AKU berjalan kaki sahaja menuju ke Café untuk makan tengah hari. Malas nak bawa kereta. Susah cari parking.
Buk!
Tiba-tiba beg ku dirampas oleh dua orang lelaki memakai motor.
Aku hilang imbangan dan jatuh ke jalan raya , nasib sahaja kepalaku tidak terhentak ke jalan raya. Kalau tak? Amnesia la aku.
Aku dapat melihat ada 2 ke 3 orang mengejar motor itu dengan laju. Ada yang cuba memblock laluan menggunakan kereta.
"Are you okay miss?" Tanya seseorang , dia hanya berdiri tidak menyentuh.
Aku dongak. Eh?
"Haqeem?" Tanyaku
Dia juga turut terkejut. Terus dia melutut menyamai paras wajahku.
"Awak cedera tak? Okay ke? Kepala terhantuk?" Dia terus risau melihat keadaan ku
Seperti dia hendak membantu ku bangun namun dia cuba elakkan.
"Boss , dah dapat" beg aku dihulur.
"Thanks" ujarku
Oh , bodyguard dia la yang kejar tadi
"Awak hati-hati tau berjalan kat sini. Lagi-lagi awak perempuan , bahaya!" Ujar Haqeem
"Thank you Haqeem . Awak selalu ada masa saya susah" ujarku
Susah jugak macam ni , serious aku rasa terhutang budi.
"Awak tak rasa ke kita jodoh?" Haqeem melihatku
Aku diam. "Ye ke?" Tanyaku
Dia angguk-angguk.
"Mengarut. Dala , saya pergi dulu" aku meminta diri
"Biar saya teman" ujarnya
Aku geleng. "No need , thanks"
"Kalau kejadian tadi berlaku lagi macam mana?"
Aku diam tanpa kata-kata
"Korang , tunggu kat kereta." Arah Haqeem kepada bodyguard nya
Aku dan Haqeem berjalan seiring namun jarak aku jauhkan. Tak manis orang pandang.
"Awak teman saya sampai sini jela" ujarku
"Takpa , saya teman awak ke Café ni , lepastu saya hantar awak balik office"
Aku diam tidak membantah. Malas ah nak gado-gadoh
Selesai memesan makanan aku , aku terus duduk di meja makan paling tepi. Haqeem juga menuruti aku.
"Awak tak order ke?" Tanyaku
Haqeem geleng. "Saya baru lepas makan" ujarnya
Aku angguk-angguk.
Tiba-tiba satu soalan menjengah kotak fikiran ku.
"Awak dah pernah kahwin ke?" Tanyaku kepada Haqeem
Dia terus memandang ku. "Apa yang buatkan awak fikir macam tu?"
"Budak kat rumah awak?" Balasku
"Oh , Haris. Dia anak angkat saya je" balas Haqeem
"Anak angkat?" Aku bertanya lagi
Haqeem angguk-angguk. "But , saya dah anggap dia macam anak sendiri"
"Oo faham-faham"
"Kenapa? Awak takut saya ni suami orang? Takdela mana ada , cuma saya ni bakal suami awak je"
"Tchh" aku hanya berdecit perlahan
"Kalau ada orang serang saya nanti , maksudnya awak menipu" ujarku
YOU ARE READING
ROSE'S©
RomanceThird book from 'AZELIA's' ---------------------------------- "Saya dah kata , saya taknak letak kolam ikan dekat sini. Letak dekat sudut kiri. Pokok bunga susun sekeliling taman" - HAQEEM ARYAN "kalau encik hebat sangat , design la sendiri. Ni masu...