"SAYANG" Aidan memanggil Azelia
"Hmm?"
"Haqeem teruk keadaan dia" adu Aidan.
"Kenapa?"
"Sebab Rose"
"Ha?" Ujar Aze pelik
"Dia betul-betul sayangkan Rose. Dua kali Rose tolak dia" ujar Aidan
Azelia mengeluh. "Haih, sayang pun tak tahu nak buat macam mana , besar masalah Haqeem dan Rose ni" ujar Azelia
"Kenapa Rose tolak dia. Handsome la Haqeem tu , badan dia pun cantik" puji Aidan
Eh?
"Ha ah kan , memang handsome"
Aidan terus merenung Azelia tajam. "Apa?" Tanya Aidan
Azelia geleng-geleng. "Takda apa-apa"
Dia puji badan Haqeem boleh pulak.
Ih
°°°
AKU sibuk bermain bersama orang tua disitu. Seronok ye!
"Cucu! Tengok Senah ni , dia main tipu" Makcik Diena mengadu kepadaku
"Makcik senah, tak boleh" marahku
Makcik Senah tertunduk. "Sorry" ujarnya menunduk
"Comella makcik senah ni" ujarku
Dia tersenyum kembali
"Jangan main tipu lagi tau. Tak elok" ujarku
Dia angguk-angguk.
Aku membawa beberapa helai baju yang aku beli untuk diberi kepada orang-orang tua yang ada.
Buk! Aku terlanggar seseorang.
"Eh , sorry! Maafkan saya , saya tak sengaja" ujarku laju memohon maaf
"Rose" ujar lelaki itu
Aku angkat kepala. "Haqeem" terkejut
Kenapa dia boleh ada kat sini?
Aku lihat dia , dia seperti orang tidak keruan.
"Aw-awak buat apa kat sini?" Ujarku tergagap
"Saya rindukan awak" ujarnya
"Haqeem , tak baik rindu anak dara orang. Baliklah" ujarku
Dia masih berdiri disitu. "Awak betul-betul dah lupakan saya?" Tanyanya
Langkah ku terhenti. "Kenapa awak muncul balik selepas 5 bulan?" Tanyaku
"Jawab dulu soalan saya" ujarnya
Aku diam. " Saya ada banyak benda nak buat. Awak balik lah"
"Awak pun berhenti kerja"
"Macam mana saya nak lupakan awak? Boleh awak bagitahu cara dia?" Tanya nya
"Cari pengganti saya" aku terus berlalu meninggalkannya disitu.
Aku tahu dia masih berdiri disitu. Biarlah dia.
Aku meneruskan langkahku tanpa melihat Haqeem di belakang.
Aku memberi baju-baju itu kepada orang-orang disitu. Mereka tampak gembira.
"Terima kasih Rose" ujar mereka.
"Byee , esok saya datang lagi" ujarku kepada mereka.
Mereka semua melambai ke arahku.
Aku terus memandu menuju ke rumah.
°°°
"APA?!" Azelia menekup mulutnya mendengar cerita dariku
YOU ARE READING
ROSE'S©
RomanceThird book from 'AZELIA's' ---------------------------------- "Saya dah kata , saya taknak letak kolam ikan dekat sini. Letak dekat sudut kiri. Pokok bunga susun sekeliling taman" - HAQEEM ARYAN "kalau encik hebat sangat , design la sendiri. Ni masu...