SEKARANG aku faham perasaan kau Ara...
Meera hanya sempat melarikan diri kedalam biliknya. Badan sememangnya dipenuhi dengan luka dan darah.
Dia menyandar dibelakang pintu biliknya yang terkunci rapat itu.
Dia tak boleh menghembus nafas lega lagi kerana mereka berlima masih berada didalam rumah itu.
"Meera! Where are you!?"Meera segera menutup mulutnya dengan tangan agar dia tidak mengeluarkan suara.
Apa aku patut buat...hiks...
Air matanya laju mengalir sambil otakkan berfikir bagaimana cara untuk melepaskan diri daripada mereka.
Adriana cakap tiada siapa yang masih lagi hidup lepas diburu oleh mereka. Jadi... aku akan mati harini ke!?
"Meera?"pintu bilik itu diketuk dari luar.
Rapat mulut dan mata dia ditutupkan.
"Haduiii Meera ni keluarlah!"badannya sudah mengigil ketakutan.
"Ish!"dirinya tersentak apabila pintu itu ditendang.
Aku nak hidup...
"ding dong...I know you can hear me... open up the door... I only want to play a little..."pintu itu dihentak kuat. Diri Meera sememangnya sudah membeku ketakutan. Saat ini dia sudah tak mampu berbuat apa apa. Dia redho.
"ding dong... you can't keep me waiting ... it's already too late... for you to try and run away-!"
"-hai Meera sayang."mata pembunuh itu dan Meera saling menatap melalui lubang kecil yang dihasilkan oleh hentakan takdi.
"Argh!"Meera terus menjarakkan dirinya dengan pintu itu. Ia terus dihentak sehingga pecah.
Haduihhh Shameera fikirlah!!
...
"Kau percaya cakap Riana tu?"tanya Amelia sambil ketawa apabila mendengar cerita Sara itu.
"Kenapa akak gelak?"dia tercenggang tak percaya. Padahal dia bertanya tentang hubungan Ariz dan Hadif. Tapi apa yang lawak sampai kakak iparnya ketawa begini sekali?
"Riana tu reka cerita je! Hadif tu anak kak Peoh, dia bercuti ngan laki dia kat Bali. Sebab tulah Ariz gi ambil dia sekolah sebab takde sape nak ambil!"cerita Amelia sambil ketawa terbahak bahak.
Jadi, Sara digula gulakan?
"Anak kak Peoh. Jadinya Hadif Aiman?"tanyanya untuk kepastian. Amelia mengangguk laju.
"Lah..."rasa kecewa tiba tiba. Hadif Aiman sepupu Kuzaiqy. Mereka membesar sama sama. Dia tak camlah sebab dah lama tak jumpa. Takpasal pasal pula kena tipu dengan si Riana tu.
YOU ARE READING
My Perfect Husband
Romance𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] 𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐛𝐲 𝐮𝐧𝐚𝐚𝐬𝐥𝐚𝐲 [𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐭𝐭𝐲 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥] :𝐀𝐋𝐈𝐅𝐅 𝐊𝐔𝐙𝐀𝐈𝐐𝐘 seorang bos yang sangat tegas, serius dan menyeramkan. Mempunyai wajah yang tampan d...