4 | 𝐓 𝐑 𝐀 𝐆 𝐄 𝐃 𝐘

16 3 11
                                    


"I was only a child,
you ruined me."

━━━━━━━━━━━━━━

L I T T L E T R A G E D Y
B A B 4


𝐀𝐊𝐔 meraup wajah yang sudah kebasahan dengan air mata. Debar di dadaku masih belum hilang biarpun tubuh penuh darah Elarian sudah diusung masuk ke dalam ruang wad ICU. Aku cuba melabuhkan punggung duduk di atas kerusi yang disediakan, namun gayaku tidak ubah seperti cacing kepanasan. Pelbagai kemungkinan buruk bergilir-gilir masuk ke dalam fikiranku. 

Tanganku yang masih merah berbekas darah milik Elarian tidak aku pedulikan. Aku terus-terusan memukul dada seakan-akan menyalahkan diri. Aku terfikir sekiranya aku sedar lebih awal saat Elarian bangun dari katil, tentunya insiden ini tidak akan terjadi. Tentunya Elarian tidak akan ditikam sehingga pucat kulit muka akibat kehilangan darah. Sudah pasti malam itu dia tidak akan berada di hospital menjadi penghuni ruangan ICU.

"Kenapa? Ya Allah, kenapa bukan aku yang dalam tu? Kenapa isteri aku? Allahuakhbar..." Aku merintih perlahan di antara dengar atau tidak. Hatiku pedih seperti dihiris dengan sembilu setiap kali teringat aku melihat tubuh Elarian yang tidak bermaya bersandar dengan luka tikaman di perutnya yang mengeluarkan darah membuak-buak. 

Berat rasanya menanggung walau hanya sekadar kemungkinan yang Elarian akan pergi meninggalkan aku. Meskipun aku sudah berkali-kali dipukul kehilangan, mana mungkin sama seperti hilangnya seorang Elarian, susuk yang paling istimewa dan tidak tergantikan dalam hidup aku. Bahkan hanya Tuhan yang tahu betapa aku tidak sanggup hidup tanpa gadis itu.

"Kaki." Tegur satu suara garau yang tiba-tiba muncul yakni bukan suara hatiku.

Aku yang berada di posisi berdiri tegak menghadap dinding merengus kasar dalam tidak sedar. Wajah yang sudah kering dengan air mata masih terasa sembap. 'Allah...orang ni tak nampak ke aku tengah dalam tak ada mood nak berborak? Apa common sense dia dah kena telan dengan biawak? Dah baik-baik berdiri depan pintu ICU, ada yang terbaring dalam ICU karang aku kerjakan.' Aku mengomel tidak puas hati.

Lambat-lambat aku memalingkan badan menoleh ke arah si empunya suara. Seorang lelaki berkot putih labuh dengan kaca mata berbingkai putih sedang merenungku dengan pandangan yang sukar kutafsirkan. 

Aku mengerut kening rapat tanda kehairanan. Kaki? Kenapa dengan kaki? Dia nak mintak kaki aku ke?

"Luka dekat kaki kau tu. Kau nak satu hospital ada DNA darah kau ke?" Soal lelaki itu lagi, sinis nadanya sambil mata menunjuk ke arah kakiku.

Aku menjongket kening tinggi. Apa maksud dia? Lantas aku menilik kaki sendiri.

Selipar yang aku pakai kini telah basah dengan darah yang mengalir dari tapak kaki aku. Barulah aku sedar akan sakit yang mencengkam sedari tadi. Rupanya tindakan aku memijak kaca tanpa sedar di rumah tadi, mendatangkan seribu luka pada tapak kaki aku sendiri. Aku siap dapat lihat kesan darah di sepanjang jalan koridor hospital yang aku ambil tadi.

Sebuah keluhan berat terlepas dari bibirku. Aku mengetap bibir seraya memandang lelaki itu. Pandangan kami bersabung buat seketika. Entah mengapa, aku merasakan wajah lelaki ini tidak asing bagi aku. Aku memandang ke arah tag nama yang disepit di poket kot putih labuhnya.

𝐎𝐆 | 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐲Where stories live. Discover now