga kami mendapat pesanan daripada syarikat besar. Sebanyak 100 kuntum jambangan bunga mawar segar yang dipesan dan telah dibayar sepenuhnya.

Memang kaya betul syarikat tu. Pesan bunga macam pesan gula-gula di kedai runcit. Selalunya pelanggan akan membayar deposit 10% bunga dahulu dan akan bayar bakinya setelah bunga sampai kepada mereka.

Namun syarikat ini tidak. Mereka terus membayar tanpa berlengah. Disebabkan aku kreatif orangnya, aku ditugaskan oleh majikan aku untuk mengubah jambangan bunga tersebut. Aku ikuti sahaja.

Tapi syarikat itu mahukan jambangan bunga itu sampai tepat pada pukul 1.30 petang. Jam sekarang sudah menunjukkan jam 10 pagi, jadi aku bergegas menyiapkan jambangan itu.

Berkat bantuan pekerja lain, akhirnya jambangan bunga ros besar itu ahirnya siap. Tapi aku ditugakan untuk menghantar bunga tersebut kerana pihak delivery kedai kami terlalu sibuk menghantar pesanan lain yang perlu dihantar di lokasi-lokasi yang berbeza.

Pekerja yang lain pula perlu melayan pelanggan dan menyiapkan beberapa bouquet yang telah ditempah pelanggan pada kemarin. Aku turutkan saja tugasan yang diberi.

Syarikat itu tidaklah jauh dari kedai bunga kami. Jika naik kereta, ia hanya mengambil masa selama 15 minit saja. Kalau jalan sesak mungkin hampir setengah jam.

Kehidupan di Bandar seperti itulah. Terpaksa berdepan dengan jalan yang sesak setiap hari. Tepat pukul 12 tengah hari aku terus memesan teksi untuk pergi ke syarikat itu.

Pada waktu itu jalan agak sesak kerana itu merupakan jam makan tengah hari. Jadi aku terperangkap didalam teksi itu hampir satu jam.

Setibanya di syarikat itu, aku sungguh tergamam kerana syarikat itu sungguh megah dan mewah. Aku terpana melihat keindahannya. Tanpa membuang masa aku terus masuk ke dalam syarikat itu dan aku terus ke lobi untuk memberi pesanan jambangan bunga itu kepada pekerja yang berada di lobi tersebut.

CINTAMU MEMBUNUHKUWhere stories live. Discover now