KEADAAN di ruang tamu itu gelap dan hanya diterangi dengan cahaya tv sahaja.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan Sara masih lagi tak tidur. Tv itu sibuk menayangkan Duty After School episod terakhir.
"Shibal, kau pahal Young Soo!!"jerit Sara. Dia sudah berdiri sambil mengenggam kuat bantal itu kerana geram.
"Oh my god Bora aku."dia rasa macam nak pengsan. Dia rebahkan badannya disofa kembi.
"Bodoh dasar nerd tak guna!"
Bang!
"Uihh Nara Nara!"dia mula rasa teruja. Seperti ada harapan.
"Arghh shibal betul!!"marah Sara sworang diri.
"Eh?"dia terkedu seketika apabila tv itu menjadi gelap.
"Ah takde elektrik!!"kecewa yang amat.
Dia segera membuka lampu ditelefonnya.
"Tak-takkanlah! Pukul 1 dah, takdi baru pukul 9 kot!"dia segera berlari naik ke biliknya dengan diterangi lampu ditelefon.
Dia cepat membuka pintu bilik itu dan menutupnya kuat.
Dia letak telefonnya ditepi. Dia segera naik keatas katilnya.
Selimut itu ditarik dan dia masuk kedalam. Tubuhnya dirapatkan dengan Kuzaiqy.
Ish! Tangan Kuzaiqy ditarik dan dijadikan bantalnya.
Tubuh Kuzaiqy dipeluknya. Dia menutup matanya rapat rapat.
Tidur Ara tidur! Esok kau kerja!
Dia gelabah habis dah. Dahlah tak perasan dah lewat masuk tidur. Esok mesti lambat punya.
Kenapa takboleh tidur ni?!!! Bertambah stres.
"Kuzai."dia mengejutkan suaminya. Kepalanya didongakkan keatas memandang wajah suaminya.
"Bi!"pipi Kuzaiqy ditepuk perlahan.
"Hmm why cinta?"suara serak itu menyapa telinganya.
Sial ini bukan masa untuk blushing! Hampir tergoda.
"Aku takleh tidur. Nyanyi lagu."minta Sara.
"Lagu apa cinta?"dia bercakap dengan matanya yang masih tertutup.
"Hm erk..."kenapa satu lagu pun tak terlintas difikirannya sekarang?!
"Erkk... ha! Cupid cupid!"itu je yang diingatnya.
Memanglah dekat fyp penuh aja dengan lagu itu. Lagi lagi bila lagu tu Kuzaiqy guna untuk buat tiktok dia. Lagilah teringat ingat.
"Hm okay cinta."Kuzaiqy menarik nafasnya. Posisi badan ditukar sedikit.
Sara meletakkan wajahnya didada Kuzaiqy. Dia segera menutup matanya rapat rapat.
"I'm feeling lonely... oh I wish i'd find a lover... that could hold me..."
YOU ARE READING
My Perfect Husband
عاطفية𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 [𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] 𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐛𝐲 𝐮𝐧𝐚𝐚𝐬𝐥𝐚𝐲 [𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐭𝐭𝐲 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥] :𝐀𝐋𝐈𝐅𝐅 𝐊𝐔𝐙𝐀𝐈𝐐𝐘 seorang bos yang sangat tegas, serius dan menyeramkan. Mempunyai wajah yang tampan d...