ROSE bersandar di kepala katil bilikku. Kenapa hati aku tak tenteram ni? Ada apa-apa berlaku ke?
Kenapa nama lelaki cerewet tu 24 jam berada dalam otak aku. Astaghfirullah , syaitan la ni. Baik aku ambik wudhu , mengaji.
Perlahan-lahan nama itu hilang dari fikiran nya. Bukan apa , dia tidak mahu memikirkan lelaki cerewet itu. Annoying!
"Aku benci kau ke?" Tanya Rose sendiri
"Eh , nabi tak ajar kita benci-benci orang" dia bicara lagi
Seusai itu , dia keluar dari biliknya. Sunyi je rumah harini , mana Ayesha?
Prak!
Bunyi pinggan pecah dari arah dapur. Apa yang berlaku?
Turun ke tak , turun ke tak? Tuala dia ambik dan lilit di kepala.
Satu persatu anak tangga dia turuni , gelap! Suiz lampu jauh di sana. Aduh , kena upgrade ni. Beli yg remote punya.
Sudah lewat malam , mana Ayesha? Jantung yang berdegup laju sangat mengganggu fokus nya. Risaukan Ayesha dan berdebar untuk tahu apa yang berlaku di dapur.
Di tangga terakhir di mana suiz berada. Laju dia tekan , kelihatan sosok manusia berpakaian serba hitam sedang menyelongkar ruang tamu rumah.
Rose kaku di situ , tak tahu nak buat apa!
Sosok itu juga memandangnya , pisau di keluarkan dari poket dan diacu-acukan ke arah Rose
Manusia itu mendekati Rose dan Rose laju berlari naik ke bilik tidurnya. Namun belum sempat dia masuk , tubuh Rose sudah ditarik oleh manusia itu , sekarang pisau itu berada tepat di lehernya. Dimana nadi utama berada. Sekali dia gerak ni , mampus aku.
"Akhirnya , benda yang aku cari. Muncul sendiri" manusia itu bersuara
Siapa dia ni. Suara lelaki. "Kau nak apa!" Jerit Rose
Air mata sudah mula bertakung , takut yang teramat.
"Aku nak kau" ucapnya
Rose bingung.
"Kau siapa? Apa kau nak dari aku" ujar Rose menangis
Someone help me!
"Mudah! Serahkan gelang emas yang arwah mak kau bagi dekat kau" ujar lelaki itu lagi
"Ha?" Rose pelik. Setahu dia , cuma orang terdekat sahaja tahu pasal ni
Rose cuba melepaskan diri , pisau itu terhiris sedikit lehernya. Cuma terkena kulit sedikit.
"Kau gerak lagi , hilang kepala kau malam ni" ugut lelaki itu
"Memang tak la aku serahkan , kau ingat apa? Aku nak bagi macam tu je? Walaupun nyawa aku dalam bahaya? Tu mak aku punya" ujar Rose berani melawan
Prang! Wajah Rose ditampar kuat sehingga berdarah bibirnya.
"Kau memang dayus" jerit Rose
Mulutnya ditekup kuat. Meronta-ronta Rose minta dilepaskan.
Kenapa takda siapa-siapa tolong aku ni. Takda siapa boleh rasakan aku dalam bahaya ke?
Ya allah hanya kepada mu , aku memohon perlindungan dan pertolongan.
"Senyap!!!" Jerkah lelaki itu
Dia suruh orang senyap tapi dia yang bising? Ha?
Tiba-tiba pintu utama dibuka kasar. Siapa? Alhamdulillah ada orang datang.
"Huh? Hero malaya mana ni? Kau datang sini hantar nyawa je" ujar lelaki berpakaian serba hitam itu.
Rose sudah lemah , tidak bermaya.
"Apa kau dah buat dekat Rose!" Marah lelaki itu
Suara tu , suara tu. Suara Haqeem? Apa dia buat kat sini?
Aku lihat dua sosok manusia itu saling berlawan antara satu sama lain.
Harap tiada pertumpahan darah.
