1 | 𝐓 𝐑 𝐀 𝐆 𝐄 𝐃 𝐘

54 5 46
                                    


"Think I know you but then I don't."

━━━━━━━━━━━━━━

L I T T L E  T R A G E D Y
B A B 1


❝𝐒𝐄𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇 minit."

Kedengaran jelas suara sinis yang tergelak kecil dari airpods yang aku pasangkan pada telinga kiri dan kanan aku. Serta-merta hujung bibir aku terangkat mengukir senyuman nipis. Suit hitam yang tersarung di badan aku betulkan semula sambil menatap paras sendiri di muka cermin.

"Kenapa? Kau rasa aku tak mampu?" Soal aku seakan-akan menguji.

"Kau pasti hanya sepuluh minit yang kau perlukan? Macam mana kalau..."

"Just be ready with your bullets, kiddo." Pintas aku dengan nada datar sekaligus mematikan ayatnya yang belum sempat habis diucapkan. Jam tangan berjenama Rolex yang terletak di atas meja di hadapan pintu bilik hotel kucapai sebelum langkah kaki aku atur menuju ke arah suis utama bilik hotel mewah itu.

Tatkala itu, sempat anak mataku melirik ke arah pemandangan malam di tengah-tengah kota di sebalik dinding kaca di dalam bilik hotel itu. Senyuman dingin terbit di wajahku.

"Any update, don't call me. Handle sendiri." Kataku terus menutup panggilan telefon yang terhubung di airpods yang kupasang di telingaku. Airpods yang terpasang lantas kutanggal lalu aku simpan kemas di dalam poket seluar.

Nafas aku hembus perlahan sembari langkah kuatur menapak keluar dari dalam bilik hotel tersebut. Dari jauh, kelihatan pintu lift yang sudah terbuka seakan-akan menunggu kedatangan aku sedari tadi. Aku berjalan pantas agar tiada masa yang dibazirkan. 

Sepuluh minit bukanlah tempoh yang singkat. Malah lebih daripada cukup untuk aku sekadar menunjukkan diri ke pesta ulang tahun syarikat. Jika tidak aku fikirkan tuan pengarah yang bersungguh-sungguh mengundang, manakan mungkin akan aku jejak ke pesta yang serba tiada faedah. Cuma penuh dengan ahli konglomerat dan beberapa orang ternama yang hadir semata-mata mempamerkan kemewahan diri belaka. 

Dengan erti kata lain, majlis sebegini tidak ubah seperti lubuk orang kaya berhimpun sahaja. Punyalah banyak hidangan yang disediakan, hujung-hujung tong sampah juga menjadi tempat pengakhiran. Jujur aku kata orang kaya, apa mereka peduli tentang sisa makanan yang dibazirkan?

Pintu lift terbuka bermakna destinasi yang hendak kutuju tidak lagi jauh nampaknya. Belum sempat lagi kaki melangkah keluar dari perut lift, anak mataku gesit menangkap susuk tuan pengarah yang sedang rancak berbual dengan ahli konglomerat yang tentunya tidak asing denganku.

Aku menghembuskan nafas dalam. Berulang kali aku fikirkan apalah sebab aku harus berada di situ. Bukannya aku ini pemilik syarikat besar atau harta bermilion-milion seperti mereka pun.

"Excuse me...have you seen my ring?"

Satu suara wanita asing kedengaran. Aku sudah dapat mengangak kehadiran wanita itu disebabkan bau wangian wanita yang amat kuat menyengat lubang hidung aku. Aku mengurut dahi, pening ingin melayan trik apa lagi yang bakal diperlihatkan wanita itu kali ini.

"Nope. Cincin kau tak ada dekat sini. So stay away from me." Halau aku tanpa menoleh ke arahnya. Buat apa hendak susah-susah melihat, tambah sakit mata sahaja melihat pakaiannya yang tentunya mencolok mata. Usah dilihat pun aku sudah tahu gaya pemakaian dirinya yang tidak semenggah.

𝐎𝐆 | 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐲Where stories live. Discover now