CHAPTER 20

1.4K 93 6
                                    

MEREKA semua mengambil cuti selama 2 minggu untuk balik ke Kedah. Kampung Meera.

"Sampai pun!"Meera terus keluar dari dalam kereta dan berlari masuk kedalam rumah.

"Woi angkatlah barang kau ni!"jerit Sara.

"Takpe. Barang Meera biar aku yang angkat."kata Zaki.

"Kau, suami yang baik."Sara menunjukkan jari bagus kepadanya.

Sara memberi semua beg Meera kepada suaminya. Sehingga tidak cukup tangan, Sara sangkutkan beg itu dileher Zaki.

"Uihh macam nak pindah rumah."badannya hampir tak kelihatan kerana beg beg itu. Lalu Zaki pergi masuk kedalam rumah dengan barang barang Meera yang dibawanya.

"Ehem. Biar aku bawa barang kau juga."muncul Kuzaiqy.

Dia sudah menarik lengan bajunya keatas untuk pamirkan otot ototnya.

"Takpayah. Aku boleh angkat sendiri."Sara mengambil beg galasnya. Tangannya kiri kanan penuh dengan beg.

"Aku kuat."kata Sara lalu melangkah pergi masuk kedalam rumah.

"Orang nak tolong jual mahal."Kuzaiqy hanya memandang belakang badan isterinya. Dah macam apa dah barang barang penuh satu badan.

Dahlah pendek.

Kuzaiqy memandang lama perempuan yang jalan terkedek kedek itu. Sebelum dia berlari dan mengangkat tubuh Sara gaya bridal style.

"Kau taknak aku angkat barang kau. Aku angkat kau jelah."Kuzaiqy berlari masuk kedalam rumah membawa isterinya yang pendek itu.

"Woii!!"

...

"Aki pergi mana?"tanya Kuzaiqy kepada Meera.

"Dia ikut paksu. Gi mancing."jawab Meera.

"Ara. Ara mana?"tanya Meera pula. Baru perasan perempuan itu takde.

"Tu."tunjuk Kuzaiqy.

Meera memandang Sara yang masih berada didarat itu.

Dia duduk mencangkung sambil jarinya menyentuh air sungai. Mesti dia takut untuk masuk kedalam air.

"Aku pun taktahu apa masalah dia."kata Kuzaiqy sambil mengeleng kepala.

"Dia nak kau dukung dia bawa mari sini tu. Kau tahu jelah Ara. Mengada."kata Meera.

"Ooo macam tu rupanya. Japlah aku gi kat dia."Meera mengangguk.

"Kau duduk diam diam dekat sini. Kalau kau lemas nanti aku tak tolong tau. Sebab aku bukan suami kau."pesan Kuzaiqy.

My Perfect HusbandWhere stories live. Discover now