CHAPTER 6

223 12 1
                                    

Pada malam itu, aku membawa Kyle kerumah sewa milik Aya. Aku menaiki kereta aku sendiri dan Kyle bersama anak buahnya mengikuti keretaku dari belakang. Sempat dia mengancam aku jika aku cuba menipunya.

Aku tiada niat langsung untuk menipu lelaki yang berpengaruh itu. Duitnya sudah aku dapat, jadi tugas aku sekarang ialah menyerahkan Aya kepadanya.

Setibanya di rumah Aya, aku terus memarkir kereta didepan pintu pagar rumah itu. Aku menunggu Kyle keluar dari kereta, baru aku masuk.

"Masuklah cepat"

Suara garau milik Kyle menerjahku dari belakang. Pintu pagar besi itu aku buka kuncinya. Zetty ada memberitahu yang mereka jarang mengunci pintu pagar. Lalu kami masuk ke perkarangan rumah sewa itu.

 Lampu rumah itu kelihatan tertutup. Mungkin Aya sudah nyenyak tidur tapi tetap mengetuk pintu itu.

TOK! TOK! TOK! TOK!

Banyak kali juga aku mengetuk pintu rumah itu. Akhirnya Aya membuka pintu dengan separa sedar.

"Zetty kau tak bawa kunci ke?"

Aya yang hanya mengenakan dress mini kelihatan separa sedar. Dia fikir itu Zetty yang pulang tapi sangkaannya salah. Kulitnya sungguh mulus dan putih. Itulah kali pertama aku melihatnya.

Aku hampir terpana melihat kecantikan Aya pada malam itu. Setelah menggosok matanya berkali-kali, akhirnya Aya tersedar dari mamainya itu.

Dia terkejut melihat sosok lelaki yang ramai di depan matanya. Dia mahu menutup pintu namun dihalang oleh Kyle dengan sebelah tangan saja.

Penat Aya berusaha menahan pintu itu, namun apakan daya, kudrat wanita sekecilnya tidak mampu menahan kudrat lelaki sasa seperti Kyle. Kyle menolak pintu itu sehingga Aya kebelakang.

Aya ketakutan melihat Kyle. Mereka seperti pernah berjumpa. Reaksi Kyle apabila melihat Aya sangat pelik. Dia seperti hilang kewarasan apabila melihat Aya.

Lagi Aya memakai baju tidur yang agak seksi itu. Aya memandang aku dengan wajah hairan dan ketakutan. Dia beranikan dirinya untuk bertanya kepada aku.

"Apa semua ni awak?! Kenapa awak datang malam-malam ni bawa dorang semua kesini?!"

Kata Aya. Dia seperti menggigil tanda ketakutan. Aku seperti kasihan akan dirinya aku terpaksa mengorbankan dia untuk kepentinganku.

Duit Kyle sudah aku ambil jadi kini tugasku adalah memberi Aya kepadanya.

"Mulai sekarang kita putus tunang! Aku cintakan Zetty! Bukan kau! Kau ikut dia!"

Jerkah aku kepada Aya. Kyle tersenyum sinis ditepi bibirnya.

"Apa awak cakap ni?! Saya tak faham!"

Jerit Aya dengan suara lembutnya.

Aku tak banyak cakap pada waktu itu. Aku terpaksa bertindak kejam pada Aya. Kelihatan air mata Aya sudah mengalir. Sepatutnya aku sebagai tunang perlu melindunginya tapi tidak. Aku sendiri menyerahkan dia pada lelaki lain. lelaki yang tidak dikenali.

Aku berani berbuat sebegitu sebab Aya merupakan anak yatim piatu dan dia sebatang kara. Pasti tiada siapa yang akan melindunginya selain aku.

Zetty juga pasti akan menyebelahi aku kerana wang yang ditawarkan sangat lumayan. Aku buat ini semua untuk kesenangannya juga.

Tapi terdetik dalam hatiku rasa kasihan buat Aya. Aku tak sampai hati berbuat demikian padanya. Tapi keputusan suda aku buat. Aya perlu ikut Kyle juga pada malam itu.

 Aku memberi isyarat mata kepada Kyle untuk mendekati Aya. Aya seperti mahu lari kebiliknya, namun dengan pantas tangannya aku tarik lalu aku tolaknya dengan kuat ke tubuh Kyle. Aya meronta kuat didalam pelukan Kyle.

"Lepas! Tolonglah jangan buat saya macam ni! hiks hiks! Saya Takut! Saya merayu!"

Rayu Aya kepada aku dan Kyle. Aku memandang Aya dengan sayu. Tapi Kyle dengan pantas menekup hidung Aya dengan kain hitam sehingga pengsan. Tubuh kecil Aya kelihatan semakin lemah dan pengsan.

Kyle dengan pantas mencempung tubuh milik Aya lalu dia terus keluar dari rumah itu. Barang-barang dan dokumen peribadi milik Aya diambil oleh anak buah Kyle.

Apabila semua sudah siap, Kyle dan anak buahnya melangkah keluar dari rumah itu Sempat dia mengikati aku.

"Sekarang budak ni hak aku. Kau jangan jumpa dia lagi. Kalau aku tahu kau jumpa dia lagi, kau siap"

Aku mengangguk faham saja. Anak-anak buah Kyle turut pergi meninggalkan rumah itu. Kelihatan kereta mewah milik Kyle meninggalkan perkarangan rumah sewa itu.

Sekarang semuanya menjadi senyap dan sangat sunyi tiba-tiba aku rasa seperti kosong dalam diriku. Entah mengapa tapi hatiku berasa sayu.

Malas mahu fikir akan semua itu, aku terus bergegas meninggalkan rumah itu lalu terus ke hotel dimana tempat aku dan Zetty bermadu asmara.

CINTAMU MEMBUNUHKUWhere stories live. Discover now