Aku Kyle Haider. Umurku sudah meginjak 32 tahun. Aku merupakan seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Malaysia dan banyak menjalinkan hubungan perniagaan bersama ahli-ahli perniagaan diluar negara.
Harta, kuasa, perempuan, kenalan VVIP, semuanya aku ada. Tapi aku belum pernah mengotori diri aku dengan mana-mana perempuan.
Aku tak suka mereka semua. Hanya memandang wang semata-mata tanpa memikirkan harga diri mereka.
Ramai perempuan yang menawarkan diri mereka untuk menjadi perempuan simpanan aku namun, semua aku tolak.
Mereka semua itu kotor dan tak layak untuk menjadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak perlukan perempuan-perempuan kotor dan mata duitan itu.
Kalau aku mahu, lebih dari itu boleh aku dapat. Aku tak suka akan perempuan yang terlalu berlebih dalam berpakaian, liar dan terlalu sexy. Itu bukan cita rasa aku.
Aku suka dengan perempuan yang pandai menjaga harga diri mereka. Berpakaian sopan dan hanya sexy didepan aku saja. Itu baru aku boleh gelarkan dia gadis. Aku ingin berkahwin dan mempunyai zuriat namun jodoh yang sesuai itu belum sampai.
Aku mahukan isteri yang ada bersama aku dan tak endahkan dunia luar. Aku tak suka isteriku bercakap dengan lelaki lain apalagi mempunyai hubungan dibelakang aku.
Aku sanggup membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengkhianati aku ataupun aku akan buat hidupnya menderita.
Tapi hari ini aku mungkin telah berjumpa dengan gadis yang aku maksudkan. Gadis itu sangat berpakaian sopan.
Tubuhnya kecil dan pendek. Walaupun begitu, dia tetap membuat aku tidak keruan. Wajahnya putih bersih. Kulitnya mulus. Suaranya manja. Dan dia sangat comel dan cantik dimata aku.
Aku suka tengok gadis itu. Wajahnya membuatku terpegun sampai aku tak boleh kawal diri aku sendiri. Setiap sentuhan aku pada tubuh dan mukanya membuat jantung aku berdegup laju.
Takkan aku mula suka pada dia. Baru pertama kali dah terbit rasa cinta. Dah ramai perempuan yang aku jumpa tapi tidak pernah aku tiduri walaupun mereka rela namun tiada pula rasa cinta aku pada mereka.
Cuma untuk kenal-kenal dalam masa pendek dan itu saja. Tapi gadis kecil yang ini membuatkan aku rasa yang dia itu sangat istimewa. Aku tak dapat ungkapkan tapi entahlah.
Gadis itu seperti ditakdirkan untuk aku saja. Aku rasa nak tahu lebih lagi pasal diri dia. Sewaktu dia menangis tadi aku makin terpikat dengannya. Tangisan dia membuatkan aku tak keruan.
Tanpa sedar aku telah menjilat air matanya dan pasti hal itu membuatnya begitu takut denganku tapi aku biarkan. Pelukan aku terhadapnya membuat aku selesa dan aku ingin lebih dari itu tapi disebabkan dia merayu minta aku lepaskan dia, aku turutkan.
Terbit rasa kasihan dalam diri aku apabila melihat rayuannya. Tak pernah aku berasa kasihan dengan orang. Matanya membuat hatiku lemah untuk berkasar dengannya.
Kalau perempuan lain, pasti sudah meminta untuk aku menidurinya. Tapi gadis itu tidak. Tidak dia cuba menggoda aku. Setelah aku melepaskan rangkulan aku padanya, dia terus melarikan diri tanpa berpaling pada aku.
Dia seperti sungguh takut. Aku boleh tahu dari riak wajah dan bahasa tubuhnya yang gadis itu seperti tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Jadi pasti, dia perempuan yang baik.
Aku rasa aku nak kenal dia lebih dari apa yang aku nampak. Aku kena siasat pasal gadis itu dengan lebih mendalam. Mungkin ada jodoh kami bersama.
~~~
Aku berlari keluar dari bilik neraka itu. Diriku dinodai oleh lelaki yang tak aku kenali. Aku berasa jijik dengan diriku sendiri. Aku takut akan perangai lelaki gila seks itu. Kaya tak menjamin akal fikiran seseorang itu normal dan sihat.
YOU ARE READING
CINTAMU MEMBUNUHKU
RandomAku Aya Sofea. Seorang yatim piatu dan hidup sebatang kara namun aku masih mempunyai seorang kawan baik dan tunang yang menemaniku. Tanpa aku sedar, tunangku telah mencurangiku selama ini. Paling aku sedih, dia curang bersama kawan baikku sendiri...