CHAPTER 5

158 12 0
                                    

Wang simpanan sudah habis kerana terlalu berjoli dengan Zetty. Apa sahaja yang dia mahu aku aku turuti. Tapi apabila dengan Aya, aku tidak pernah mengeluarkan satu sen untuknya. Semua dia beli sendiri dan kerap juga dia membelanja aku.

Aku buntu untuk mencari duit dimana lagi. Sekarang baru awal bulan. Aku selalu dibayar gaji pada hujung bulan. Aku juga menggunakan duit untuk hari perkahwinan aku bersama Aya untuk membahagiakan Zetty.

Sebab itu jika aku ditanya mengenai tarikh perkahwinan kami oleh Aya, aku akan sedaya upaya untuk mengelak. Tapi ada sinar baru. Kawan sekerja aku ingin memperkenalkan aku kepada seorang lelaki kaya.

Dia boleh meminjamkan aku duit tapi aku perlu mencagarkan sesuatu. Jika aku tidak dapat membayar hutangnya, barang yang aku cagarkan itu, aka disita olehnya.

 Orang itu bukan lah Ah Long tapi mungkin kerana wangnya terlalu banyak, dia buat begitu. Pada malam ini aku ditemani rakanku, Am untuk pergi ke tempatnya untuk proses meminjam wang.

Aku dan Am sudah sampai ke lokasi yang ditetapkan oleh lelaki itu. Satu kelab malam mewah berada betul-betul dihadapanku. Aku was-was mahu masuk kerana aku tak pernah menjejakkan kaki di tempat seperti itu.

Tapi aku ditarik oleh Am dan dia mengingatkan aku tentang aku kesini. Aku tetap teruskan juga. Semuanya demi wang. Dokumen terhadap barang yang aku perlu cagarkan juga sudah lengkap. Hanya perlu datang, sign kontrak, ambil duit dan balik.

Zetty aku tinggalkan dahulu di hotel. Dia tidak perlu tahu akan masalah yang perlu aku hadapi. Cukuplah dia tahu yang aku ini mahu berinya apa sahaja yang dia mahukan.

Selangkah sahaja aku masuk ke dalam kelab malam itu, telingaku terus terasa bingit. Bunyi dentuman lagu yang dibuka sungguh kuat. Am menarik tangan aku dan terus ke tangga VVIP.

Namun kami ditahan oleh bodyguard yang ada disitu. Nasib baik Am pernah berurusan dengan orang kaya itu, mudah dia berunding dengan bodyguard tersebut.

"Boss Kyle want to see us"

Bodyguard itu mengecam wajah Am lalu dia memberi laluan kepada kami. Agak seram pada laluan itu kerana keadaan yang gelap gelita.

Setibanya di ruangan bilik VVIP itu, kami dibukakan pintu oleh seorang bodyguard yang bertugas disitu. Kami masuk kedalam bilik itu.

Tapi nasib baik, dalam bilik itu sangat terang sehingga mata aku tertancap pada seorang lelaki yang rupawan yang mengenakan kemeja putih dan seluar jeans hitam.

Matanya tajam memandang kearah kami berdua. Setelah diberitahu oleh Am, rupa-rupanya lelaki itu 'Boss Kyle'yang dimaksudkan. Mati-mati aku ingat 'Boss Kyle' itu orang tua, tapi muda rupanya.

 Kami berdiri dihadapannya namun dia menyuruh kami duduk. Aku yang lelaki pun agak terpegun melihat wajah kacak milik Boss Kyle itu. Kulitnya agak tan dan Boss Kyle itu tinggi lampai orangnya. Berlawan pun hebat menurut apa yang diceritakan oleh Am kepada aku

"Berapa banyak kau nak pinjam"

Tanya dia tanpa basa-basi. Tapi suara garaunya menyebabkan aku tersentak sedikit. Am mencuit bahuku tanda untuk aku bercakap.

"RM50K je Boss"

Kataku. Aku fikir dia akan marah kerana jumlah yang aku pinjam terlalu banyak namun dia hanya mengangguk sahaja. Begitu kaya sungguh lelaki bernama Kyle ini.

"Bagi aku tengok IC kau dulu"

Katanya. Mudah saja proses perbincangan dengan Kyle ini. Tak banyak cakap dan straight forward.

 Aku membuka dombetku lalu gambar milik Aya terjatuh dihadapan Kyle. Baru sahaja aku ingin mengambil gambar itu, Kyle sudah mencapainya dulu. Dia perhati gambar Aya lama lalu dia memandangku serius.

"Siapa dia ni?"

Kyle seperti tertarik dengan gambar Aya. Aku jujur saja kata padanya bahawa Aya itu merupakan tunangku.

"Tu tunang saya"

Dia tersengih seperti tidak berpuas hati.

"Kau jual dia dekat aku. Aku bagi kau RM500K cash. Kau tak payah bayar apa-apa. Duit tu kau punya semua"

Aku tercengang. Aku minta RM50K tapi dia offer aku RM500K cash dengan syarat aku bagi Aya dekat dia. Takkan aku nak jual Aya. Aku berfikir agak lama.

"Aku offer sekali je. RM500K tu kau boleh dapat macam-macam perempuan dekat luar sana"

Perlu ke aku korbankan Aya yang tak bersalah itu hanya kerana wang semata-mata. Tapi aku perluka duit sekarang ini.

"Baik, saya setuju"

Am yang berada di sebelahku tercengang. Dia seperti tidak percaya akan keputusan yang baru aku buat.

"Shahrul takkan kau sanggup buat Aya macam tu"

Kyle tersenyum dengan keputusanku. Am seboleh-boleh suruh aku menarik balik keputusan aku itu. Dia takut aku menyesal dan dia kasihan terhadap nasib Aya.

"Kau jangan sibuk! Ni urusan aku!"

Kata aku. Am yang tidak berpuas hati terus meninggalkan bilik itu. Kini hanya tinggal aku dan Kyle saja. Seorang lelaki telah masuk ke bilik itu dan membawa kertas berupa kontrak untuk aku tanda tangan.

"Kau sign kontrak ni dan duit RM500K ni jadi hak kau"

Tanpa berlengah aku terus sign kontrak itu tanpa baca. Kyle tersenyum sinis.

"Mulai sekarang duit ni kau punya dan perempuan tu milik aku. Bawa aku jumpa dia. Aku nak dia malam ni juga"

Aku mengangguk. Kami berdua terus ke rumah sewa Aya. Zetty? Aku akan bagitahunya nanti. Tapi pasti dia akan setuju.

CINTAMU MEMBUNUHKUWhere stories live. Discover now