5 | 𝐓 𝐑 𝐀 𝐆 𝐄 𝐃 𝐘

13 3 3
                                    


"You can't save her."

━━━━━━━━━━━━━━

L I T T L E T R A G E D Y
B A B 5


𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 mataku makin tajam merenung ke arah Elarian. Manakala telahan hatiku kuat mengatakan yang dia sedang menyembunyikan sesuatu daripada aku. Tetapi apakah itu? Mungkinkah itu hanya sekadar bisikan syaitan yang mendengki ingin lihat rumah tangga kami dihurung keraguan? Aku tidak pasti tetapi cara Elarian memandangku sungguh mengundang rasa sangsi.

"Hakan. Kalau awak tak puas hati, awak cakap. Bukan pandang saya macam nak telan." Ujar Elarian senada, tidak sanggup lagi menahan panahan mata seorang Ryuu Hakan yang tajam bak helang ingin membaham mangsanya.

Aku mengurut dagu sambil di dalam kepala ligat memikirkan soalan tidak mengguris hati yang bakal ditujukan kepada Elarian. Haih...curiga, curiga juga. Hati isteri masih kena jaga.

"Rian. Saya percayakan awak. Apapun yang awak cakap selagi tak menyalahi syariat, saya tetap percayakan awak. Cuma boleh tak awak fikirkan lagi apa yang jadi pada malam tu? Saya tak nak kes ni tergantung macam tu hanya sebab kekurangan bukti. I will not let it happen. Awak kena tikam, Rian. Even kalau saya kena hold or pass kes yang saya tengah handle sekarang just untuk fokus pada kes ni, I will do it.

Lembut dan rendah sahaja nada suara Ryuu pada telinga Elarian. Langsung tiada unsur menekan atau memaksa, walhal Elarian tahu benar karakter Ryuu sebagai seorang peguam yang lantang apabila bersuara dalam menghujahkan faktanya.

Elarian mengetap bibir. Dia memandang aku dengan anak mata yang suram tanpa cahaya. Serta-merta aku terus dipukul perasaan serba salah. Bagaimana sekiranya Elarian memang tidak ingat atau tiada memori langsung tentang kejadian malam itu? Dan sekarang aku seakan-akan memaksanya pula untuk bercerita benda yang dia tidak tahu? Mesti dia rasa aku tak percayakan dia sekarang ni. Ahh...apa yang aku dah buat?

"Saya faham."

Aku menjongket kening sedikit menanti butir bicara Elarian yang selanjutnya.

"Saya faham perasaan awak sebagai seorang husband or even a lawyer. Saya tahu awak risau dan nak tangkap orang yang tikam saya tu. But I'm sorry. Saya tak ingat satu pun yang jadi malam tu."

Kata-kata Elarian membuatkan aku secara tidak sedar menundukkan kepala ke bawah. Sebuah keluhan berat terlepas dari bibirku tanpa ditahan-tahan. Tidak tahu apa sebabnya, hatiku terasa sangat kecewa namun hakikat yang aku tidak mampu berbuat apa-apa itu terasa lebih hampa. Selama beberapa hari Elarian terlantar di hospital, aku berusaha keras mencari jejak penjenayah itu. Namun apa yang kutemui hanyalah kosong.

Tidak mungkin. Sudah lebih beberapa tahun aku bergelar seorang peguam, dunia penjenayah sudah boleh aku katakan tidak asing dalam hidup aku. Tiada namanya jenayah yang sempurna. Pasti ada kesan atau celah di mana-mana. Aku tinggal kena usaha lebih sikit dan...

"I'm sorry."

Aku mengangkat kepala. Wajah Elarian yang berkerut itu aku tatap lama. Dapat aku rasakan perasaan serba salah yang maha berat tersimpan di dasar anak mata yang menawan itu. Aku memegang dada yang tiba-tiba terasa sakit bagai dicucuk-cucuk.

𝐎𝐆 | 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐲Where stories live. Discover now