Hari sudah menjengah ke waktu pagi. Aku tersedar dari tidur bangun untuk menunaikan solat Subuh. Selepas selesai menunaikan ibadah wajib itu, aku pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk aku dan Zetty.
Pagi ini aku ingin memasak bihun goreng. Semua bahan sudah aku siapkan terlebih dahulu. Hampir 20 minit aku mengambil masa untuk menyiapkan bihun goreng itu.
Setelah semuanya selesai aku siapkan di atas meja makan, aku terus ke bilik Zetty untuk memanggilnya. Tapi Zetty tiada didalam biliknya. Aku pelik.
Aku mengambil telefon bimbitku lalu nombornya aku dail. Hampir sepuluh kali aku cuba namun tiada sebarang jawapan. Aku sudah khawatir akan keadaan Zetty. Aku masih setia menunggunya pulang.
Kedengan bunyi seseorang sedang membuka pintu. Alangkah bersyukurnya aku melihat Zetty selamat pulang. Mukanya kelihatan bengis. Aku perasan akan dahinya yang luka itu. Aku mendekati tubuh Zetty yang ingin laju menuju ke biliknya itu.
"Zetty kau kenapa ni?"
Tanya aku namun dia hanya diam. Tidak berminat untuk memberi aku sebarang jawapan.
Aku tidak berpuas hati. Sepertinya Zetty seperti sorokkan sesuatu dari aku. Aku pegang bahunya lalu aku Tanya sekali lagi.
"Zetty kenapa dahi kau lupa?"
Zetty yang dari tadi diam akhirnya meluapkan kemarahannya pada aku. Aku tidak bersalah tapi aku yang jadi mangsa amarahnya.
Walaupun aku dan Zetty bersahabat baik tapi aku sering menjadi mangsa amarahnya namun aku diam saja. Aku faham dia penat.
"Kau boleh diam tak! Kau jangan nak memekak Tanya aku itu ini! Aku ni penat!"
Katanya lalu dia terus masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya dihempas kuat sehingga menyebabkan aku terkejut.
Aku baru sahaja ingin makan bersamanya namun apakan daya, kena marah pula pagi-pagi ni. Setelah makan, mengemas rumah, dan menyidai pakaian, aku bersiap-siap untuk pergi bertemu Shahrul.
Aku mengajak Shahrul untuk berjumpa kerana aku baru mendapat gaji dan hari ini aku cuti. Tapi Shahrul menyuruhku untuk membawa Zetty sekali.
Aku okay saja kerana bagi aku, Shahrul juga rapat dengan Zetty jadi tidak salah jika Zetty ikut sekali.
Aku terus bersiap. Aku memakai pakaian biasa saja harini ini. Tudung bawal berwarna hitam, blouse berwarna kuning dan seluar berwarna hitam. Simple tapi aku suka.
Aku pergi ke bilik Zetty untuk mengajaknya pergi sekali namun tiada balasan. Aku agak dia sudah tidur kerana terlalu penat. Jadi aku saja yang pergi dengan menaiki teksi.
Shahrul menungguku di pasar raya yang telah kami janjikan. Setibanya di pasar raya itu, aku terus mencari Shahrul, rupanya dia sedang menunggu aku di depan restoran yang agak mahal.
Aku beritahu dia bahawa hari ini aku akan belanjanya makan tapi tak sangka dia memilih tempat yang mahal.
Tak mengapalah, lagipun sekali sekala saja. Lagipun nanti kami bakal berkahwin jadi tak perlu lah berkira soal duit.
Aku menegur Shahrul yang sedang leka dengan telefon bimbitnya. Shahrul senyum meilhat aku tapi matanya seperti melilau.
"Awak cari apa tu?"
Tanya aku.
"Zetty mana?"
Dia Tanya aku kembali. Rupaya dia mencari Zetty.
"Hmm Zetty tak sihat awak. Nanti saya cerita"
Kata aku lagi. Terus wajah Shahrul muram. Dia terus masuk ke restoran itu tanpa menghiraukan aku. Aku mengikutinya dari belakang.
"Awak pesan lah makanan"
Kata aku. Shahrul tanpa segan silu terus memesan makanan yang dia mahukan. Tak sangka dia pesan begitu banyak makanan. Tapi aku turutkan saja kemahuannya.
Waktu menunggu makanan sampai, Shahrul bertanya lagi mengenai Zetty.
"Zetty sakit apa?"Tanya dia dengan penuh khawatir.
"Saya tak tahu, Zetty baru balik pagi tadi lepastu saya nampak dahi dia luka. Saya Tanya dia lepastu dia marah"
Jawabku. Tapi aku pelik, Shahrul seperti menyalah aku dalam hal ini.
"Kalau dah tahu dia tu sakit, tanya lah elok-elok. Awak tu patut ambil berat tentang dia, bukannya susahkan dia lagi"
Katanya dengan nada tinggi. Aku berasa agak malu kerana pelanggan di kedai itu semua memerhatikan kami.
"Kenapa awak marah saya pulak ni?"
Tanyaku lembut supaya tidak berlaku perbalahan antara kami. Kebetulan makanan kami sampai. Shahrul terus mengambil makanannya dan makan dengan lahap.
"Makan cepat sikit. Saya ada kerja lepasni"
Katanya dengan nada yang masih marah.
Selepas habis saja makan, Shahrul terus pergi dari kedai itu meninggalkan aku. Dia tidak tanya pun aku pulang nanti macam mana.
Jika Zetty bersama aku, dia bersungguh-sungguh menghantar kami berdua pulang tapi Zetty akan duduk didepan. Mereka berdua berbual tanpa menghiraukan aku.
Aku memanggil pelayan untuk memberi aku bil yang perlu dibayar. Aku terkejut kerana jumlahnya melebihi RM500.
Nasib baik aku bawa wang lebih kalau tidak, pasti aku malu disini. Wang yang berbaki aku gunakan untuk tambang teksi waktu pulang ke rumah.
YOU ARE READING
CINTAMU MEMBUNUHKU
RandomAku Aya Sofea. Seorang yatim piatu dan hidup sebatang kara namun aku masih mempunyai seorang kawan baik dan tunang yang menemaniku. Tanpa aku sedar, tunangku telah mencurangiku selama ini. Paling aku sedih, dia curang bersama kawan baikku sendiri...