"Better kau takyah masuk campur la sial!" Carut lelaki itu
"Kau siapa" tanya Haqeem
"Malaikat pencabut nyawa" lelaki itu tergelak dan mengacu-acu pisau itu ke arah Haqeem
"Hati-hati" ujarku kepada Haqeem
Ya allah selamatkan lah dia(Haqeem)
Pisau itu berjaya Haqeem tepis. Namun aku lihat lengan kiri Haqeem berdarah banyak. Lelaki itu sudahpun terbaring lemah bersama darah di muka nya dan lebam.
Haqeem terus membuat panggilan polis dan syukur , polis laju sampai ke halaman rumah dan membawa pergi perompak itu.
"Awak okay?" Tanya Haqeem kepadaku
Aku angguk lemah. Aku pelik Haqeem langsung tidak mahu melihat aku. Kenapa? Aku buat apa pada dia?
"Kenapa awak pandang sana , saya kat sini" ujarku lemah
Dia menghulurkan tuala aku yang aku guna untuk tutup kepala tadi.
"Allah" aku terkejut dan laju aku ambil dan lilit di kepalaku.
Terlupa..
"Jom , pergi hospital. Luka teruk bibir awak tu" dia risaukan bibir aku yang berdarah sikit ni. Lengan dia yang luka besar lagi tu , dia tak kisah.
"Lengan awak. Awak okay ke?" Tanyaku
Dia angguk. "Sikit je ni" ujarnya
Dia cuba membantu ku untuk bangun. Situasi darurat kan , aku tak boleh bangun , kepala aku pening , rasa nak pengsan je ni.
Tiba-tiba pandangan aku gelap. Aku pengsan.
°°°
"ROSE kau okay?" Wajah Ayesha menghiasi pemandangan
"Aku okay" ujar ku
Sakit rasa pipiku. "Mana Haqeem" tanyaku
"Amboi , dia dulu yang kau tanya eh" tiba-tiba muncul Azelia bersama Aidan.
Tangan Aidan memeluk erat pinggang Azelia. Diorang ni tak habis-habis nak bersweet-sweet. Aku cepuk jugak kang!
"Dia keluar kejap tadi , dia kata nanti dia datang balik" ujar iyana juga muncul
"Reunion ke ni?" Tanya ku
Aku lihat Darwish memeluk Iyana erat sambil mata nya terpejam. "Kenapa dengan dia?" Tanyaku
"Owh , dia ngantuk. Mana taknya , tengah syok tidur , aku terus ajak dia kesini. Dia still pakai baju tidur mickey mouse dia lagi" ujar iyana
"A hopeless romantic all my life, surrounded by couple all the time" nyanyi Ayesha
"Take it as a sign" ujar Aze
"Ceh"
"Kau pergi mana?" Tanya Rose kepada Ayesha
"Aku tertidur kat kedai tadii , kedai aku dah tutup. Aku ingat nak baring kejap. Eh tengok-tengok tertidur sampai jam 1 pagi" ujar Ayesha
"Sorry tau Rose. Janji tak buat dah , nasib ada Haqeem" ujar Ayesha
Tiba-tiba Haqeem muncul bersama balutan di lengan kirinya.
"Thanks sebab selamat kan Rose , kitaorang hargai sangat-sangat" ucap Ayesha
"Kalau kau takda , tak tahu la apa jadi kat Rose" ujar iyana
"Terima kasih sebab muncul tepat waktunya" ujar Rose
"Disebabkan saya , awak cedera. Maafkan saya" Rose tertunduk
"Takpa , saya okayla. Sikit je ni" ujar Haqeem
"Thanks dok Qeem." Ujar Darwish dengan ngantuknya , dia memeluk Haqeem erat. Kemudian tertidur pula di bahu Haqeem
"Ngantuk sangat suami kau ni iyana" ujar Aze
"Buat apa semalam" tanya Aidan
Semua mata terus memandang Aidan yang selamba beku itu. "Apa?" Ujarnya
Haih!
TBC~

YOU ARE READING
ROSE'S©
RomanceThird book from 'AZELIA's' ---------------------------------- "Saya dah kata , saya taknak letak kolam ikan dekat sini. Letak dekat sudut kiri. Pokok bunga susun sekeliling taman" - HAQEEM ARYAN "kalau encik hebat sangat , design la sendiri. Ni masu...