GELAP
"Anak ibu sihat?"
"Hidup mesti susah kan? Sabar tau"
"Anak ibu kena bahagia. Jangan sedih-sedih , ibu taknak tengok Rose sedih-sedih"
"Ibu sayangkan Rose"
Aku terus memeluk tubuh ibu. Rindu yang teramat. Akhirnya rindu ini terubat juga.
"Ibu stay dengan Rose lama ke?" Tanya ku
Ibu geleng. "Maafkan ibu sayang"
"Jangan tinggalkan Rose lagi ibu" pintaku dalam pelukannya
Air mata ku mengalir. "Taknak! Ibu jangan tinggal Rose"
"Ibu kena pergi"
"Rose nak ikut ibu" aku terus memeluk erat tubuh ibu
"Betul?"
Aku angguk laju
"Walaupun kena tinggalkan semua orang yang sayangkan Rose?"
"Semua orang sayangkan Rose? Siapa?" Aku pelik
Tu
Muncul Azelia , Iyana dan Ayesha tersenyum ke arahku.
Aku berada di tengah-tengah. Tersepit.
Aku terus pusing mengikuti langkah ibu.
"Rose nekad?" Tanya ibu
Aku angguk-angguk.
"Rose , jangan tinggalkan saya. Saya sayangkan awak , saya cintakan awak"
Suara tu. Jantung aku berdegup laju.
Aku pusing. "Awak nak tinggalkan saya?" Sedih wajah itu
"Tapi-"
"Ikutla mereka. Rose belum bersedia" ujar ibu lembut
"Tapi Rose taknak tinggalkan ibu"
"Rose" ibu geleng
Aku terus menapak ke arah mereka. Perlahan-lahan figura ibu hilang.
Laju air mata ku mengalir.
°°°
SATU cahaya terang masuk ke mataku. Lalu aku tutup kembali mataku.
"Cik , Cik" pipiku ditepuk perlahan
"Cik dengar suara saya. Kalau dengar angguk"
Aku sedaya upaya untuk angguk.
"Alhamdulillah" aku dengar beberapa suara lega.
Aku cuba buka mataku.
"Apa jadi?" Tanyaku perlahan
"Aww" perutku terasa pedih seperti baru selepas dicucuk
"Kau kena tikam oleh pakcik kau" jelas Azelia
"Ha? Mana dia?" Tanyaku
"Dalam jail , kali ni dia lama" ujar iyana
"Kau ada rasa apa-apa tak? Sakit ke?" Tanya Ayesha
Aku angguk. "Perut aku , sakit"
"Jangan gerak banyak , nanti luka kau terbuka semula" pesan Darwish
Aku angguk. "Nasib aku selamat" ujar aze memeluk ku
Aku balas. "Alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku"
YOU ARE READING
ROSE'S©
RomanceThird book from 'AZELIA's' ---------------------------------- "Saya dah kata , saya taknak letak kolam ikan dekat sini. Letak dekat sudut kiri. Pokok bunga susun sekeliling taman" - HAQEEM ARYAN "kalau encik hebat sangat , design la sendiri. Ni masu...