BAB 5

47 4 0
                                    

RUMAH itu aku lihat sangat dikawal ketat.

"Rose!" Ujar Ayesha

"Eh , aku fikir kau pergi kerja tadi" ujarku kepada Ayesha

"Tak , aku terus balik bila dengar Pakcik kau dah kena bebas" ujar Ayesha

Ha? Ke-kenapa!

"Kau dengar dari mana?" Tanya ku

"Tadi Karl dan Haqeem datang sini , nak check security lagi. Lepastu aku tanya la , kenapa nak risau sangat , kan pakcik kau still dalam lockup. Then Haqeem kata , pakcik kau dah bebas , tapi tak payah takut" ujar Ayesha

"Macam mana dia boleh bebas?" Tanyaku

Ayesha angkat bahu. "Aku pun pelik , kenapa tak letak lama sikit dalam lockup tu"

"Masukla jom" ajak ku

Kami berdua masuk ke rumah itu. Barang yang bersepah semasa pergelutan lepas , sudah tersusun kemas.

Aku pergi ke bahagian dapur , Ayesha turut membuntuti aku.

"Pelikla , macam mana Pakcik aku boleh masuk? Takda tanda-tanda , dia cuba korek or pecahkan tingkap untuk masuk", tanyaku

"Err , sebelum aku nak cakap ni. Aku minta maaf dulu. Hehe" Ayesha tersengih disitu

Aku pusing memandang wajahnya serious.

"Sebenarnya , aku rushing nak keluar sampai lupa kunci pintu belakang ni. Sumpah aku lupa! Tak tipu"

"Astaghfirullahalazim Ayesha!. Bahayala. Kalau Haqeem takda datang semalam, mesti aku dalam kubur dah sekarang" marahku

Cuai sangat dia ni

"Sorryla , aku janji lepasni aku check betul-betul semua tingkap dan pintu. Janji!"

"Tak payah berjanji"ujarku

"Sorry la Rose" Ayesha menggoncang-goncang lenganku

"Takpela Ayesha , benda dah jadi. Nak buat macam mana" aku berlalu ke bilik ku.

Sama seperti kali terakhir aku pergi. Maksudnya , bilik ni diorang tak masuk. Bagusla. Tak elok masuk bilik perempuan.

Cermin mata aku pakai. Aku rabun , tapi kadang-kadang aku malas nak pakai. Rimas!

Tapi kalau keluar aku memang pakai , kalau tak memang aku tak kenal semua orang. Kabur + pekak.

Yang rabun mesti relate.

Kertas-kertas lukisan aku ambil dan mula melakar. Yuh! Kembali bekerja.

Esok aku dah start kerja balik. So better aku siapkan kerja ni sebelum boss mengamuk.

°°°

SEMUA disitu memandang ku. Apa hal?

Tahula aku dah lama tak turun kerja , jangan la pandang aku macam aku ni artis.

"Kenapa dengan semua orang?" Tanyaku kepada Dea

Dea kawan sepejabat aku.

"Oh , semalam CEO kita melawat sini. Then , dia tiba-tiba cari 'Rose Yazeeda' " ujar Dea

"Ha? Tak pernah-pernah orang atasan cari aku" aku berdebar. Apa salah aku?

"Itula , orang atasan tak pernah pergi melawat kita yang bawah-bawah ni. Selalunya kalau masalah disiplin biasa , boss kita je yang uruskan. Cuba kau bagitahu kau buat apa , sampai CEO kita tu turun sini , cari kau" ujar Dea menyuruhku duduk

Aku duduk. "aku tak buat apa-apala. Aku cuma tak turun 5 hari je" ujarku

"Sebab tu ke?" Ujar ku

"Bukan ke Aidan da kata nak tolong" ujarku lagi

"Siapa pulak Aidan ni" tanya Dea

"Takda" ujar Rose

"Tapi kan Rose. Aku betul-betul pelik" ujar Dea

"Apa?"

"CEO kita tu tak turun sendiri. Dia wakilkan orang untuk tanya semalam. Misteri betul kan" ujar Dea

"Maksudnya , bukan dia yang turun sini?" Tanyaku

Dea geleng. "Mungkin sebab dia dah tua kot , tak larat nak turun walaupun ada lif. Takpe , aku jenis memahami orang , orang je yang tak faham aku"

Aku tepuk lengan Dea. "mengarut eh kau , dahlah. Aku nak sambung kerja"

"Eh kejap. Nah Coffee. Lukman bagi" ujar Dea

"Lukman?" Tanyaku , siapa pulak tu

"Ha ah , dia kan suka kau. Tak ingat?" Ujar Dea

Aku geleng. "Aku tak minum coffee , kau ambik la"

Aku terus berjalan ke meja kerja ku. "Rindu nya saya dekat awak. Awak pergi mana Rose?" Ujar seorang lelaki

Aku mengangkat kepalaku. Aku lihat tag nya 'Lukman'

"Sibuk" balasku kemudian menyambung kembali kerjaku.

Dia masih berdiri disitu. Apehal jantan ni.

"Ya? Ada apa-apa lagi?" Tanyaku kepada lelaki itu

"Kenapa awak taknak terima saya Rose? Awak dah ada someone ke?" Tanyanya

"Apa kaitannya dengan awak?" Balasku

Sibuk la

"Saya sangat sukakan awak. Nak jadikan awak isteri saya" balas nya lagi

"Cari lain" balasku lagi

"Taknak , saya nak awak je"

Ee seramla

"Saya dah ada yang punya. Tak lama lagi , khawin" ujarku menipu

Eleh , takda siapa-siapa punya pun.

"Tipu"

"Lantak kau la , nak caye ke tidak" ujarku , suara aku kecilkan. Rasanya dia dengar kalau dia tak pekak.

"Takpa , saya akan cuba rampas awak dari dia" ujarnya kemudian berlalu pergi

Obsessed.

Aku sambung melakar sesuatu. Sangat stress ye.

Tapi aku suka..

TBC~

ROSE'S©Where stories live. Discover now