𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆

36 5 6
                                    


"At the end of the story, DNA doesn't make a family."

━━━━━━━━━━━━━━

L I T T L E  T R A G E D Y
P R O L O G


𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 doktor yang berumur kira-kira separuh abad itu aku pandang lama dengan kening yang bertaut rapat. Entah mengapa kali ini, hatiku enggan menyimpulkan sebarang telahan. Mungkin kerana hatiku telah lama sebu dek pahitnya menghadapi kehilangan. Melainkan perkara yang baik, hati cenderung memikirkan yang bertentangan. Kerana apa?

Kerana kita manusia. Itu apa yang dapat aku simpulkan.

"Jadi? Macam mana doktor? Isteri saya..."

Doktor itu memandangku seketika sebelum kembali menundukkan kepalanya. Dia menggeleng kepala kecil dengan suara hembusan kecil yang diperlahankan. Sungguh, pandangannya sahaja sudah mampu memberhentikan nafasku buat satu atau dua saat!

Hati aku mulai galau. Tubir mataku sudah terasa panas berbahang. Bila-bila masa sahaja mutiara jernih yang bertakung di kelopak mata boleh meluncur selebat-lebatnya. Aku bahkan dapat mendengar bunyi jantungku berdetak sekuat-kuatnya.

Melihat sang doktor tidak mampu memberikan jawapan, aku lantas ingin menyerbu masuk ke dalam bilik pembedahan. Peduli apa aku? Yang aku tahu, aku nak jumpa isteri aku. Elarian!

"Encik! Encik! Encik tak boleh masuk dalam." Si doktor dan seorang jururawat lelaki menghalang, siap tangan didepakan tanda tidak boleh masuk.

Mukaku sudah naik merah menahan marah berbaur geram. "Habis? Doktor, kalau doktor nak buat muka acah-acah bersimpati dengan saya, baik tak payahlah! Sekarang ni, saya cuma nak tahu keadaan isteri saya. Isteri saya macam mana, doktor?" Perasaan berangku tidak dapat ditahan-tahan lagi. Aku menggenggam bahu doktor lelaki itu kuat dengan air mata yang kembali panas di tubir mata.

Tolonglah! Tolonglah cakap yang Elarian masih ada!

Bagitahu aku yang Elarian masih belum tinggalkan aku.

"Maafkan kami, encik. Kami telah buat sehabis baik tetapi Allah lebih sayangkan dia."

Dunia aku gelap. Dapat aku rasakan jantungku bagaikan tiba-tiba berhenti berdetak. Aku memandang doktor itu tanpa mengerdipkan mata walau sesaat.

"Doktor cakap apa ni? Doktor jangan main-main..."

Riak wajah muka doktor dan jururawat itu semakin suram. Doktor itu mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicaranya dengan satu nafas.

"Sekali lagi encik kami minta maaf. Elarian binti Elhasiq telah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5:21 minit pagi tadi."

TIDAK!

TIDAK!




P R O L O G

"Aku bukan setakat nak hidup.
Aku nak hidup bahagia."
-Hakan

𝐎𝐆 | 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐲Where stories live. Discover now