APABILA mereka bereempat dengar sahaja yang rumah makcik Ramlah pula yang ada buat makan makan. Segeralah mereka start motor dan bergegas ke rumah tersebut.
"Woi Fitri."budak itu memandangnya tak puas hati.
"Apa?"tanya Fitri.
"Ambilkan aku air."Sara menghulurkan gelasnya.
"Kau ni ambillah-"
"Ehem. Tetamu tetamu."Sara buat muka belagaknya.
"Fitri layan tetamu kat luar tu ye. Jangan buat perangai" -mak dia/makcik Ramlah
"Ish!"Fitri geram betul. Dia mengambil kasar gelas itu dan terus pergi mengambil air untuk Sara.
"Bagus budak tu bagus."kata Sara. Dia nampak Fitri datang kearahnya sambil membawa gelasnya takdi.
"Nah."Sara mengambil gelasnya itu.
"Terima kasih."kata Sara. Fitri berlalu pergi dari situ sambil menjeling kepadanya.
"Wei aku gi tandas sekejap."Sara berlalu pergi.
Kuzaiqy yang sedap melahap makanan itu terhenti apabila Zaki datang dan berbisik kepadanya.
"Serius ah?"tanyanya tak percaya.
"Iya!"Zaki mengangguk laju.
Meera dihadapan mereka memandang pelik. Dia nampak yang Kuzaiqy dah bangun untuk mengikut Zaki.
"Kau nak pergi mana?"tanya Meera pada Kuzaiqy.
"Ah adelah. Sibuk je kau ni."sakit pula hati Meera apabila dia membalas begitu.
"Ini rahsia. Cikgu Meera, shhh."Zaki menyuruhnya diam. Lalu mereka berdua beredar meninggalkan Meera seorang diri.
...
Hanya disinari dengan cahaya lilin. Tandas makcik Ramlah sama saja macam tandas opah.
Eh tak sama, tandas opah dah upgrate, lupa pula.
Tandas makcik Ramlah ni je masih tak upgrate upgrate.
"Zaman bila lah tandas kayu. Orang sekarang tandas batulah. Nak aku tolong bakokan ke baru nak buat tandas batu?"Sara berleter seorang diri didalam tandas itu.
Selesai mencuci tangan dia mengambil lilin itu untuk keluar.
"Janganlah ada biawak pula."resah, gelisah.
Tangan Sara bergerak ingin membuka pintu itu tapi tiba tiba...
"AAAA LANCAU!! WOIII!!!"
...
"Sial betul korang ni. Pahal korang baling mercun hah? Aku ada kat dalam tu lah!!"marah Sara. Telinga Kuzaiqy dan Zaki itu ditariknya.
YOU ARE READING
My Perfect Husband
Romance𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] 𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐛𝐲 𝐮𝐧𝐚𝐚𝐬𝐥𝐚𝐲 [𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐭𝐭𝐲 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥] :𝐀𝐋𝐈𝐅𝐅 𝐊𝐔𝐙𝐀𝐈𝐐𝐘 seorang bos yang sangat tegas, serius dan menyeramkan. Mempunyai wajah yang tampan d...