2 | 𝐓 𝐑 𝐀 𝐆 𝐄 𝐃 𝐘

16 4 20
                                    


"What's wrong with me?"

━━━━━━━━━━━━━━

L I T T L E T R A G E D Y
B A B 2


𝐈𝐍𝐈 bukan kali pertama aku berjalan di lorong segelap ini. Namun entah kenapa kali ini, gerak hati ini macam lain macam pula. Seakan-akan memberi signal, sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tetapi macam biasa, gerak hati hanyalah sekadar rasa bagi aku. Apa yang sudah dirancang haruslah dijalankan sampai lancar. Bukankan itu tujuan rancangan dibuat?

"Kau sure nak teruskan plan ni?" Suara di airpods kedengaran, agak memeranjatkan aku sebenarnya. Tetapi aku tetapi berlagak tenang, walaupun sebenarnya bulu roma sendiri sudah berdiri setegak tiang bola sepak.

"Kalau tak? Sampai bila nak biar dia nak merayau? Macam lalat." Aku meneruskan langkah perlahan-lahan menelusuri lorong yang gelap itu. Nasib baiklah ada cermin mata yang direka untuk melihat pemandangan gelap dengan jelas. Kalau tidak teraba-raba lah aku mencari jalan sampai ke hujung.

Suara tadi tergelak kecil. "Well, kau dah tak jauh. Lagi beberapa meter sampai tempat tu."

Hanya beberapa lagi langkah yang diambil, sehingga aku akhirnya tiba di depan sebuah bangunan usang yang sudah lama ditinggalkan. Tiada lampu yang menyala melainkan cahaya bulan yang benar-benar bersinar terang ketika itu. Bagaikan menemani aku yang kedinginan, walau jauh dia tetap ada memancarkan cahayanya yang hangat.

"Ryuu, ada masalah. Aaron tak jawab call dia."

Aku terdiam sejenak. Teringat perbualan kami di panggilan telefon di bilik hotel awal malam tadi. Aaron atau biasanya aku panggil kiddo adalah penembak profesional yang aku upah setiap kali aku pergi melakukan misi. Jika diingat, Aaron tidak akan lupa janji mereka malam ini.

"Jangan risau. Signal tak okay, maybe. Aku tahu dia dah stand by." Ujar aku sekadar menyedapkan hati.

"Okay. I hope so. Aku harap dia tak buat perangai ting tong dia malam ni."

Aku tersenyum sinis. "He better not."

Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam pintu bangunan usang itu, sebuah tendangan tepat mengena pada perut aku. Aku terberundur beberapa langkah menahan senak di perut dek serangan yang tiba-tiba. Aku mengaduh kecil sebelum mengangkat muka perlahan.

"Hehh, not bad. Lama tak jumpa, Aflah." Aku cuba berdiri tegak memandang ke arah seorang lelaki yang berkeadaan tidak terurus bagaikan sudah lama hidup dalam pelarian. 

"Kau lagi? Kau nak apa? Kan aku dah bagitahu semua yang aku tahu dua bulan lepas?" Marah lelaki bernama Aflah itu. Jelas wajah berangnya tidak senang dengan kehadiran aku di situ.

"Kau rasa kau dah bagitahu semua? Hhm, aku tak rasa macam tu." 

Aflah berkerut kening rapat. "Apa maksud kau?"

"Pada 14 haribulan 3, kau kata yang kau ada dekat kelab tu untuk teman kawan kau bekerja. Kau kata kau tak tahu pun Tuan Zaire ada dekat kelab tu. Dan cakap lagi dekat aku yang tepat pukul 1 pagi, kau dah tak ada dekat kelab tu, betul?"

𝐎𝐆 | 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐲Where stories live. Discover now